UNIT KEJURURAWATAN
KETUA UNIT
Matron S.Poovaneswary a/p Suppiah Somu

Ketua Penyelia Jururawat U44


PENGENALAN

Unit Kejururawatan memainkan peranan penting dalam memberi perkhidmatan Kejururawatan yang menitikberatkan aspek-aspek promotif, kuratif dan rehabilitasi bagi memenuhi keperluan pelanggan, keluarga dan masyarakat daripada segi fizikal, psikologi dan kerohanian.


VISI

Mewujudkan Jururawat yang unggul dalam memberi penjagaan dan perawatan yang sempurna kepada pelanggan ke arah peningkatan kualiti.


MISI

Meningkatkan piawaian dan kualiti penjagaan serta perawatan yang optima kepada pelanggan menerusi pembangunan kerjaya kejururawatan selaras perkembangan teknologi terkini.


PIAGAM PELANGGAN
  • Semua kes kritikal dirawat dengan serta merta oleh Pegawai Perubatan.
  • Kes tidak kritikal dirawat dalam masa 1 jam selepas kemasukan di wad oleh Pegawai Perubatan
  • Semua pesakit akan diperiksa oleh Pegawai Perubatan Pakar sekurang-kurangnya 1 kali semasa berada di wad.
  • Memberi pendidikan dan pengetahuan mengenai penyakit serta kaedah rawatan yang terkini bersesuaian dengan penyakit pesakit.
  • Urusan discaj pesakit akan disiapkan dalam tempoh 3 jam selepas proses discaj dilaksanakan
  • Setiap aduan dan cadangan bertulis akan diambil tindakan dan penambahbaikan dalam perkhidmatan
    1. Maklumbalas kepada pengadu selepas siasatan dalam masa 15 hari
    2. Maklumbalas akuan penerimaan aduan dalam masa 3 hari
  • Kerahsiaan maklumat peribadi, penyakit dan perawatan yang diberikan kepada pesakit adalah dijamin
  • Kemudahan dan persekitaran yang bersih, selesa dan selamat disediakan

OBJEKTIF
  1. Memberi penjagaan dan perawatan yang sempurna kepada pesakit dalam dan luar secara optima melalui perkhidmatan yang efisyen.
  2. Mewujudkan sistem pembelajaran dan kemahiran di kalangan anggota kejururawatan bagi menghasilkan perkhidmatan yang cemerlang.

FUNGSI
  1. Memberi perkhidmatan perawatan pesakit yang berkualiti mengikut standard perawatan yang optima.
  2. Menyelaras sumber tenaga anggota kejururawatan yang sedia ada bagi melaksanakan perawatan pesakit.
  3. Merancang, menyelia dan memantau serta memberi tunjuk ajar yang berterusan dalam perkhidmatan dan kawalan infeksi.
  4. Memberi latihan yang berterusan dalam perkhidmatan bagi semua kategori anggota kejururawatan.

WAKTU PERKHIDMATAN

Sentiasa bersiap sedia 24 jam untuk berkhidmat; termasuk semasa kecemasan, bencana alam dan sebagainya.

Tarikh Kemaskini : 16 Nov 2016