JABATAN OBSTETRIK & GINEKOLOGI
KETUA JABATAN

Ketua Jabatan
Pakar Perubatan Gred Khas C


PENGENALAN

Jabatan Obstetrik dan Ginekologi, Hospital Tuanku Fauziah merupakan jabatan klinikal yang memberikan perkhidmatan kepakaran dalam bidang kepakaran perbidanan and sakit puan di Negeri Perlis. Hospital Tuanku Fauziah telah diiktiraf sebagai ‘Hospital Rakan Bayi ‘sejak tahun 1997. Jabatan O&G, HTF sentiasa mendukung Misi dan Visi Kementerian Kesihatan Malaysia.


OBJEKTIF UMUM

Memberi perkhidmatan perbidanan kepada ibu dari sebelum kehamilan sehingga selepas bersalin dan ginekologi iaitu pelbagai aspek rawatan yang berkaitan dengan sIstem reproduktif wanita. Jabatan berusaha memberikan perkhidmatan berkualiti, efisien dan lengkap serta perawatan yang cekap, berkualiti, sesuai, mesra serta penuh dedikasi dan berinovasi.


OBJEKTIF KHUSUS
  1. Memastikan semua pesakit yang mendapat perkhidmatan di jabatan ini menerima rawatan yang optima serta selamat.
  2. Mengambil langkah-langkah yang cepat, tepat dan proaktif dalam menangani serta mengurangkan tahap morbiditi pada ibu dan bayi semasa proses kelahiran merangkumi jagaan prenatal, intrapartum dan posnatal.
  3. Meneruskan serta menggalakkan promosi dan pendidikan dalam penyusuan ibu.
  4. Memberikan rawatan secara holistik dan berkesan terhadap pesakit ginekologi melalui perubatan, pembedahan serta kaunseling.
  5. Memastikan wargakerja di jabatan ini dilengkapi pengetahuan serta kemahiran yang mencukupi melalui program pembelajaran berterusan dan sistematik.
  6. Menerapkan budaya korporat serta amalan nilai-nilai murni di kalangan kakitangan semasa menjalankan tugas.
  7. Meningkatkan kesedaran serta kewajipan pelanggan terhadap penjagaan kesihatan diri masing-masing melalui pendidikan/nasihat yang berkesan.
  8. Melaksanakan aktiviti penerangan berkaitan kesihatan untuk meningkatkan kesedaran di kalangan komuniti.

FUNGSI

Mulai tahun 2020, jabatan mempunyai kekuatan 6 orang Pakar dari UD52 ke JUSA C, 20 orang Pegawai Perubatan dari UD41-UD54 dan 25-30 orang Pegawai Perubatan Siswazah. Jabatan diterajui oleh Dr Mohd Nizar Bin Bidin, Pakar Perunding JUSA C mulai Januari 2020 hingga sekarang. Beliau dibantu oleh seorang lagi Pakar Perunding JUSA C iaitu Dr Noor Aini bt Harun, seorang pakar UD56, Dr Che Adilah Che Soh, 3 orang pakar UD52 Dr Nur Zaiti bt Md. Arshad, Dr Tan Jun Wen dan Dr Nor Farihan Mukhtar. Pada bulan Februari 2021, jabatan menerima 2 lagi Pakar Klinikal yang akan melakukan “gazettement” di Jabatan O&G, HTF.

Bahagian kejururawatan di ketuai oleh tiga orang, seorang Penyelia Jururawat U42 dan dua orang Penyelia Jururawat U36 dan setiap wad mempunyai dua orang Ketua Jururawat kecuali wad OB1 dan Bilik Bersalin yang mempunyai 3 orang Ketua Jururawat. Jabatan mempunyai seramai 83 Jururawat Terlatih, 53 Jururawat Masyarakat dan 33/32 Pembantu Perawatan Kesihatan.

Dua orang Penolong Pegawai Perubatan U32 dan U29 ditempatkan di Klinik O&G untuk urusan pentadbiran klinik dan prosedur ultrasound.

PENGANUGERAHAN STATUS CREDENTIAL DAN PRIVILEDGE (C&P)
Semua Pegawai Perubatan Pakar dan Pegawai Perubatan serta Jururawat diberikan penganugerahan C&P untuk melakukan prosedur berdasarkan kategori masing-masing.


PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN

Jabatan memberikan perkhidmatan kepakaran klinik pakar O&G secara temujanji dan rawatan pesakit dalaman di wad.

  • Klinik Pakar- Menyediakan perkhidmatan untuk Obsteriks dan Ginekologi (O&G) yang merangkumi penjagaan berkaitan kehamilan dan masalah sakitpuan . Sesi klinik berkaitan kehamilan merangkumi :
    1. Klinik antenatal
    2. Klinik postnatal
    3. Combine Clinic bersama Pakar Perubatan
    4. Sesi Klinik ultrasound
    5. Early pregnancy assessment unit (EPAU)
    6. Klinik Perancang keluarga
    7. Klinik Pra Kehamilan.

