Pakar Perunding Patologi (Hematologi) Gred Khas C
Jabatan Patologi Hospital Tuanku Fauziah menyediakan perkhidmatan patologi dan transfuse kepada semua jabatan/unit di Hospital Tuanku Fauziah, klinik-klinik kesihatan di sekitar negeri Perlis dan menjadi pusat rujukan ujian ummunologi bagi hospital-hospital wilayah utara. Jabatan ini terdiri daripada 5 unit iaitu Unit Patologi Kimia, Unit Hermatologi, Unit Mikrobiologi. Unit Histositopatologi dan Unit Perubatan Transfusi.
Jabatan Patologi Hospital Tuanku fauziah mencapai status makmal bertaraf antarabangsa yang mampu menyediakan perkhidmatan makmal terbaik.
Memberi perkhidmatan kepakaran yang berkualiti tinggi dengan menghasilkan keputusan tepat, boleh dipercayai, dalam tempoh yang dipersetujui dan dilakukan oleh pegawai yang terlatih dan kompeten.
Kami berjanji untuk memberikan perkhidmatan secara professional, selamat, mesra, penyayang dan berkualiti:
Unit | Ujian Segera | Tempoh |
---|---|---|
Patologi Kimia | BUSE dan Serum Bilirubin Neonat (SBV) | 1 Jam |
Hermatologi | Full Blood Count (FBC)PT/APTT | 45 Minit 1 Jam |
Histositopatologi | HPE small urgent biopsy Pap smear FNAC/Nongynae fluid | 3 Hari Bekerja 7 Hari bekerja 3 Hari Bekerja |
Mikrobiologi | CSF gram stain BFMP smear | 1 Jam 24 Jam selepas pewarnaan |
Perubatan Transfusi | Bekalan darah bagi kes urgent transfusion | 30 Minit |
Perkhidmatan adalah tertakluk kepada pelanggan yang mengikuti peraturan dan prosedur yang ditetapkan oleh pihak jabatan.
Umum
Memberikan perkhidmatan berkualiti tinggi bagi memenuhi kehendak pelanggan (customer satisfaction) dengan menghasilkan keputusan yang tepat, boleh dipercayai dan dalam tempoh yang dipersetujui. Menekankan kepada peningkatan produktiviti melalui kerja secara berpasukan dengan penuh dedikasi serta memberi perkhidmatan yang berkukaliti, efektif, efisyen, dinamik dan bersesuaian dengan keperluan semasa.
Khusus
Jabatan Patologi menawarkan ujian diagnostic di dalam bidang Patologi Kimia, Hematologi, Mikrobiologi, Histositopatologi dan Perubatan Transfusi samada dilakukan di makmal Jabatan patologi Hospital Tuanku Fauziah ataupun secara rujukan ke makmal luar mengikut perjanjian.