JABATAN SAJIAN DAN DIETETIK
KETUA JABATAN
Pn. Amilia bt Abdullah

Pegawai Dietetik, U48


PENGENALAN

Jabatan Dietetik dan Sajian adalah jabatan yang memberi perkhidmatan sokongan klinikal. Bangunan Jabatan Dietetik dan Sajian terletak berhampiran Unit Fisioterapi dan Wad Diraja. Jabatan ini memberikan 2 perkhidmatan iaitu Perkhidmatan Dietetik dan Perkhidmatan Makanan. Operasi perkhidmatan makanan dilaksanakan sendiri oleh anggota perkhidmatan makanan yang bertugas di jabatan ini.

Pesakit dalam wad disaji 4 kali hidangan makanan iaitu sarapan pagi, makan tengahari, minum petang dan makan malam. Semua sajian yang disediakan adalah berpandukan kepada “Hospital Diet Manual” yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan berpandukan peruntukan yang diterima setiap tahun.


VISI

Menjadi peneraju kecemerlangan dalam perkhidmatan dietetik dan pengurusan perkhidmatan makanan yang bertaraf antarabangsa.


MISI

Misi Jabatan Dietetik dan Sajian adalah untuk menerajui dan berusaha bersama-sama:

  1. Perkhidmatan Dietetik

    Memberi perkhidmatan dietetik klinikal, dietetik komuniti dan kesihatan awam, penyelidikan dietetik dan katering dietetik kepada pelanggan dengan mengutamakan inovasi, teknologi dan amalan terkini ke arah peningkatan kualiti berterusan.

  2. Perkhidmatan Makanan

    Menyediakan perkhidmatan makanan yang sihat, berkualiti dan dijamin selamat menepati keperluan pelanggan dengan mengutamakan inovasi, perkembangan teknologi terkini dan melaksanakan penyelidikan serta mempromosi perkhidmatan makanan kepada komuniti.


PIAGAM PELANGGAN
  1. Perkhidmatan Dietetik

    Peratusan pesakit dalam mendapat perkhidmatan dietetik dalam tempoh masa 24 jam hari bekerja.

  2. Perkhidmatan Makanan
    1. Membekalkan makanan kepada pesakit mengikut waktu yang ditetapkan
      1. Sarapan pagi : 7.45 – 8.00 pagi
      2. Makan Tengahari :11.30 – 12.00 tengahari
      3. Minum Petang :3.00 – 3.30 petang
      4. Makan Malam :4.30 – 5.00 petang
    2. Sekurang-kurangnya 85% pesakit di wad berpuas hati dengan perkhidmatan makanan yang disediakan.
    3. Tiada kejadian kontaminasi fizikal bahaya dalam makanan yang dihidangkan kepada pesakit
    4. Menyediakan makanan yang berkhasiat & berkualiti kepada pelanggan
    5. Membekal produk enteral mengikut waktu yang telah ditetapkan iaitu 10.00 pagi hingga 5.00 petang.

OBJEKTIF
  • Umum
    1. Perkhidmatan Dietetik

      Untuk memastikan perkhidmatan dietetik yang cemerlang melalui penyampaian perkhidmatan secara profesional dan berkualiti berorientasikan pelanggan.

    2. Perkhidmatan Makanan

      Untuk memastikan pengurusan perkhidmatan makanan dilaksanakan secara profesional, selamat, berkualiti dan efektif.

  • Khusus
    1. Perkhidmatan Dietetik
      1. Memberi perkhidmatan klinikal, komuniti, kesihatan awam dan katering dietetik yang berkualiti.
      2. Memberi perkhidmatan kepakaran dietetik klinikal secara professional, sistematik dan penglibatan dalam rawatan multi disiplin.
      3. Melaksana penyelidikan berkaitan.
      4. Menjalin kerjasama erat dengan agensi yang berkaitan.
    2. Perkhidmatan Makanan
      1. Memberi perkhidmatan makanan secara profesional dan efisien berorientasikan keperluan dan kehendak pelanggan.
      2. Menyedia makanan yang sihat dan berkualiti mengikut prinsip Sistem Jaminan Keselamatan Makanan.
      3. Melaksana penyelidikan berkaitan.
      4. Mengoptima pengunaan peruntukan belanja mengurus tanpa mengabaikan keperluan pemakanan pelanggan.

  • PROGRAM JAMINAN KESELAMATAN MAKANAN

    Program Jaminan Keselamatan Makanan merupakan salah satu komponen yang wajib dilaksanakan. Program ini meliputi aspek jaminan keselamatan dan pengurusan kualiti perkhidmatan makanan. Ia adalah satu sistem amalan yang terancang dan didokumenkan yang memberi jaminan bahawa mana-mana jenis makanan tertentu tidak akan memudaratkan pengguna. Berikut merupakan senarai program jaminan keselamatan makanan yang dilaksanakan di peringkat jabatan dan pensijilan yang telah diperolehi : -

    BilPensijilanNo SijilTarikh DikeluarkanTarikh Tamat
    1. SIJIL MESTI
    (Makanan Selamat Tanggungjawab Industri)
    78/R/000102-012018 23 Januari 2018 7 Disember 2020
    2. SIJIL GMP
    (Good Manufacturing Practices)
    78-H85-00429 8 Disember 2017 7 Disember 2020
    3. SIJIL HACCP
    (Hazard Analysis Critical Control Point)
    53-H85-02012 8 Disember 2017 7 Disember 2020

    SKOP PERKHIDMATAN
    1. OPERASI PERKHIDMATAN MAKANAN

      Operasi perkhidmatan makanan adalah sangat penting. Ia beroperasi setiap hari di mana semua makanan pesakit dirancang mengikut menu dan disediakan di dalam dapur hospital seterusnya dihidang terus kepada pesakit.

      Bahagian perkhidmatan makanan beroperasi setiap hari bermula dari jam 6.00 pagi hingga 8.00 malam. Ia merangkumi proses perancangan menu dan resipi piawai, perolehan bahan makanan, pesanan makanan, bekalan bahan makanan kering dan produk enteral dari wad, pra penyediaan makanan, memasak, holding makanan, pengagihan, penghidangan dan pencucian peralatan

    2. OPERASI PERKHIDMATAN DIETETIK
      1. Pegawai Dietetik yang bertugas akan melihat pesakit dalam wad pada setiap hari bekerja antara pukul 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Pegawai Dietetik akan melihat pesakit berdasarkan rujukan doktor sahaja.
      2. Pesakit dalam wad yang dirujuk akan dilihat dalam masa 24 jam hari bekerja dari masa borang rujukan diterima di Klinik Diet.
      3. Perkhidmatan nasihat diet/ kaunseling pemakanan kepada pesakit luar di jalankan di Klinik Diet. Semua pesakit akan diberi tarikh dan masa temujanji. Pesakit akan dikenakan caj pendaftaran dan perkhidmatan.
        HariAktivitiTempatMasa
        IsninKlinik Multi IndividuKlinik Diet2.30 - 4.30 petang
        SelasaKlinik ObesitiKlinik Diet2.30 - 4.30 petang
        RabuKlinik PaediatrikKlinik Diet2.30 - 4.30 petang

    Tarikh Kemaskini : 29 Nov 2018