JABATAN PSIKIATRI DAN KESIHATAN MENTAL
KETUA JABATAN
Dr Ruzita binti Jamaluddin

Pakar Perubatan Psikiatri UD54


PENGENALAN

Jabatan Psikiatri & Kesihatan Mental Hospital Tuanku Fauziah terletak di bahagian belakang hospital berdekatan dengan klinik Dada dan unit Forensik dan bersebelahan dengan stor Perubatan Hospital.Skop perkhidmatan Psikiatri adalah luas meliputi pencegahan , pengesanan awal dan penyakit-penyakit yang berkaitan dengan gangguan emosi, pemikiran, pertuturan dan tingkahlaku.Jabatan ini telah mula beroperasi seawall tahun 1986.Pada awalnya dikenali sebagai Unit Perubatan Jiwa dan Detoksifikasi Dadah.Jabatan ini merupakan perkhidmatan klinikal yang memberikan perkhidmatan kepakaran dalam rawatan mental di negeri Perlis malahan meliputi utara Kedah.Penambahan bilangan Pakar Psikiatri Klinikal kepada 3 orang pada tahun 2015 telah dapat meningkatkan kualiti perkhidmatan yang diberikan kepada pesakit-pesakit dan ahli keluarga.Rawatan yang komprehensif, berkesan serta meluas juga dilakukan di peringkat komuniti.


VISI

Memberi rawatan komprehensif kepada semua pesakit termasuklah program pemulian serta memberi khidmat promosi kepada masyarakat tentang kesihatan mental.


MISI

Misi Kementerian Kesihatan adalah untuk menerajui dan berusaha bersama:

  1. Memperkenalkan program intergrasi kesihatan mentel ke kesihatan primer dimana kes-kes psikiatri yang stabil dan memerlukan hanya rawatan susulan akan dirujuk ke klinik-klinik kesihatan yang berdekatan untuk rawatan seterusnya.
  2. Meningkatkan dan memperkemaskan pasukan lawatan ke rumah(Dommicillary team) untuk memberi rawatan bagi kes-kes yang cicir dan dengan ini akan mengurangkan kadar “Relaps”
  3. Melibatkan ahli keluarga dalam proses perawatan pesakit untuk mengurangkan tekanan di rumah oleh ahli keluarga dan terhadap pesakit mental.

PIAGAM PELANGGAN

Kami berjanji untuk memberikam perkhidmatan secara professional, selamat, mesra, penyayang dan berkualiti.

  1. Masa menunggu mendapatkan rawatan selepas pendaftaran dilakukan sehingga berjumpa doktor adalah 90 minit.(90%)
  2. Memberi kefahaman dan pengetahuan mengenai penyakit anda serta kaedah rawatan yang terkini bersesuaian dengan penyakit anda.(100%)
  3. Kerahsian maklumat peribadi, penyakit dan perawatan yang diberikan kepada pesakit adalah dijamin(100%)
  4. Kemudahan persekitaran yang bersih, selesa dan selamat disediakan.(90%)
  5. Setiap aduan dan cadangan bertulis anda akan diambil tindakan dan penambahbaikkan dalam perkhidmatan kami.(15 hari)
  6. Perkhidmatan klinik pakar akan diberikam mengikiyt giliran atau keadaan pesakit .Keutamaan akan diberikan kepada kanak-kanak , ibu hamil, warga emas dan orang kurang upaya.

OBJEKTIF
  1. Untuk menyediakan rawatan psikiatri yang komprehensif dan berkesan.
  2. Untuk melaksanakan rawatan secara komuniti dengan lebih meluas.
  3. Untuk mengurangkan penempatan psakit kronik ke institusi mental.

FUNGSI
  1. Klinik Rawatan Temujanji Pesakit Luar
  2. Klinik Rawatan Pesakit Dalam(Walk In)
  3. Klinik Rawatan Methadone
  4. Domicillary team(Pasukan lawatan ke rumah.

JADUAL KLINIK
Tarikh Kemaskini : 16 Nov 2016