  • Perkhidmatan klinik pakar Ginekologi dibahagikan kepada :
    1. Klinik ginekologi am yang merangkumi masalah ginekologi umum seperti masalah fibroid, masalah berkaitan menstruasi, uroginekologi dan sebagainya pada Rabu pagi.
    2. Klinik reproduktif bagi pasangan yang bermasalah kesuburan pada Isnin petang
    3. Klinik gineonkologi ( kanser ginekologi ), pesakit diberi appointment pada Rabu pagi.
    4. Klinik untuk sesi ultrasound Rabu petang.
    5. Klinik Menopos / terapi gentian hormone pada Khamis petang 2 minggu sekali.
  • Konsultasi Pegawai Kesihatan dengan Pakar O&G

    Jabatan O&G bertanggungjawab ke atas semua Klinik Kesihatan di Perlis dan menerima rujukan dari Klinik Kesihatan dari Kedah seperti jadual di bawah. Untuk kes-kes kecemasan yang memerlukan konsultasi segera, Pakar Kesihatan Keluarga dan pegawai kesihatan di Klinik Kesihatan boleh menghubungi pakar incharge /pakar oncall , manakal konsultasi tidak segera dan temujanji pesakit dibuat secara atas talian (on-line) – email o&g.htf@moh.gov.my

  • Dr Nur Zaiti Md ArshadDr Noor Aini Harun/ Dr Muhammad Noor AsyrafDr. Nur Farihan / Dr Nur AzyaniDr. Che Adilah bt Che Soh
    Klinik Kesihatan Negeri Kedah bersempadan Perlis
  • KK Padang Besar
  • KK Kaki Bukit
  • KK Beseri
  • KK Arau
  • KK Kangar
  • KK Gial
  • KK Kuala Perlis
  • KK Simpang Empat
  • KK Kuala Sanglang
  • Memberi perkhidmatan pesakit dalaman

    Blok Wanita dan kanak-kanak mula beroperasi pada 4 Januari 2016. Ianya merupakan tanda aras baru terhadap perkhidmatan O&G dimana pesakit dan anggota Jabatan O&G ditempatkan di blok B yang dilengkapi kemudahan baru dan ruang yang jauh lebih selesa. Skop perkhidmatan pesakit dalaman dibahagikan kepada: 4 kategori iaitu:


    1. PAC –‘Pregnancy Assessment Center’di Aras 1 atau pusat penilaian kehamilan di mana ibu-ibu hamil dengan masalah Obstetriks seperti turun air, turun darah, anak kurang gerak dan apa-apa berkaitan kehamilan dirujuk oleh Klinik Kesihatan ke PAC untuk dilihat oleh pegawai perubatan O&G dan seterusnya dibenarkan pulang atau dimasukkan ke wad jika perlu. PAC adalah sebahagian dari perkhidmatan Klinik pakar, oleh itu caj di PAC adalah sebagaimana caj klinik pakar mengikut Akta Fi 1951- Perintah Fi (Perubatan)(Pindaan) 2003 & juga kadar caj penuh bagi warga asing (perintah Fi) (perubatan) (Kos Perkhidmatan)2017.
    2. Wad Obstetriks 1 dan 2 (OB 1 dan OB2) di Aras 4 secara integrated menempatkan pesakit antenatal dan postnatal.
    3. Wad bersalin (labour Room) di Aras 2 mempunyai 12 bilik bersalin .menempatkan ibu hendak bersalin, pesakit pre-eklampsia atau sawan mengandung.
    4. Wad Ginekologi di Aras 6 untuk masalah ginekologi dan kehamilan kurang dari 24 minggu.

    Dewan bedah Blok B mempunyai dua buah bilik pembedahan kini beroperasi sepenuhnya setiap hari dengan kes elektif di OR 6 dari 8 pagi ke 5 petang dan kes kecemasan beroperasi 24 jam di OR 7

  • Perkhidmatan Subkepakaran

    Perkhidmatan O&G mempunyai 4 jenis subkepakaran iaitu Fetomaternal, Ginekologi, Reproduktif Medicine dan uroginekologi.

    1. Perkhidmatan subkepakaran fetomaternal adalah penjagaan ibu hamil berisiko tinggi dan perawatan bagi bayi di dalam kandungan di rujuk ke pakar Fetomaternal di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB).
    2. Gine-onkologi pula adalah perkhidmatan berkaitan kanser ginekologi seperti kanser ovari, pangkal rahim (serviks), kanser rahim. Perkhidmatan melibatkan klinik kanser, rawatan pembedahan kanser, kemoterapi dan susulan di Klinik kanser ginekologi. (Gynae-onco Clinic) serta rujukan rawatan radioterapi di Pulau Pinang. Perkhidmatan ini diberikan oleh Pakar lawatan Gineonkologi dari Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar bermula 1April 2020.
    3. Perkhidmatan reproduktif atau masalah kesuburan melibatkan klinik, pemeriksaan kedua-dua pihak iaitu pesakit dan pasangannya, penyiasatan berkaitan ketidaksuburan, rawatan dan prosedur IUI, manakala IVF dibuat di Hospital Sultanah Bahiyah.
    4. Perkhidmatan Uroginekologi –diberikan di HTF bagi kes-kes uterus dan vagina prolapse dan jika perlu di rujukkan pada uroginekologis di HSB.
    5. Pembedahan ginekologi dilaksanakan di HTF dan Jabatan juga melakukan pembedahan laparoskopi seperti untuk masalah kesuburan, pembedahan hysterectomy, ovarian cystectomy, kehamilan luar rahim kini boleh dibuat secara laparoskopi sekiranya menepati indikasi.
    6. Rawatan kemoterapi diberikan kepada pesakit kanser ginekologi di wad ginekologi di Aras 6, dikendalikan oleh pakar, pegawai perubatan, jururawat terlatih dengan pemantauan Pegawai Farmasi.
    7. Permohonan telahpun dihantar ke pihak kementerian dan ketua perkhidmatan O&G agar perkhidmatan gineonkologi dan “maternal fetal medicine” diwujudkan di HTF.


