UNIT KERJA SOSIAL PERUBATAN
KETUA UNIT
Pn. Fazidah binti Zakaria

Pegawai Kerja Sosial Perubatan S48

fazidah.zakaria@moh.gov.my


PENGENALAN

Unit Kerja Sosial Perubatan Hospital (UKSP) merupakan salah satu unit sokongan klinikal di Hospital Tuanku Fauziah yang menyediakan perkhidmatan BANTUAN PRAKTIK DAN TERAPI SOKONGAN kepada pesakit-pesakit yang dirujuk oleh Pakar/Pegawai Perubatan dan pegawai lain mengikut displin berkaitan. Unit ini mula beroperasi di Hospital Tuanku Fauziah sejak awal tahun 1980an dengan nama Unit Kebajikan Hospital. Pada ketika itu hanya terdapat satu perjawatan iaitu Penolong Pegawai Kebajikan S27 yang merupakan jawatan kader dari Jabatan Kebajikan Masyarakat. Selaras dengan perkembangan bidang tugas dan skop perkhidmatan yang semakin luas dan mencabar, dua (2) perjawatan telah diwujudkan pada tahun 2003 dan 2006 iaitu Pegawai Kerja Sosial Perubatan S41 dan Pegawai Kerja Sosial Perubatan S44 sementara jawatan S27 telah dinaiktaraf kepada S32. Kini UKSP diketuai oleh PKSP gred S48 dan dibantu oleh seorang PKSP S44, seorang S41, seorang PPSP S32 dan seorang Pembantu Tadbir yang dipinjamkan oleh pihak pengurusan HTF untuk melancarkan lagi operasi unit. Perkhidmatan Kerja Sosial Perubatan yang disediakan adalah meliputi perkhidmatan Bantuan Praktik dan Terapi Sokongan kepada pesakit-pesakit tidak berkemampuan dan yang memerlukan melalui rujukan oleh Pakar/pegawai Perubatan, pegawai di hospital dan hospital-hospital luar. Pengendalian kes dijalankan melalui sesi temubual, siasatan, lawatan dan lain-lain intervensi bertujuan mengenal pasti permasalahan sebenar pesakit. Semua kes akan dikendalikan mengikut prosedur-prosedur yang telah ditetapkan. Pihak unit berperanan sebagai “liason officer” antara pesakit dan agensi-agensi luar (kerajaan dan bukan kerajaan) dalam menyalurkan bantuan-bantuan yang diperlukan oleh pesakit.

BilPerjawatanPengisian
1.S481
2.S441
3.S41/S441
4.S321
5.N191

VISI

Menjadikan UKSP sebagai unit sokongan yang mengendalikan kes secara professional dalam menyalurkan bantuan mengikut keperluan dan mematuhi prosedur.


MISI

Memastikan agar setiap rujukan kes dikendalikan mengikut kesuaian bagi membolehkan klien meningkatkan kualiti dan menikmati kesejahteraan hidup.


PIAGAM PELANGGAN
  • Melayani dan membantu dalam menangani permasalahan psikososial anda selaras dengan kedudukan dan keperluan yang berkaitan.
  • Membantu dari pelbagai aspek, sama ada dari segi kewangan dan lain-lain khidmat yang bersesuaian mengikut tahap keperluan dan kedudukan pelanggan berkenaan melalui saluran-saluran yang berkaitan.
  • Memberi kefahaman dalam bentuk khidmat nasihat dan rujukan kaunseling sebagai usaha bagi membolehkan anda memahami serta menerima hakikat tentang permasalahan sosial yang dihadapi dan implikasi terhadap diri dan keluarga
  • Mendapatkan kerjasama di antara hospital, agensi kerajaan, swasta dan komuniti berkaitan dalam usaha untuk menangani permasalahan bagi pemulihan anda.

PERKHIDMATAN

1. Bantuan Praktik

  1. Alat-alat perubatan, implan dan prosthesis
  2. Kewangan untuk rawatan perubatan dan ubat-ubatan
  3. Kewangan sara diri, tambang dan wang saku
  4. Mengesan waris
  5. Penempatan ke institusi
  6. Laporan Penilaian Sosio Ekonomi
  7. Bantuan kewangan untuk susu, lampin pakai buang dan lain-lain

2. Terapi Sokongan / Kes Psikososial

  1. Kes penderaan kanak-kanak (seksual, fizikal, emosi)
  2. Kes kelahiran bayi di luar nikah
  3. Kes keganasan rumah tangga
  4. Kes keganasan rumah tangga
  5. Kes cabul/rogol
  6. Cubaan Bunuh Diri


WAKTU PERKHIDMATAN
HariPerkhidmatan
Isnin - Jumaat8.00 - 5.00 petang
Sabtu & AhadCuti
Tarikh Kemaskini : 3 Mei 2021