JABATAN PERUBATAN AM
KETUA JABATAN
Dr Shafarul Halimi bin Mohamed

Pakar Perubatan
Ketua Jabatan Gred UD 56


PENGENALAN

Peranan Jabatan Perubatan semakin mencabar dan meningkat bidang tugasnya dari masa ke semasa.Perkhidmatan yang diberikan ialah rawatan kepakaran perubatan kepada pesakit .Pesakit yang serius dimasukkan ke dalam wad-wad perubatan dan selepas discaj diberikan temujanji di Klinik Pakar Perubatan dan susulan perubatan.Pesakit perubatan yang lain akan menerima rawatan di Klinik Pakar Perubatan adalah semua pesakit yang memerlukan rawatan mestilah melalui rujukan oleh doktor dari hospital atau klinik kerajaan dan pesakit juga diterima dari sumber-sumber rujukan swasta.


VISI

Menyediakan perkhidmatan perubatan yang terbaik , berkualiti , berpatutan dan yang mampu disediakan untuk dinikmati oleh masyarakat.


MISI

Kami komited untuk mencapai visi kami melalui pendekatan-pendekatan berikut:

  1. Semua anggota menghayati sepenuhnya ciri-ciri budaya korporat Kementerian Kesihatan Malaysia.
  2. Menaiktaraf kemudahan dan peralatan rawatan agar ianya terkini secara berkala.
  3. Meningkatkan ilmu dan kemahiran anggota mengikut perkembangan semasa.
  4. Memperkasa pelanggan kami dalam aspek pengetahuan kesihatan mereka.

PIAGAM PELANGGAN
  1. Kami memberikan perkhidmatan untuk kes-kes lanjutan dan kes-kes rujukan Perubatan.
  2. Kami akan menyediakan perkhidmatan yang cekap dan professional mengikut garispanduan yang ditetapkan.
  3. Perkhidmatan yang disediakan mengikut temujanji yang sesuai dan memudahkan pelanggan.
  4. Anda akan dilayan sebaik mungkin bersopan santun dengan rasa hormat.
  5. Perkhidmatan khidmat nasihat yang anda terima adalah selaras dengan amalan Kementerian Kesihatan Malaysia.
  6. Kami menyediakan temujanji yang cekap dan bersesuian mengikut penyakit dan keperluan pelanggan.

OBJEKTIF

  1. Memberi pemeriksaan dan rawatan perubatan kepada pesakit – pesakit yang mengidap penyakit yang serius ,merbahaya dan berjangkit.
  2. Memberikan rawatan,menstabilkan dan berusaha mengurangkan penyakit serta beban yang dialami oleh pesakit dan ahli keluarga.
  3. Menjalankan aktiviti pendidikan kesihatan dan kaunseling bagi mengawalkan penyakit berjangkit dan berusaha meningkat ilmu pengetahuan dan kesedaran masyarakat mengenai pentingnya kesihatan.
  4. Membantu pesakit untuk mendapat rawatan yang sewajar dan merujuk mereka kehospital lain sekira diperlukan bila kemudahan berkenaan tiada ditempat sendiri.
  5. Menyediakan anggota yang cekap dan terlatih dalam semua bidang.


