UNIT KUALITI
KETUA UNIT
Dr. Faizah Bt Othman

Pegawai Perubatan, UD54


PENGENALAN

Unit Kualiti Hospital Tuanku Fauziah telah ditubuhkan pada Jun 2003. Permulaannya berfungsi sebagai sekretariat kepada jawatankuasa QAP dan menyelaras pelaksanaan Key Performance Indikator (KPI) dan HPIA. Kini, ia sedang di dalam usaha untuk berfungsi sebagai pusat sumber bagi rujukan kepada semua jawatankuasa bagi aktiviti inisiatif kualiti hospital.


OBJEKTIF
  1. Untuk memastikan semua aktiviti kualiti yang merangkumi aktiviti peningkatan kualiti KKM dijalankan dan dipantau dengan sempurna
  2. Menyelaras pelaksanaan dan memantau keberkesanan aktiviti-aktiviti peningkatan kualiti
  3. Menganalisa pencapaian semua aktiviti peningkatan kualiti mengikut piawaian yang ditetapkan
  4. Mengenalpasti masalah dan mengambil langkah penambaikan pelaksanaan program kualiti hospital

FUNGSI
  1. Menjadi urusetia kepada Jawatankuasa Pemandu Kualiti peringkat hospital
  2. Mengawasi perlaksanaan dan memantau semua aktiviti-aktiviti peningkatan kualiti di hospital seperti yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia
  3. Mengenalpasti dan menganalisa pencapaian semua aktiviti peningkatan kualiti melalui laporan “shortfall in quality’’ dan tindakan penambaikan yang telah diambil
  4. Merancang latihan/bengkel/kursus/echo training untuk semua peringkat anggota berkaitan aktiviti peningkatan kualiti
  5. Mengumpul data peningkatan kualiti untuk dianalisa dan laporan aktiviti-aktiviti inisiatif kualiti daripada penyelaras setiap jawatankuasa
  6. Menyediakan laporan tahunan aktiviti kualiti
  7. Menyelaras aktiviti pengauditan dan survey yang dijalankan samada peringkat dalaman atau luaran
Tarikh Kemaskini : 27 Disember 2017