UNIT PENYELIAAN HOSPITAL
KETUA UNIT
En. Muslim bin Razak

Penolong Pegawai Perubatan, U42


PENGENALAN

Unit Penyeliaan Penolong Pegawai Perubatan merupakan salah satu komponen dibawah Pengurusan Hospital. Unit ini berperanan dalam pengurusan sumber dan penyeliaan klinikal bagi memastikan kualiti perkhidmatan yang cemerlang, cekap dan selamat diberikan kepada pesakit oleh anggota dibawah jagaan iaitu Penolong Pegawai Perubatan dan Pembantu Perawatan Kesihatan.

Unit ini diketuai oleh Ketua Penyelia PPP U42 dan dibantu oleh Ketua PPK gred U16Ketua Penyelia PPP akan melaporkan kepada Pengarah dan Ketua PPP Negeri berkaitan dengan bidang perkhidmatan dibawah jagaannya.


VISI

Menjana pasukan sokongan perubatan yang kompeten dan berdedikasi dengan sentiasa mempertingkatkan kualiti perkhidmatan yang diberikan kepada pesakit secara berterusan.


MISI

Menyediakan Perkhidmatan Penyeliaan Klinikal yang cekap dan berdedikasi kepada anggota dibawah jagaan supaya setiap aktiviti perkhidmatan diberi secara professional dan efektif memenuhi keperluan pelanggan.


OBJEKTIF
  1. Memastikan perkhidmatan yang diberi oleh Penolong Pegawai Perubatan (PPP) dan Pembantu Perawatan Kesihatan (PPK) dilaksanakan secara professional, cekap, dan berkualiti sepanjang masa.
  2. Mengurus sumber manusia dibawah kawalan dengan cekap dan mengoptimakan bilangan anggota di sesuatu unit atau jabatan mengikut keperluan perkhidmatan.
  3. Merangka dan melaksanakan program latihan jangka pendek dan jangka panjang secara berterusan kepada anggota bawah jagaan.

SKOP PERKHIDMATAN
  1. Pengurusan Sumber Manusia
    1. Perjawatan anggota
    2. Permohonan Jawatan Baru (ABM)
    3. Penempatan / penempatan semula pegawai
    4. Pengagihan pegawai
    5. Kelakuan dan tatatertib pegawai
  2. Pentadbiran
    1. Mesyuarat berkala Unit Penyeliaan PPP dan mesyuarat Jabatan Hospital.
    2. Kewangan / Peruntukan Modal Insan.
    3. Perolehan / Aset.
  3. Penyeliaan Klinikal
    1. 'Standard Operating Procedure’ yang dikeluarkan oleh Lembaga Pembantu Perubatan mengikut aktiviti dan CPG Kementerian Kesihatan Malaysia.
    2. Dokumentasi klinikal.
    3. Kawalan jangkitan / infeksi.
    4. Audit Klinikal
    5. Keselamatan Pesakit (Patient Safety).
  4. Perkhidmatan Rawatan Pra Hospital dan Ambulan Kecemasan
    1. Pusat Panggilan Ambulans Kecemasan (MECC).
    2. Infrasiliti dan Interfasiliti.
    3. Pasukan Perlindungan Perubatan.
  5. Pematuhan Akta dan Perlindungan
    1. Pematuhan kepada Akta 180, Akta Pembantu Perubatan (Pendaftaran) 1977
    2. Peraturan-peraturan yang ditetapkan peringkat hospital diamalkan semasa menjalankan aktiviti kerja harian.
    3. Pematuhan kod etika Pembantu Perubatan.
    4. Pematuhan senarai tugas PPP dan PPK yang telah diluluskan mengikut bidang kerja masing-masing.
  6. Pengurusan Latihan
    1. Orientasi anggota baru.
    2. Merancang latihan bagi anggota.
    3. Menyelaras latihan yang dihadiri oleh anggota.
    4. Mengurusakan Buku Log latihan dan MyCPD.
    5. Menyelaras latihan Tahap 1 dan untuk PPK.
  7. Penyelidikan

    Penyelidikan yang melibatkan perkhidmatan PPP dan PPK serta yang berkaitan.

  8. Tugas Atas Panggilan
    1. Penyeliaan Klinikal di jabatan-jabatanyang melibatkan amggota di bawah jagaan.
    2. Penyediaan jadual tugas atas panggilan.
    3. Pemantauan terhadap anggota yang melakukan tugas atas panggilan.
    4. Semakan laporan harian.
    5. Penyediaan laporan kepada Pengarah Hospital.
  9. Pengurusan Bencana
    1. Ahli Jawatankuasa Induk Bencana
    2. Ahli Jawatankuasa Induk Keselamatan Kebakaran

WAKTU PERKHIDMATAN

Isnin – Jumaat : 8.00 pagi – 5.00 petang
Sabtu – Ahad : Tutup

Tarikh Kemaskini : 29 Nov 2018