FUNGSI

  1. Memberi perkhidmatan rawatan dan pemeriksaan serta kaunseling melalui Klinik Pakar Perubatan, Klinik Gastroenterologi, Klinik Haematologi, Klinik Elisa , Klinik Neurologi , Klinik Susulan Perubatan, Klinik Liaisons, Klinik Diabetik, Klinik Hypertension, Klinik Jantung dengan lawatan pakar jantung dari H P. Pinang, HIV registry, National Indicator for AMI ( NCVD ) dan aktiviti bilik rawatan.
  2. Menjalankan program yang di kenali sebagai Cardiac Rehability Program ataupun CRP (peringkat fasa 1)
  3. Memeriksa kes respiratori dan rawatan TB diklinik dada serta ujian Lung Function Test
  4. Memberikan pelindungan perubatan dan khidmat iringan kepada orang kenamaan
  5. Unit Kardiologi juga mengadakan beberapa ujian diantaranya ialah :
    1. Menjalankan ujian Echo dan Stress Test(EST) kes wad dan klinik.
    2. Melakukan ujian Holter Monitoring 24 Hours
  6. Bilik 20 D memberikan perkhidmatan diantaranya ialah :
    1. Pengambilan specimen darah untuk pesakit luar dan kakitangan
    2. Memberikan suntikan kepada pesakit luar serta kepada kakitangan Hospital
    3. Melakukan ujian ECG untuk semua klinik pakar hospital
    4. Melakukan cucian luka (Dressing)
  7. Menjalankan aktiviti latihan , menganjurkan pelbagai kursus berkaitan sepuluh punca kemasukan dan kematian di Hospital Tuanku Fauziah.
  8. Terlibat dalam aktiviti National registry:
    1. Registry(HIV)
    2. NCVD
    3. DICARE
    4. Nephrologi
  9. Kajian ( Reseach )- a)Menjalankan seperti Kajian Kepuasaan Pelanggan.
  10. Terlibat dalam aktiviti National registry:
    1. Audit Kematian
    2. KPI dan NIA


SKOP PERKHIDMATAN

  1. Pesakit Luar (KLINIK PAKAR PERUBATAN)
    1. Klinik Kes Baru( New Case Clinic )
    2. Klinik Pakar Perubatan
    3. Klinik Gastroenterlogi
    4. Klinik INR
    5. Klinik Neprologi
    6. Klinik Haematologi
    7. Klinik Neurologi
    8. Klinik Kardiologi
    9. Klinik HIV ( ELISA )
    10. Klinik Dada
    11. Klinik Gabungan ( Combine Clinic )
    12. Klinik TCA Wad
    13. Bilik Suntikan ( Cucian Luka , Suntikan dan ECG )
    14. Bilik Prosidur Kardiologi ( Echocardiogram / Stress Test / Holter
    15. Haemodialisis
    16. Diabetic Foot Care ( oleh Pegawai Pemakanan dan Jurupulih Anggota Perubatan)

  2. Pesakit Dalam
    1. Wad Lelaki ( TIngkat 4 )
    2. Wad Perempuan ( Tingkat 5 )
    3. Wad Isolation ( Wad 10 )
    4. Wad Lelaki ( Wad 1 )
    5. Wad Kelas Satu
    6. Wad Kelas 2
    7. Wad CCU
    8. Wad Perempuan Tingkat 1


AKTIVITI
  1. Memberi pemeriksaan dan rawatan perubatan kepada pesakit pesakit yang mengidap penyakit yang serius, merbahaya dan berjangkit.
  2. Memberi rawatan, menstabilkan dan berusaha mengurangkan penyakit serta beban yang dialami oleh pesakit dan ahli keluarga.
  3. Menjalankan aktiviti pendidikan kesihatan dan kaunseling bagi mengawalkan penyakit berjangkit dan berusaha meningkat ilmu pengetahuan dan kesedaran masyarakat mengenai pentingnya kesihatan.
  4. Membantu pesakit untuk mendapat rawatan yang sewajar dan merujuk mereka kehospital lain sekira diperlukan bila kemudahan berkenaan tiada ditempat sendiri.
  5. Menyediakan anggota yang cekap dan terlatih dalam semua bidang dengan mengadakan sebanyak 7 kursus dalaman yang membabitkan latihan kepada kakitangan di hospital ini.
  6. Menjalankan aktiviti kualiti seperti NIA ,KPI , HSA dan Akreditasi peringkat hospital
  7. Menjalankan aktiviti pembelajaran berterusan kepada Pegawai Perubatan , Pegawai Perubatan Siswazah dan Paramedik.
  8. Mengadakan CME peringkat Hospital dan Negeri kepada kakitangan dalam dan luar.

JADUAL PERKHIDMATAN

24 jam


CAJ RAWATAN PESAKIT

  1. Warga negara - RM1
  2. Warga Asing - RM100

Tarikh Kemaskini : 16 Nov 2016