UNIT KEJURUTERAAN OPERASI HOSPITAL
Ketua Unit
En. Mohd Khairul Nizam bin Ismail Halily

Jurutera (Elektronik), J44


PENGENALAN

Unit Kejuruteraan Operasi Hospital Tuanku Fauziah ditubuhkan pada tahun 2011 bagi menggantikan ‘Sistem Hospital Awasan Taraf’ (SIHAT)-iaitu syarikat konsultan yang dilantik oleh kerajaan untuk melaksanakan pemantauan Penswastaan Perkhidmatan Sokongan Hospital (PSH). Unit ini terdiri daripada 3 orang Jurutera dan 1 orang Penolong Jurutera mewakili bidang yang berlainan iaitu Jurutera Elektrik (J44), Jurutera Biomedikal (J41), Jurutera Mekanikal (J41) dan Penolong Jurutera Awam (J29). Unit ini juga mempunyai seorang Pembantu Tadbir (N19) bagi menguruskan kerja-kerja pengkeranian serta membantu kerja-kerja teknikal sekiranya perlu.


VISI

Hospital Tuanku Fauziah mencapai status hospital termoden yang mampu menyediakan perkhidmatan perubatan yang terbaik di kawasan utara.


MISI

Misi kami adalah memberi perkhidmatan kepakaran yang berkualiti tinggi bagi pemantauan penswastaan perkhidmatan sokongan hospital yang dilaksanakan dengan usaha untuk kecemerlangan, penuh dedikasi dan komitment.


PIAGAM PELANGGAN
  1. Memberi respon terhadap aduan kritikal serta merta
  2. Memberi respon terhadap aduan bersurat dalam 3 hari
  3. Menangani aduan awam (umum) dengan profesional dan dalam masa 48 jam.
  4. Membantu menjalankan pemantauan ke atas kualiti dan kesempurnaan serta kekompetenan operasi penyelenggaraan oleh Syarikat Konsesi dari semasa ke semasa.
  5. Memastikan pemantauan dan penyelarasan khidmat sokongan hospital berjalan dengan lancar.
  6. Membantu menjalankan pemeriksaan fizikal ke atas sistem, pemasangan, loji dan peralatan jentera/mekanikal, elektrikal dan biomedikal dari semasa ke semasa.
  7. Membantu menyediakan Sijil Perakuan Pelupusan(PEP) bagi peralatan jentera/mekanikal, elektrikal dan biomedikal yang berkaitan, apabila perlu.
  8. Mengesahkan Sijil Perakuan Pelupusan (PEP) peralatan biomedikal/elektronik/elektrikal/mekanikal.
  9. Membuat rondaan pemantauan seminggu sekali.
  10. Membuat Joint Inspection sebulan sekali.
  11. Membantu menyemak prestasi, laporan teknikal, laporan kejadian dan aduan bagi perkhidmatan Kejuruteraan Hospital dari semasa ke semasa.
  12. Membantu menyemak bil/invois untuk pengesahan pengesahan bayaran atau penalti sebulan sekali.
  13. Mengurus Mesyuarat Pegawai Pengantara dan Mesyuarat Jawatankuasa Validasi seperti yang telah dirancang.

OBJEKTIF
  1. Menyedia dan memantau pelaksanaan program perkhidmatan hospital secara menyeluruh.
  2. Untuk melindungi kepentingan Kementerian Kesihatan Malaysia dan pengguna-pengguna hospital dengan memastikan keperluan di dalam perjanjian konsesi dipenuhi.
  3. Bagi memastikan perkhidmatan sokongan hospital diberikan secara selamat, cekap dan berkesan.

FUNGSI DAN PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN
  1. Memantau pelaksanaan Perkhidmatan Sokongan Hospital ke atas perkhidmatan yang diberikan oleh syarikat konsesi yang meliputi 6 perkhidmatan utama iaitu Facilities Management Services (FMS), Facility Engineering Management Services (FEMS), Biomedical Engineering Management Services (BEMS), Healthcare Waste Management Services (HWMS), Cleaning Services (CLS) dan Linen and Laundry Services (LLS)
  2. Memantau dan menyelaras urusan berkaitan Perkhidmatan Sokongan Hospital dan pegawai pengantara hospital sekiranya menerima aduan
  3. Memberi khidmat nasihat teknikal dan profesional berkaitan perkhidmatan kejuruteraan hospital, kerja-kerja kecil kejuruteraan, pembelian dan penggantian alat kelengkapan serta memantau perlaksanaan dan pengurusan projek di hospital
  4. Menyelaras Pengeluaran ‘Sijil Perakuan Pelupusan’ (PEP) bagi peralatan mekanikal, elektrikal, biomedikal dan jentera bermotor.
  5. Bertanggungjawab menyelaras dan menjalankan Program Mampan (Sustainability Program-SP) yang meliputi Pengurusan Tenaga (Energy Management-EM), Kualiti Udara Dalaman (Indoor Air Quality-IAQ) dan 3R - Reduce, Reuse, Recyle.
  6. Menyelaras dan memantau projek-projek dibawah BP6, BP9, RMK, Sinking Fund.

Tarikh Kemaskini : 15 Februari 2019