UNIT PERUBATAN FORENSIK
KETUA UNIT
Dr. Mohd Saifudin Bin Ayub

Pegawai Perubatan, U48


PENGENALAN

Unit perubatan forensik Hospital tuanku fauziah terletak dibahagian belakang hospital berhadapan dengan Wad 10 serta surau utama hospital.dahulunya dikenali sebagai rumah mayat sejak dari penubuhan Hospital Kangar (nama lama Hospital Tuanku Fauziah). Mula beroperasi dibangunan sedia ada mulai tahun 1998. Perkhidmatan forensik ialah satu perkhidmatan yang sangat penting dalam menegakkan keadilan serta pengkuatkuasaan undang undang negara. Ianya merangkumi bidang patologi forensik, perubatan dan sains forensik.perkhidmatan forensik semestinya bebas dan berkecuali serta tidak terikat dengan mana-mana pehak demi keadilan.Perkhidmatan yang diberikan seharusnya bukan semata-mata kepada pehak polis atau kerajaan sahaja tetapi juga bebas memberi khidmat kepada orang awam serta defendan demi menegakkan keadilan.


VISI

Untuk memberi perkhidmatan perubatan forensik yang cemerlang kepada semua lapisan masyarakat.


MISI
  1. Untuk perkembangan berterusan dalam bidang perubatan forensik serta meningkatkan kesedaran awam melalui kerjasama strtegik dan pendidikan berterusan yang berteraskan budaya , kualiti dan keutamaan kepada pelanggan.
  2. Berkhidmat untuk masyarakat dengan lebih saksama dan efektif berlandaskan nilai-nilai keperihatinan,profesionalisma dan kerjasama berpasukan mengikut budaya koprat kementerian kesihatan malaysia.
  3. Untuk menyediakan perkhidmatan forensik yang dinamik dan responsif kepada masyarakat dengan anggota berilmu dan berdedikasi.

PIAGAM PELANGGAN

Unit Perubatan Forensik berjanji seperti berikut:

  1. Semua pelanggan akan dilayan secara profesional dengan jujur,mesra,hormat dan bertimbangrasa
  2. Semua pelanggan akan dimaklumkan mengenai prosedur kerja yang telah ditetapkan
  3. Semua pemeriksaan postmortem medikolegal hendaklah dimulakan tidak lewat daripada 24 jam setelah arahan pemeriksaan mayat diterima daripada pihak polis.
  4. Semua kes bid (selepas waktu pejabat) akan dimasukkan kedalam unit perubatan forensik tidak lebih 1 jam selepas menerima panggilan.
  5. Mayat bagi kes bukan mediko legal / biohazard akan diserahkan dalam masa tidak lebih 3 jam selepas penerimaan mayat.

OBJEKTIF

Memberi perkhidmatan kepakaran yang berkualiti yang memenuhi kehendak pelanggan dengan memberi laporan bedahsiasat yang tepat dalam tempoh yang dipersetujui.menyediakan fasiliti serta kemudahan untuk pengurusan dan penyimpanan mayat dengan selamat


SKOP PERKHIDMATAN
  1. Pengendalian semua kes kematian samaada :
    1. Kematian dalam hospital (“Death in Department”)
    2. Kematian diluar hospital (“Brought in Death”)
  2. Melakukan prosedur bedah siasat mayat (Forensic post mortem) keatas kes Medikolegal atas permintaan pehak polis melalui borang POL 61 Pindaan 4/86.
  3. Menyediakan tempat serta peralatan untuk Bedah Siasat Klinikal.
  4. Dilakukkanoleh“HISTOPATOLOGIST”setelah mendapat kebenaran bertulis (consent) daripada :
    1. Waris pesakit
    2. Ketua Pengarah Kesihatan (kes penyakit Berjangkit: Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit berjangkit 1988 (Akta 342)).
  5. Menyediakan laporan Bedah Siasat yang lengkap.
  6. Menyediakan tempat untuk pengurusan jenazah/mayat.
  7. Memberi perkhidmatan penghantaran jenazah / mayat menggunakan kenderaan hospital.
  8. Membantu pasukan pendermaan organ (Top Team) dalam prosidur pendermaan organ.
  9. Menerima serta menyimpan mayat,anggota badan yang dibedah atau dipotong serta janin sementara menunggu tuntutan daripada waris.
  10. Membantu dalam pengurusan pengembumian mayat yang tidak dituntut.

Tarikh Kemaskini : 10 Januari 2019