UNIT KEWANGAN
KETUA UNIT
Pn. Nur Liyana binti Ismail

Akauntan, WA41

PENGENALAN

Unit Kewangan merupakan satu unit di bawah Bahagian Pengurusan yang berperanan memberikan perkhidmatan dalam bidang kewangan dan akaun di Hospital Tuanku Fauziah. Unit ini menjalankan urusan Pentadbiran Am, Perkhidmatan dan Kewangan. Unit ini dianggotai seramai 15 orang kakitangan seperti berikut :

BilPerjawatanPengisian
1.W411
2.W361
3.W321
4.W222
5.W199
6.N11

VISI

Menjadi sebuah unit dalam Jabatan Kesihatan Negeri Perlis terbilang dalam perkhidmatan perakaunan dan kewangan sektor awam

MISI
  1. Melaksanakan sistem perakaunan kerajaan yang terbaik.
  2. Memberikan khidmat nasihat perakaunan dan kewangan selaras dengan amalan terbaik.
  3. Menasihati pembuat keputusan di Hospital Tuanku Fauziah berkaitan perakaunan dan kewangan.
  4. Mempertingkatkan akauntabiliti melalui penyediaan perkhidmatan perakaunan dan pengeluaran maklumat perakaunan yang cemerlang, cepat dan tepat.

OBJEKTIF
  1. Menentukan keberkesanan penyediaan Anggaran Belanja Mengurus Hospital Tuanku Fauziah dalam membuat perancangan kewangan untuk melaksanakan dasar dan program-program kesihatan.
  2. Menentukan pengurusan sumber-sumber kewangan tenaga manusia, peralatan dan infrastruktur dibelanjakan secara optima.
  3. Menentukan pengurusan kewangan dan akaun hospital dilaksanakan dengan cekap dan menetapi peraturan kewangan dan Arahan Perbendaharaan.

PIAGAM PELANGGAN
  1. Membuat pembayaran dalam tempoh empat belas (14) hari daripada tarikh dokumen lengkap diterima di Unit Kewangan.
  2. Pembayaran gaji dan elaun bagi anggota baru dan bertukar masuk diproses dalam tempoh lima (5) hari daripada tarikh penerimaan Penyata Perubahan Mengenai Pendapatan Seseorang Pegawai (Kew.8-Pin. 7/88).
  3. Permohonan tuntutan-tuntutan akan diproses dalam tempoh sepuluh (10) hari daripada tarikh dokumen lengkap diterima di Unit Kewangan.
  4. Waran Perjalanan Udara akan disediakan dan dikemukakan kepada pemohon dalam tempoh dua (2) hari daripada tarikh dokumen lengkap diterima di Unit Kewangan.

FUNGSI
  1. Mengurus, memantau dan mengawal peruntukan yang diagihkan dan dibelanjakan secara optima.
  2. Mewujudkan satu sistem perakaunan yang boleh membantu pihak pengurusan dalam membuat perancangan dan keputusan.
  3. Menguruskan pembayaran emolumen dan bayaran-bayaran bil tuntutan mengikut tempoh yang ditetapkan.
  4. Menyelenggara dan mengemaskini akaun vot mengurus dan pembangunan dan rekod kewangan mengikut peraturan kewangan.
  5. Menyediakan Laporan Bulanan Perbelanjaan dan Laporan Kedudukan Bil yang belum dijelaskan untuk dikemukakan kepada Jabatan Kesihatan Negeri Perlis.
  6. Mengawal dan memantau perbelanjaan bagi memastikan jabatan mencapai prestasi perbelanjaan yang tinggi.

PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN

Tarikh Kemaskini : 29 Disember 2017