UNIT PERHUBUNGAN AWAM
KETUA UNIT
En. Zulkarnain bin Daman Huri

Penolong Pegawai Penerangan, S32


PENGENALAN

Unit ini diselia oleh seorang Ketua Unit Perhubungan Awam dan dibantu oleh seorang Penolong Pegawai Penerangan. Anggota unit juga terdiri daripada seramai 11 orang Pegawai Khidmat Pelanggan yang terdiri daripada 8 petugas di bilik Operator dan 3 Petugas di Kaunter, yang masih mempunyai 5 kekosongan. Pada tahun 2014 dan 2015 kekosongan diisi dengan pegawai sambilan harian. Kemudian kontrak sambilan disambung lagi hingga ke tahun ini 2016.

Bahagian Perhubungan Awam bertindak sebagai penyelaras Aduan Awam/Pelanggan di peringkat Hospital Tuanku Fauziah. Selain itu, juga bertanggungjawab dalam menguruskan perhubungan awam dengan media dan merancang strategi media dalam penyebaran maklumat secara berkesan.


VISI

Ke arah mewujudkan masyarakat yang bermaklumat mengenai peranan dan operasi Hospital Tuanku Fauziah.


MISI

Untuk menyediakan khidmat perhubungan awam dan menyelaras pengaduan awam


PIAGAM PELANGGAN
  1. Memberi maklumbalas dan aduan awam dalam tempoh 15 hari bekerja.
  2. Memberi akuan penerimaan dalam tempoh 1 hari bekerja .
  3. Menjamin penyebaran maklumat yang tepat.
  4. Memastikan perancangan dan pelaksanaan urusan-urusan publisiti dilakukan dengan segra dan cekap.
  5. Menjamin penyataan awam yang dikeluarkan mengikut dasar serta selaras dengan kehendak Kementerian

OBJEKTIF

Menjamin penyebaran maklumat yang tepat dan lengkap.


FUNGSI
  1. Aduan
  2. Memantau dan mengambil tindakan bagi kes-kes aduan daripada Biro Pengaduan Awam (BPA), KKM, JKNPs, Laman Web Hospital dan peti cadangan atau telefon dan hadir sendiri.

  3. Media
  4. Memantau isu-isu berkaitan dengan Hospital yang disiarkan melalui media massa seperti suratkhbar.

  5. Lawatan
  6. Membantu Mengendalikan urusan lawatan dalam dan luar negeri ke Hospital Tuanku Fauziah.

  7. Sambungan panggilan
  8. Membantu membuat sambungan panggilan dalaman hospital dan juga pelanggan luar.

  9. Pengumuman
  10. Membantu membuat pengumuman yang diperlukan seperti pengumuman CME, kursus, doa pagi, wellness,bencana , umum dan lain-lain.


MASA PERKHIDMATAN

Isnin hingga jumaat
8.00 pagi hingga 5 petang

Tarikh Kemaskini : 16 Nov 2016