UNIT SUMBER MANUSIA
KETUA UNIT
Pn. Norhafiza binti Yob Osman

Ketua Penolong Pengarah
Pegawai Tadbir Dan Diplomatik, M48


PENGENALAN

Unit Sumber Manusia bertanggungjawab untuk menguruskan urusan perkhidmatan anggota yang bertugas di HTF dilaksanakan mengikut prosedur & tempoh yang telah ditetapkan. Unit Sumber Manusia mempunyai seramai 19 orang anggota seperti berikut:

BilPerjawatanPengisian
1.M481
2.N321
3.N261
4.N221
5.N1915
OBJEKTIF

Untuk menentukan pengurusan perkhidmatan anggota HTF dilaksanakan dengan cekap, teratur dan berkesan bagi semua aktiviti dibawah Hospital Tuanku Fauziah.

  1. Urusan perkhidmatan anggota dilaksanakan dalam tempoh 5 hari bekerja dari tarikh dokumen lengkap diterima oleh Unit Sumber Manusia.
  2. Prosedur tatatertib anggota diperingkat Lembaga Hospital dilaksanakan dalam tempoh 30 hari.
FUNGSI

1. Menyelaras laporan bulanan perjawatan yang perlu dikemukakan kepada kementerian melalui Jabatan Kesihatan Negeri:

  1. Reten bulanan
  2. Laporan perjawatan bulanan
  3. data berkaitan kedudukan perjawatan kakitangan HTF

2. Menyelaras proses pengurusan sumber manusia dilaksanakan dengan lancar:

  1. Pengesahan lantikan
  2. Laporan perjawatan bulanan
  3. Pemberian taraf berpencen
  4. Prosedur tatatertib anggota
  5. Pergerakan gaji tahunan
  6. Penanggungan kerja dan kenaikan pangkat
  7. Penamatan perkhidmatan

3. Menyelaras pelaksanaan aplikasi HRMIS bagi anggota di HTF:

  1. Pengemaskinian data perjawatan selari dengan perjawatan yang diluluskan
  2. Pengemaskinian data peribadi
  3. Pengemaskinian profil perkhidmatan
  4. Perisytiharan harta kali pertama/tambahan/perisytiharan semula/pelupusan Harta anggota HTF
  5. Permohonan cuti
  6. Laluan kerjaya
  7. Permohonan pertukaran anggota gunasama
  8. Penamatan perkhidmatan
Tarikh Kemaskini : 1 Januari 2018