JABATAN PERGIGIAN PEDIATRIK
KETUA JABATAN
Dr. Rusni bt. Noordin

Pakar Pergigian Pediatrik, UG54


PENGENALAN

Jabatan Pergigian Pediatrik ditubuhkan pada bulan Januari 2011 dan ditempatkan di Klinik Pakar Pergigian Hospital Tuanku Fauziah bersama-sama dengan Klinik Pakar Bedah Mulut dan Klinik Pakar Ortodontik.

Peranan utamanya adalah untuk memberi perkhidmatan perundingan dan rawatan pakar pergigian kepada pesakit dari peringkat bayi hinggalah peringkat kanak-kanak berumur 16 tahun kebawah yang dirujuk. Kanak-kanak istimewa dan yang bermasalah perubatan merupakan golongan yang menjadi keutamaan dalam perkhidmatan ini disamping pesakit- pesakit dalam wad yang dirujuk.

Konsep yang diamalkan adalah perkhidmatan yang menyeluruh di mana rawatan komprehensif diberikan dan disusuli dengan lawatan susulan yang berterusan.


VISI

Untuk menjadikan Jabatan Pergigian Pediatrik sebuah pusat kecemerlangan dan pusat rujukan yang berkualiti dengan memberikan perkhidmatan terkini di dalam aspek perkhidmatan, pendidikan akademik dan penyelidikan.


MISI

Untuk meningkatkan kualiti kehidupan di kalangan kanak-kanak melalui promosi kesihatan mulut dan meningkatkan kualiti kesihatan mulut iaitu peka kepada keperluan pesakit, menggunakan teknologi yang bersesuiaan dan terkini dan dijalankan oleh kakitangan yang terlatih dengan profesional, bertimbangrasa dan efisien dalam mengendalikan situasi.


OBJEKTIF
  1. AM

    Memberi perkhidmatan perundingan dan rawatan pakar pergigian secara komprehensif dan penjagaan kesihatan mulut kepada semua pesakit yang dirujuk serta memastikan kesihatan mulut kekal sihat.

  2. JABATAN
    1. Menyediakan perkhidmatan pergigian yang cekap, adil dan saksama serta mampu diperolehi oleh semua golongan masyarakat melalui penggunaan teknologi yang sesuai serta memenuhi kehendak pelanggan.
    2. Menyediakan perkhidmatan pergigian melalui aspek promosi,preventif, kuratif dan rehabilisasi kepada kanak-kanak yang berumur 16 tahun kebawah dan terutamanya kanak-kanak dengan keperluan khas(special need children)
    3. Memberi rawatan pergigian yang komprehensif dan penjagaan kesihatan mulut kepada semua kes-kes yang dirujuk dan menjadikan mereka orally fit, iaitu bebas dari tanda-tanda penyakit pergigian yang aktif.
FUNGSI

Perkhidmatan Pergigian Pediatrik menyediakan perkhidmatan perundingan dan rawatan komprehensif bermula dari diagnosis dan terapeutik kepada pesakit yang berumur 16 tahun dan kebawah yang dirujuk. Kes-kes yang dilihat adalah terdiri dari semua kes-kes yang dirujuk samada sebagai inpatients dan juga outpatients dan keutamaan diberi kepada kanak-kanak dengan keperluan khas. Ini termasuklah:

  1. Kanak-kanak yang mempunyai masalah kompromi perubatan seperti kecacatan jantung, barah darah dan pesakit transplant serta penyakit kronik seperti asma, subnormal renal dan juga kanak-kanak yang immune-compromised.
  2. Kanak-kanak istimewa (retardasi mental dan kecacatan fizikal) yang tidak dapat dikendalikan oleh pegawai pergigian seperti kanak-kanak terencat akal, Down’s Syndrome, celebral palsy, autism, hiperaktif dan sebagainya.
  3. Kanak-kanak dengan masalah pergigian spesifik dan kompleks seperti rampant karies yang teruk, memerlukan rawatan pulpa yang komplek, Amelogenesis Imperfecta, Dentinogenesis imperfecta dan Hypodontia.
  4. Kanak-kanak yang mempunyai masalah patologi dan perubatan mulut
  5. Kanak-kanak yang mengalami trauma oro-fasial- Kecederaan di bahagian mulut dan muka (Misalnya patah gigi, patah tulang rahang)
  6. Kes-kes yang memerlukan pembedahan dalam mulut seperti pembedahan gigi terimpak, gigi supernumerary (gigi berlebihan),sista tulang, ketumbuhan dalam mulut.

WAKTU PERKHIDMATAN
Hari8.00 PAGI - 1.00 PETANG /
8.00 PAGI- 12.15 TGH HARI (JUMAAT)
1.00 - 2.00 PETANG /
12.15 - 2.45 petang (JUMAAT)
2.00 PETANG - 5.00 PETANG /
2.45 - 5.00 PTG (JUMAAT)
Isnin- Kes rujukan & temujanji
- Lawatan ke wad
Rehat- Kes rujukan & temujanji
- Lawatan ke wad
Selasa- Sesi OT dan Kes rujukan- Sesi OT dan Kes rujukan
Rabu, Khamis, Jumaat- Kes rujukan & temujanji- Kes rujukan & temujanji
Tarikh Kemaskini : 12 Januari 2018