TERAS PIAGAM
Piagam ini ditujukan khas kepada setiap pelanggan yang berurusan dengan Hospital Tuanku Fauziah, Kangar, Perlis.
- TARAF PERKHIDMATAN
- Pesakit dalam keadaan kecemasan akan diberi rawatan dengan segera.
- Pesakit akan diberi perkidmatan perubatan dalam masa 1 jam selepas keamsukkan ke wad.
- Pesakit akan diberi perkhidmatan oleh Pegawai Perubatan Pakar sekurang-kurangnya 1 kali sepanjang berada di wad.
- KEMUDAHAN PERKHIDMATAN
- Setiap pelanggan akan disediakan dengan kemudahan dan persekitaran yang bersih dan sempurna.
- Menjadi tanggungjawab setiap kakitangan kesihatan untuk menjaga kerahsiaan maklumat pelanggan.
- MAKLUMAT PERKHIDMATAN
- Setiap pelanggan boleh mendapat penjelasan dan nasihat mengenai perkhidmatan yang diberikan kepadanya.
- Setiap urusan discaj pelanggan akan diselesaikan dalam tempoh yang telah ditetapkan.
- Setiap pengurusan aduan atau cadangan pelanggan akan diambil tindakan mengikut prosuder yang telah ditetapkan.
KEWAJIPAN PELANGGAN
Untuk membolehkan Kementerian Kesihatan melaksanakan Piagam ini dengan berkesan, pelanggan adalah berkewajipan untuk:
- Mematuhi semua undang-undang dan peraturan yang berkaitan
- Menjaga kesihatan dirinya dan masyarakat dengan mengamalkan cara hidup yang sihat dan
- Menggunakan kemudahan-kemudahan yang disediakan secara bertanggungjawab.