PENGENALAN
Unit Fisioterapi adalah salah satu perkhidmatan sokongan klinikal di hospital. Unit ini dipertanggungjawabkan dalam perawatan rehabilitasi mengikut keperluan pesakit. Dasar operasi Unit Fisioterapi adalah semua pesakit yang memerlukan rawatan mestilah melalui rujukan oleh Pegawai Perubatan dari Hospital atau Klinik Kesihatan kerajaan.
VISI
Menjadi Unit Fisioterapi yang terbaik di Semenanjung Malaysia.
MISI
Menyediakan perkhidmatan yang berkualiti, berkesan dan selamat secara professional.
PIAGAM PELANGGAN
- Anda akan diberi rawatan dalam tempoh 30 minit setelah mendaftar dan membuat bayaran untuk kes ulangan
- Anda akan mendapat rawatan pesakit luar pertama selepas pendaftaran dalam tempoh 10 hari waktu bekerja kecuali kes kesakitan akut dan bayi masalah pernafasan
OBJEKTIF
- Menyediakan perkhidmatan pemulihan yang cekap, tepat dan cepat.
- Membantu pesakit menjaga kesihatan diri, kecergasan dan pergerakan yang normal atau hampir normal supaya pesakit boleh berdikari dan menjalani kehidupan yang aktif.
- Memberi pengetahuan dan khidmat nasihat kepada pesakit kea rah kehidupan yang cergas dan lebih produktif.
PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN
- Perkhidmatan rehabilitasi bagi pesakit dalam
- Chest Physiotherapy
- Limb Physiotherapy – anggota atas dan bawah.
- Cardiac Rehabilitation Program (CRP) phase 1
- Perkhidmatan rehabilitasi bagi pesakit luar
- Chest Physiotherapy
- Limb Physiotherapy – anggota atas dan bawah.
- Lymphoedema Therapy
- Kesihatan Wanita
- Pain Management
- Cardiac Rehabilitation Program (CRP) phase 2
- Perawatan menggunakan electrotherapeutic modalities, cervical traction dan sebagainya.
- Program lawatan ke rumah pesakit bersama program outreach.
WAKTU PERKHIDMATAN
Kategori | Isnin - Khamis | Jumaat |
Pesakit Luar / Pesakit Dalam |
8.00am – 1.00pm / 2.00pm – 5.00pm |
8.00am – 12.15pm / 2.45pm – 5.00pm |