UNIT KAWALAN INFEKSI
KETUA UNIT
str-noraini
Pn. Noraini bt Rahmat

Ketua Jururawat U32


PENGENALAN

Bagi memantapkan kualiti penjagaan pesakit di hospital, Kawalan Infeksi adalah salah satu program yang amat penting dan perlu diamalkan oleh setiap petugas kesihatan bagi memastikan tahap penjagaan maksima pesakit dapat dipenuhi. Unit Kawalan Infeksi telah dipertanggungjawabkan didalam setiap perlaksanaan program tersebut dengan kerjasama dari Bahagian Perkembangan Kualiti Kementerian Kesihatan Malaysia. Kawalan Infeksi merangkumi pencegahan, pengawalan, latihan, promosi dan pengurusan Infeksi. Unit Kawalan Infeksi dianggotai oleh empat (4) orang anggota seperti berikut :

JAWATANPENGISIAN
U411
U293
VISI

Mewujudkan sebuah unit yang berkualiti dan cemerlang untuk mencegah dan mengawal infeksi.


MISI

Untuk memastikan setiap individu memahami dan mengimplementasi program "Hospital Infection Control" berteraskan budaya kualiti dan kerja berpasukan serta professionalism demi menjadikan persekitaran yang selamat dan bebas dari jangkitan.


PIAGAM PELANGGAN
  • Meningkatkan mutu kawalan dan pencegahan Healthcare Associated Infection (HCAI).
  • Memastikan perawatan dilakukan berpandukan Standard Operating Prosedure (SOP) dan menentukan polisi dan garispanduan kawalan infeksi dipraktikkan.
  • Setiap pelanggan akan diberi maklumat mengenai aspek –aspek penting dari segi kawalan dan pencegahan jangkitan.
  • Memberi khidmat dengan penuh dedikasi, ikhlas dan bertimbang rasa.

OBJEKTIF
  • Untuk memberi tumpuan keatas program pencegahan dan kawalan Infeksi hospital dengan lebih efisyen bagi memastikan kualiti penjagaan pesakit.
  • Untuk memastikan polisi dan garispanduan kawalan infeksi KKM dipatuhi.
  • Memberi kesedaran, pengetahuan dan latihan kawalan infeksi yang berterusan kepada semua petugas kesihatan supaya perkhidmatan yang dilaksanakan mengikut piawai.

Tarikh Kemaskini : 27 Disember 2017 || view :