UNIT PSIKOLOGI KAUNSELING
KETUA UNIT
En Nur Afiq bin Ismail

Pegawai Psikologi, Gred S41


PENGENALAN

Unit Psikologi Kaunseling (UPsK) Hospital Tuanku Fauziah telah diwujudkan pada 02 Januari 2003 setelah wujudnya perlantikan Kaunselor yang memikul tanggungjwab untuk pelaksanaan tugas-tugas kaunseling di Hospital Tuanku Fauziah ini. Dahulu, Kaunselor yang bertugas diletakkan di bawah Jabatan Psikiatri Hospital Tuanku Fauziah kerana terdapat kesinambungan dalam memainkan peranan untuk memberikan perkhidmatan kesihatan emosi kepada semua warga Hospital Tuanku Fauziah.

Bermula pada 2012, Pegawai Psikologi diletakkan di bawah Pengurusan bagi membantu program pembangunan staf, selain pesakit. Namun, sejak tahun 2015, Pegawai Psikologi berada di bawah Timbalan Pengarah Perubatan yang bertanggungjawab untuk memberikan perkhidmatan kepada seluruh warga Hospital Tuanku Fauziah, iaitu pesakit dan anggota kesihatan yang memerlukannya juga. Perkhidmatan kaunseling yang ditawarkan oleh Unit Psikologi Kaunseling (UPsK) bukan hanya melibatkan para pesakit dan keluarga pesakit sahaja, namun juga memberikan kaunseling kepada seluruh kakitangan Hospital Tuanku Fauziah selaras dengan kehendak Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 1998 dan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 1999.

Oleh itu, penubuhan Unit Psikologi Kaunseling ini adalah selaras dengan perkembangan sistem perubatan pada masa kini dengan kepentingan perkhidmatan kaunseling di Hospital Tuanku Fauziah ini.


VISI

Unit Psikologi Kaunseling (UPsK) akan menjadi pusat kecemerlangan dalam perkhidmatan kaunseling kesihatan mental yang memberi perkhidmatan profesional yang mengutamakan pelanggan.


MISI

Unit Psikologi Kaunseling (UPsK) akan menyediakan perkhidmatan kesihatan mental berkualiti yang:

  1. Responsif dan prihatin kepada pesakit dan kakitangan HTF
  2. Dilaksanakan melalui pendidikan berterusan dan pemajuan profesional
  3. Mengendalikan penyelidikan kaunseling kesihatan mental.

PIAGAM PELANGGAN

Setiap pesakit / klien akan diberi perkhidmatan profesional sebaik mungkin:

  1. Setiap sesi intervensi (kaunseling/rundingan) adalah antara 30 minit hingga 60 minit.
  2. Kerahsiaan perkhidmatan kaunseling sentiasa diutamakan, selagi mana ia tidak mendatangkan kemudaratan kepada klien ataupun pihak lain selaras dengan Akta Kaunselor 1998 (AKTA 580)
  3. Setiap rujukan baru bagi pesakit dalam akan diberikan intervensi dalam masa 3 hari bekerja daripada tarikh rujukan manakala bagi pesakit luar adalah dalam tempoh 5 hari bekerja

OBJEKTIF
  1. Meningkatkan kestabilan emosi klien melalui perkhidmatan kaunseling yang diberikan.
  2. Meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan kesihatan mental.
  3. Membantu meningkatkan potensi diri klien yang holistik.

JENIS PERKHIDMATAN
  • Aplikasi Psikologi dalam Intervensi
    1. Kaunseling Individu (Kanak-Kanak, Remaja, Dewasa, Tua)
    2. Kaunseling Kelompok (Kelompok Sokongan, Kelompok Bimbingan dan sebagainya)
    3. Kaunseling Keluarga
    4. Kaunseling Pasangan / Perkahwinan
    5. Kaunseling Intervensi Krisis
    6. Kaunseling Keibubapaan
    7. Menggunakan kaedah ekspresif selain daripada kaunseling verbal biasa seperti Sand Play, Expressive Therapy, Play Therapy, Relaxation Technique, Art Therapy dan lain-lain yang bersesuaian dengan klien.

  • Aplikasi Psikologi dalam Penilaian Psikologi
    1. Pentadbiran dan penilaian inventori psikometrik tahap A & B (Master Holder) dalam penilaian tahap Stres, Kebimbangan dan Depresi (Saringan Minda Sihat), penilaian Gaya Daya Tindak, Ujian Personaliti Individu (IPS, Personaliti A / B, Personaliti Warna, Gaya Bercinta, JEPI), Minat, Dan Nilai Kerjaya (SDS, VPI, INPS) serta kesukaran dan kekuatan kanak-kanak (SDQ).
  • Aplikasi Psikologi dalam Pembangunan Personal
    1. Ceramah / Bengkel / Kursus
    2. Continous Professional Development (CPD) untuk kakitangan
  • Aplikasi Psikologi dalam Penyelidikan
    1. Penyelidikan aktiviti kaunseling: Kajian dijalankan seperti kepuasan klien terhadap khidmat kaunseling dan kesan impak diri peserta kursus atau ceramah dianjurkan.

  • WAKTU PERKHIDMATAN
    HARIPAGIPETANG
    Isnin - Khamis8.00 pagi-1.00 petang2.00 petang -5.00 petang
    Jumaat8.00 pagi- 12.15 petang2.45 petang - 5.00 petang
    Tarikh Kemaskini : 27 Disember 2017