Pakar Perunding Bedah Am
Ketua Jabatan Gred Khas C
Jabatan pembedahan Am HTF merangkumi Klinik Pesakit Luar Pembedahan ( SOPD ), Dewan Bedah Utama, Dewan Bedah Minor, Unit Endoskopi dan wad-wad pembedahan. Terletak di bangunan lama di kawasan blok klinik pakar bersebelahan Klinik Kebidanan dan Sakit Puan.
Negara menggembleng tenaga ke arah kesihatan yang lebih baik.
Misi Kementerian Kesihatan adalah untuk menerajui dan berusaha bersama:
AM
Memberikan perkhidmatan kepakaran dalam bidang pembedahan kepada pesakit yang memerlukan atau tidak memerlukan pembedahan
Khas
Klinik Bedah beroperasi di bangunan lama yang mana asalnya bangunan ini adalah Dewan Bedah Am sebelum berpindah ke tempat baru. Hari pemeriksaan pesakit beroperasi 2 kali seminggu iaitu pada hari Selasa dan Khamis bagi kes-kes ulangan. Sesi klinik bermula jam 8.00 pagi hingga jam 1.00 petang pada setiap hari selasa dan khamis untuk kes rawatan susulan dan pada jam 2.00 petang hingga jam 5.00 petang pada hari selasa untuk kes-kes baru dan kes selepas pembedahan (post op review). Manakala pada hari khamis di khususkan untuk klinik payudara. Disamping itu terdapat juga klinik pakar atas lawatan daripada HSB Alor Setar untuk klinik Urologi dan Klinik Pembedahan Plastik yang mana tarikh-tarikhnya akan ditetapkan oleh pakar tersebut. Kekerapan klinik Urologi ialah 2 minggu sekali manakala klinik Pembedahan Plastik adalah 2 bulan sekali. Aktivi-aktiviti lain yang dijalankan di klinik ini ialah prosedur FNAC ( Fine Needle Aspiration Cytology) dan juga “trucut” di mana prosedur ini dilakukan pada hari selasa dan khamis bermula jam 2.30 petang. Prosedur FNAC dilakukan dengan bantuan anggota dari Unit Patologi. Lawatan ke rumah (paliatif) bagi pesakit kanser dilakukan seminggu sekali iaitu pada hari selasa bermula jam 2.30 petang di mana anggota-angota terdiri dari seorang Pegawai Perubatan dan Jururawat yang akan menganggotai “Palliative Team”. Program paliatif ini diketuai oelh seorang Jururawat Klinik SOPD dan dibantu oleh jururawat-jururawat mengikut jadual giliran yang telah ditetapkan oleh Unit Kejururawatan.