JABATAN ORTOPEDIK
KETUA JABATAN
Dr Syed Addi Usmi Bin syed Othman
Pakar Perunding Ortopedik, UD56

PENGENALAN

Jabatan Ortopedik, Hospital Tuanku Fauziah Kangan Perlis merupakan jabatan perkhidmatan klinikal yang memberikan perkhidmatan kepakaran dalam bidang ortopedik kepada pesakit-pesakit dari negeri Perlis dan sebahagian Kedah Utara. Perkhidmatan ini telah dimulakan sejak tahun 2000 di bangunan tambahan bersebelahan Klinik SOPD. Pada penghujung tahun 2003, jabatan ini telah berpindah ke bangunan blok pakar sehingga sekarang.


VISI

Menjadikan Jabatan Ortopedik, Hospital Tuanku Fauziah sebagai pusat rujukan, rawatan dan latihan dalam bidang ortopedik serta dilengkapi dengan peralatan-peralatan ortopedik yang terkini bagi menampung pertumbuhan pesat sosio ekonomi di seluruh negeri Perlis.


MISI

Jabatan Ortopedik akan memberikan perkhidmatan yang efisyen, berkesan dan lengkap kepada pelanggan melalui.

  1. Penggunaan teknologi yang sepatutnya
  2. Menjana anggota yang berkemahiran dan efisyen
  3. Persekitaran yang sihat dan selamat
  4. Bekerjasama dengan pihak pengurusan atasan untuk melaksanakan perkhidmatan yang cemerlang

PIAGAM PELANGGAN
  1. Masa menunggu mendapatkan rawatan selepas pendaftaran dilakukan sehingga berjumpa doktor adalah 90 minit
  2. Memberi kefahaman dan pengetahuan mengenai penyakit anda serta kaedah rawatan yang terkini bersesuaian dengan penyakit
  3. Kerahsiaan maklumat peribadai, penyakit dan perawatan yang diberikan kepada pesakit adalah dijamin
  4. Kemudahan dan persekitaran yang bersih, selesa dan selamat disediakan
  5. Setiap aduan dan cadangan bertulis anda akan diambil tindakan dan penambahbaikan dalam perkhidmatan kami
  6. Perkhidmatan klinik pakar akan diberikan mengikut giliran dan/atau keadaan pesakit. Keutamaan akan diberikan kepada kanak-kanak, ibu hamil dan warga emas

OBJEKTIF

Memberi perkhidmatan yang berkualiti, efisyen dan lengkap kepada semua pelanggan dengan memastikan perawatan yang cekap, berkualiti, sesuai, mesra serta penuh dedikasi.


SKOP PERKHIDMATAN
  1. Perkhidmatan Pesakit Luar (Klinik Pakar Ortopedik)
  2. Perkhidmatan Pesakit Dalam (Wad)
  3. Perkhidmatan Pembedahan Ortopedik
  4. Menyediakan laporan perubatan
  5. Memberi latihan dalam bidang Ortopedik kepada pelajar perubatan, Kolej Pembantu Perubatan, Universiti Awam dan Swasta

JADUAL KLINIK
HARIPAGI PETANG
2.00 - 5.00
7.30 - 8.30 8.30 - 1.00
ISNINX-RAY CONFERENCE KES RUJUKAN KES BARU
MAJOR OT / TRAUMA OT
KES RUJUKAN KES BARU
MAJOR OT / TRAUMA OT
SELASA GENERAL ORTHO CLINIC
ARTHROPLASTY CLINIC
KLINIK DIABETIC FOOT
KLINIK RUJUKAN KES BARU
*SPINE CLICIC
RABU GENERAL ORTHO CLINIC
MAJOR OT
MAJOR OT / MINOR OT
CTEV CLINIC
*SPINE OT
KHAMIS KES RUJUKAN KES BARU
MAJOR OT
KES RUJUKAN KES BARU
*SPORTS CLINIC
JUMAAT GENERAL ORTHO CLINIC
MAJOR OT
KES RUJUKAN KES BARU
MAJOR OT
*ORTHO PAED CLINIC & OT
*SPORTS CLINIC

LAWATAN PAKAR LUAR
1. *PEDIATRIC ORTHO CLINIC & OT (DATO' DR ZULKIFLI BIN OSMAN) - 2 BULAN SEKALI PADA HARI JUMAAT (TERTAKLUK PADA PINDAAN)
2. *SPINE CLINIC & OT (DATO' DR FAZIR BIN MOHAMAD) - SETIAP BULAN HARI RABU & KHAMIS MINGGU KE-3 (TERTAKLUK PADA PINDAAN)
3. *SPORTS CLINIC & OT (DR SANUSI AZNI BIN ABDUL GHANI) - 2 BULAN SEKALI, HARI KHAMIS/JUMAAT MINGGU KE -2 (TERTAKLUK KEPADA PINDAAN)

Tarikh Kemaskini : 28 Nov 2018