UNIT PENDIDIKAN PESAKIT
KETUA UNIT
Cik Jismanisa binti Idris

Pegawai Pendidikan Kesihatan, S41


PENGENALAN

Unit Pendidikan Pesakit Hospital Tuanku Fauziah berperanan sebagai perkhidmatan sokongan kepada perawatan pesakit. Unit ini berperanan dalam membentuk dan menyebarkan informasi berkaitan kesihatan dan perubatan dalam bentuk media cetak dan elektronik. Maklumat yang disebarkan bertujuan memberi kesedaran tentang pencegahan penyakit berjangkit dan tidak berjangkit.


VISI

Memberi perkhidmatan pendidikan pesakit dan promosi kesihatan yang cemerlang.


MISI

Memberi maklumat dan perkhidmatan yang berkualiti dan berkesan melalui aktiviti pendidikan pesakit yang menjurus ke arah perubahan tingkahlaku yang positif.


PIAGAM PELANGGAN

Kami berjanji untuk:

  1. Memberi perkhidmatan yang terbaik dan mesra pelanggan.
  2. Memastikan ≥ 30% pesakit yang dirujuk / walk in ke Klinik Berhenti Merokok Berjaya berhenti merokok dalam tempoh kohort.
  3. Memastikan 80% permohonan klien untuk menyertai pameran dari agensi dalam dan luar dipenuhi.
  4. Memastikan kelas pendidikan pesakit dilaksanakan mengikut jadual yang telah ditetapkan iaitu setiap Rabu, minggu ke-2, 3 & 4 tertakluk kepada syarat sekurang-kurangnya 3 orang pesakit hadir untuk setiap sesi.
  5. Memastikan setiap permohonan bahan pendidikan diberi maklumbalas dalam tempoh tidak melebihi daripada 5 hari bekerja.
  6. Menerbit, mencetak dan mengedar bahan-bahan pendidikan kesihatan mengikut keperluan dan secara berkala.

OBJEKTIF
  1. Menyediakan pelanggan(pesakit, keluarga pesakit, orang awam dan kakitangan hospital) dengan intervensi-intervensi pendidikan pesakit secara berkala.
  2. Menyediakan perkhidmatan berhenti merokok secara sistemik dan berkesan.
  3. Beroperasi sebagai One Stop Centre bagi menyalurkan maklumat kesihatan kepada pelanggan.
  4. Menyediakan latihan berkaitan pendidikan pesakit dan pendidikan kesihatan kepada warga kerja.

OBJEKTIF KUALITI
  1. Memastikan semua pesakit yang memerlukan pendidikan pesakit diberi pendidikan pesakit mengikut jadual atau mengikut keperluan-keperluan tertentu.
  2. 100% kelas pendidikan pesakit yang dirancang akan dijalankan mengikut jadual tertakluk kepada syarat sekurang-kurangnya 3 orang pesakit hadir untuk setiap sesi.
  3. ≥ 30% pesakit yang dirujuk / walk in ke Klinik Berhenti Merokok Berjaya berhenti merokok dalam tempoh kohort.
  4. 80% klien / pesakit yang dirujuk untuk Klinik Berhenti Merokok di lihat dalam tempoh 2 minggu.
  5. 80% permohonan klien untuk menyertai pameran dari agensi dalam dan luar.
  6. 100% media pendidikan yang dihasilkan mesti di pra-uji sebelum ianya boleh dicetak atau diedarkan.

SKOP PERKHIDMATAN
  1. Pendidikan pesakit diabetes, penyakit buah pinggang, darah tinggi dan asma.
  2. Melaksanakan Kempen Cara Hidup Sihat yang meliputi komponen makan secara sihat,lakukan aktiviti fizikal,tangani stress, tidak merokok dan jauhi alkohol.
  3. Sambutan Hari-hari Khas Kesihatan.
  4. Perkhidmatan Pusat Sumber Pendidikan pesakit yang meliputi khidmat runding cara hidup sihat, pusat informasi kesihatan dan khidmat penerbitan media kesihatan.
  5. Menerbitkan bahan-bahan pendidikan pesakit/ promosi kesihatan seperti poster, bunting, risalah, buku kecil, CD, carta selak, dan sebagainya untuk penyakit berjangkit dan tidak berjangkit.
  6. Mengendalikan Klinik Berhenti Merokok.
  7. Melaksanakan Kempen Pendermaan Organ.
  8. Membekalkan perkhidmatan audio visual.
  9. Menjalankan Penyelidikan berkaitan pendidikan pesakit.
  10. Melaksanakan latihan pendidikan pesakit/promosi kesihatan kepada kakitangan.
  11. Bekerjasama dengan organisasi bukan kerajaan.

WAKTU PERKHIDMATAN

Isnin – Jumaat : 8.00 pagi hingga 5.00 ptg
Sabtu & Ahad : Cuti

Tarikh Kemaskini : 5 November 2020