UNIT PEMULIHAN CARAKERJA
KETUA UNIT
Pn. Ooi Hwa Kee

Pegawai Pemulihan Perubatan Carakerja, U44


PENGENALAN

Unit Pemulihan Carakerja (Occupational Therapy) terdiri daripada 2 bahagian iaitu bahagian Pemulihan Fizikal dan Pemulihan Psikiatri. Program Pemulihan Carakerja dijalankan untuk pesakit yang dirujuk oleh Pegawai Perubatan dari hospital dan klinik kerajaan.

Tenaga kerja Unit Pemulihan Carakerja HTF terdiri daripada:

BilJawatanGredPengisian
1.Pegawai Pemulihan Perubatan CarakerjaU441
2.Pegawai Pemulihan Perubatan CarakerjaU411
3.Jurupulih Perubatan CarakerjaU381
4.Jurupulih Perubatan CarakerjaU361
5.Jurupulih Perubatan CarakerjaU323
5.Jurupulih Perubatan CarakerjaU298
6.Pembantu TadbirN22(TBK)1
7.Pem. Perawatan KesihatanU141
8.Pem. Perawatan KesihatanU112

VISI

Unit Pemulihan Carakerja akan melaksanakan visi Kementerian Kesihatan dan visi Hospital Tuanku Fauziah. Bagi merealisasikan visi tersebut di peringkat unit, maka Unit Pemulihan Carakerja berusaha untuk memberikan perkhidmatan yang berkualiti dan menyeluruh (holistic) bersesuaian dengan keperluan pesakit.


MISI

Disamping mendukung misi Kementerian Kesihatan Malaysia dan Misi Hospital Tuanku Fauziah, misi kami anggota Unit Pemulihan Carakerja ialah berazam untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik, berteknologi sesuai, responsive bersesuaian dengan kemampuan tenaga kerja dan mengikut peredaran semasa.


PIAGAM PELANGGAN
  1. Keutamaan akan diberikan kepada pelanggan yang menepati temujanji yang ditetapkan kecuali kes-kes yang memerlukan tindakan segera.
  2. Pesakit luar yang baru dirujuk akakn diberi rawatan dalam masa tidak melebihi 3 hari bekerja.
  3. Pesakit dalam yang baru dirujuk akan diberi rawatan dalam masa 24 jam hari bekerja.

OBJEKTIF

Menyediakan perkhidmatan Pemulihan Carakerja bagi pesakit yang mempunyai masalah kefungsian dari segi fizikal/mental/sosial untuk membantu mereka berdikari dalam semua aspek kehidupan seharian dan kembali ke dalam komuniti masyarakat. Sehubungan dengan itu, dasar-dasar promotif, preventif dan intervensi diamalkan dalam program Pemulihan bagi memenuhi objektif ini. Pesakit yang merima perkhidmatan ini merangkumi pesakit luar dan juga pesakit dalam wad.


FUNGSI
  1. Program Pemulihan Carakerja melaksanakan program perawatan aktiviti Teraputik khusus untuk mencapai kefungsian optimum dalam aktiviti seharian, pekerjaan dan psikososial kepada pesakit yang mempunyai pelbagai kondisi berdasarkan rujukan dari Pegawai Perubatan.
  2. Mengembalikan kefungsian individu pada tahap asal atau optimum dari segi fizikal dan psikososial melalui pemilihan aktiviti yang berkesan secara saintifik serta dinilai secara berterusan.
  3. Menyediakan Perkhidmatan Pemulihan Carakerja yang berkesan, efektif, penyanyang dan profesional bagi pesakit dalam dan luar samada bermasalah dari segi fizikal dan mental.
  4. Perkhidmatan Program Pemulihan Carakerja yang disediakan terhadap pesakit luar dan dalam adalah seperti berikut:
    1. Program Pemulihan Carakerja terhadap pesakit Medikal
    2. Program Pemulihan Carakerja terhadap pesakit Surgikal
    3. Program Pemulihan Carakerja terhadap pesakit Psikiatrik
    4. Program Pemulihan Carakerja terhadap pesakit Orthopedik
    5. Program Pemulihan Carakerja terhadap pesakit Pediatrik samada fizikal dan “child psychiatric”
    6. Program Pemulihan Carakerja terhadap pesakit kardiak
    7. Program Pemulihan Carakerja terhadap pesakit luka terbakar
    8. Program Pemulihan Carakerja terhadap pesakit Spinal
    9. Program Pemulihan Carakerja terhadap pesakit Onkologi
    10. Program Pemulihan Carakerja bagi Pengurusan Kesakitan

MASA PERKHIDMATAN

Isnin hingga jumaat
8.00 pagi hingga 5 petang

Tarikh Kemaskini : 12 Nov 2020