  • AKTIVITI KLINIK
    1. Hospital Rakan Bayi-merupakan aktiviti khas Jabatan O&G dan Jabatan Pediatrik diselaraskan oleh Unit Laktasi.
    2. Hospital mesra ibu pula adalah subset aktiviti hospital rakan bayi dimana antaranya ibu boleh mempunyai peneman di bilik bersalin. Peneman boleh terdiri daripada suami, ibu, atau ibu mertua pesakit.Ibu boleh minum dan makan , berjalan-jalan di bilik bersalin dan sekiranya tidak perlu, prosedur-prosedur invasif seperti epidural, memecahkan air mentuban, memasang intravena tidak dilakukan.
    3. Selain dari menjalankan aktiviti hakiki klinikal, jabatan juga melaksanakan pelbagai aktiviti quality, HPIA, KPI yang diarahkan oleh Kementerian.
    4. Red Alert System adalah sistem pengaktifan kecemasan yang dikhaskan untuk ‘Obstetrics Emergency’. Apabila diaktifkan, bantuan segera akan diperolehi dari pakar, pegawai perubatan dari Jabatan O&G, Anestesiologi dan Tabung Darah.
    5. Massive transfusion protocol (MTP) akan diaktifkan bila berlaku ‘massive postpartum haemorrhage’ (seperti ibu tumpah darah semasa/selepas bersalin).
    6. AOR discaj (keluar dari wad atas risiko sendori)-semua AOR discaj perlu dimaklumkan kepada ketua jabatan dan pesakit diberikan ubat serta temujanji rawatan susulan. Bagi ibu hamil atau postnatal, Klinik Kesihatan terdekat serta personalised care nurse dimaklumkan.
    7. Informed consent pembedahan –Jabatan menggunakan borang “informed consent” yang disediakan di peringkat Jawatankuasa perkhidmatan O&G peringkat Kebangsaan bagi prosedur pembedahan ginekologi dan Caesarean.
    8. Family conference - boleh diadakan bagi menerangkan secara terperinci tatacara pembedahan, komplikasi prosedur dan sebagainya. Sekiranya perlu jabatan-jabatan lain seperti Pediatrik, Pembedahan, Anestesiologi, Perubatan dan lain-lain jabatan akan dijemput menghadiri family conference.
    9. MDT – ‘multidisciplinary team approach’ adalah pendekatan terbaik merawat pesakit yang kompleks dan berisiko tinggi. Ianya membolehkan pelbagai jabatan berkolaborasi serta berbincang dalam memberikan perkhidmatan perawatan yang optima kepada pesakit.

    JADUAL KLINIK
    HARI/MASA8.00 am - 10.00 am10.00 am - 1.00 pm2.00 pm - 5.00 pm
    Isnin Antenatal ClinicObstetric Medicine Clinic
    (2nd and 4rd week every month)
    • Antenatal Clinic / Ultrasound
    • TVS Infertility patient
    • COLPOSCOPY (Aras 6 ) ( every week )
    Pre op assessment clinic
    Elective OT - LSCS
    SelasaCME Department
    3rd weeks – Caesar census monthly
    Teaching round • TVS Infertility patient • Journal Club
    General Gynae Clinic *( New Case URGENT ONLY)*
    Pre op assessment clinic
    Elective OT - GYNAE
    Rabu CME Hospital (8.00 – 9.00 am) Infertility clinic
    General Gynae Clinic (start at 8.00 am)
    Pre op assessment clinic
    Khamis CME Department Pre-op discussion (every week) • Early Pregnancy Assessment Unit (EPAU)
    • Pre Pregnancy Counseling (PPC)
    • High Risk Postnatal Clinic
    • Contraception Clinic
    • HRT Clinic COLPOSCOPY (Aras 6) (1st week every month)
    • TVS Infertility patient
    Prosedur ( pap smear, pipelle sampling , injection Lucrine/Rhogum, Ring dll )TVS Infertility patient (2nd , 3rd & 4th week every month)
    Jumaat Antenatal Clinic • TVS Infertility patient
    • HSG procedure
    Pre op assessment clinic
    Elective OT - LSCS
    Tarikh Kemaskini : 5 Mac 2021