JABATAN PAEDIATRIK
KETUA JABATAN
Dr. Siti Akma binti Ishak
Pakar Perubatan UD 48

PENGENALAN

Jabatan Pediatrik Hospital Tuanku Fauziah merupakan pusat rujukan kes-kes pediatric di negeri Perlis dan kawasan sempadan negeri Kedah.


VISI

Jabatan Pediatrik Hospital Tuanku Fauziah sebagai pusat perkhidmatan pediatric yang cemerlang dan terkini yang mengutamakan konsep Baby Child Friendly serta Patient Centered Care yang membawa kepada kepuasan pelanggan.


MISI

Berperanan memberi perkhidmatan kesihatan kanak-kanak yang cemerlang di negeri perlis.

  1. Menyediakan perkhidmatan pediatric yang komprehensif dan terkini serta menekankan aspek-aspek kuratif, rehabilitative dan menggalakkan amalan kesihatan yang baik.
  2. Menggalakkan pendidikan kesihatan pesakit dan memupuk ibubapa/masyarakat di dalam penjagaan kesihatan kanak-kanak.
  3. Menjalinkan jaringan kerjasama dengan Klinik Kesihatan, Sektor Swasta, NGO dan Sektor Awam.

PIAGAM PELANGGAN

Kami komited memberikan perkhidmataan perawatan kepakaran dan susulan yang berkualiti dengan mengutamakan keperluan keadaan penyakit yang anda alami melalui:

  1. Masa menunggu mendapatkan rawatan selepas pendaftaran dilakukan sehingga berjumpa Doktor - >60 minit
  2. Memastikan anda mendapat penjelasan secukupnya dan bersetuju sebelum sesuatu prosedur rawatan dilakukan kepada anda - 100%
  3. Memberi kefahaman dan pengetahuan mengenai penyakit anda serta kaedah perawatan yang terkini bersesuaian dengan penyakit anda - 95%
  4. Setiap aduan dan cadangan bertulis anda digunakan sebagai ukuran dan penambahbaikan dalam perkhidmatan kami - 2 minggu

OBJEKTIF

Memberi rawatan komprehensif yang berkualiti kepada semua pesakit pediatric yang merangkumi rawatan kuratif dan rehabilitif serta menggalakkan aspek-aspek pencegahan dan amalam kesihatan yang baik.


FUNGSI
  1. Memberi perkhidmatan pesakit dalam di Wad Pediatrik, Unit Rawatan Intensif Bayi (NICU) dan Unit Rawatan Intensif Kanak-kanak (PICU).
  2. Memberi perkhidmatan rawatan pesakit luar yang dijalankan di Klinik Pediatrik dan Klinik Talasemia.
  3. Menjalankan program pendidikan kesihatan dan pendidikan berterusan.

SKOP PERKHIDMATAN

Jabatan pediatric menyediakan perkhidmatan pesakit luar dan pesakit dalaman. Perkhidmatan pesakit luar terdiri dari Klinik Pediatrik dan Klinik Talasemia. Perkhidmatan pesakit dalaman pula terdiri dari Wad Pediatrik 1, Wad Pediatrik 2, NICU dan PICU.

  1. Pesakit Luar

    Perkhidmatan pesakit luar Klinik Pediatrik dijalankan pada setiap hari bekerja iaitu dari hari Isnin hingga Jumaat bermula pukul 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Perkhidmatan yang disediakan:

    1. Klinik Pakar Pediatrik
    2. Klinik Pakar Pembedahan
    3. Klinik Kardiologi
    4. Klinik HIV (ELISA)
    5. Klinik Neonatal
    6. Klinik Kanak-Kanak Keperluan Khas
    7. Klinik Talasemia

  2. Pesakit Dalam
  3. Meliputi Wad Pediatrik 1, Wad Pediatrik 2, Wad NICU dan Wad PICU.


JADUAL KLINIK

Klinik Paediatrik

Klinik Thalasemia

Tarikh Kemaskini : 16 Nov 2016