JABATAN OTORINOLARINGOLOGI
KETUA JABATAN
Dr. Mohd Zambri bin Ibrahim
Pakar ORL-HNS
Ketua Jabatan Gred UD54

PENGENALAN

Jabatan Otorinolaringologi (ORL) ini mula beroperasi pada 22 April 1997 yang menyediakan perkhidmatan kepakaran dalam bdang perawatan kepakaran dan pembedahan telinga, hidung dan tekak kepada penduduk negeri Perlis. Sejajar dengan pembangunan dan perkembangan semasa jabatan ini telah mengembagkan sayapnya dengan mewujudkan perkhidmatan Audiologi (Pemulihan Perubatan Pendengaran) pada Julai 2002 serta perkhidmatan subkepakaran (Head and Neck Surgery) bermmula pada Mac 2014.

Berkat usaha dan dorongan Pengarah Hospital Tuanku Fauziah, pada tahun 2015 jabatn ini Berjaya mewujudkan Perkhidmatan baru iaitu OSA (Obstructive Sleep Apnea) iaitu salah satu cabang keperluan dalam bidang subkepakaran Head and Neck Surgery, ianya juga dilengkapi edngan kemudahan ‘Sleep Study Room’ dengan mesin ‘Polysomnogram’. Jabatan ORL adalah sebuah jabatan yang berusaha kea rah memberi perkhidmatan yang sempurna kepada semua pesakit untuk meningkatkan dan mengekalkan tahap kesihatan masyarakat bagi membolehkan seseorang individu menjalankan kehidupan social dan ekonomi yang bermutu dan produktif serta memberi rawatan yang komprehensif dan holistic.

Jabatan ini juga memberi perkhidmatan Audiologi dan Terapi Pertuturan yang berkualiti, program re-habilitasi yang efektif dan khidmat nasihat yang berkesan kepada pesakit, ahli keluarga dan masyarakat bagi meningkatkan kualiti kehidupan.

Pada amnya jabatan ini memberi perkhidmatan kepada kes-kes pesakit luar dan pesakit dalam (wad). Selain itu, jabatan ini berfungsi untuk melatih pakar-pakar ORL untuk pengwartaan, graduan Program Sarjana Muda Perubatan, pelatih-pelatih Penolong Pegawai Perubatan serta Pelatih Jururawat.


VISI

Mewujudkan sebuah Jabatan ORL yang memberi perkhidmatan kesihatan telinga, hidung dan tekak, penjagaan kesihatan pendengaran serta terapi pertuturan yang berkualiti, komprehensif dan berdedikasi kepada masyarakat dan menjadikan sebuah pusat penyelidikan dan perkembangan kesihatan serta pengetahuan otorinolaringologi.


MISI

Meningkatkan dan mencapai satu taraf kesihatan telinga, hidung dan tekak yang terbaik dengan mengambil langkah-langkah positif dan menggalakkan penglibatan individu, keluarga, dan masyarakat untuk mengekalkan status kesihatan telinga, hidung dan tekak. Perlaksanaan, pengesanan dan intervensi awal masalah pendengaran sebagai satu keperluan kea rah peningkatan kualiti kehidupan dan menerapkan ilmu dan teknologi terkini serta mewujudkan kerjasama dengan badan-badan pertubuhan institusi kerajaan dan bukan kerajaan.


PIAGAM PELANGGAN

Jabatan Otorinolaringologi menggunakan piagam pelanggan yang dikeluarkan oleh pihak Hospital Tuanku Fauziah yang merangkumi masa menunggu, kemudahan dan kebersihan bersih, pengurusan aduan dan cadangan serta keutamaan kepada pesakit mengikut keadaan pesakit serta peringkat umur. Pada dasarnya Jabatan Otorinolaningologi masih dapat memenuhi peratusan yang telah ditetapkan.


OBJEKTIF
  1. Memberi perkhidmatan kesihatan pakar pesakit luar serta rujukan daripada Klinik Kesihatan untuk rawatan selanjutnya.
  2. Mempertingkatkan kualiti kehidupan pesakit yang menghadapi masalah ORL dengan membuat diagnose rawatan serta pemulihan seawall mungkin.
  3. Memberi rawatan susulan berjadual.
  4. Memberi tunjuk ajar dan nasihat sewajarnya.
  5. Memberi layanan yang mesra kepada pesakit.
  6. Merupakan pusat penyelidikan dan latihan untuk pengwartaan pekar-pakar ORL, pegawai perubatan pelatih, graduan sarjana muda pemulihan pendengaran (Audiologi), graduan sarjana muda pemulihan pertutran dan paramedic pelatih.

FUNGSI
  1. Perkhidmatan Rawatan Pesakit
    1. Menerima pesakit dan memberi rawatan secara komprehensif kepada pesakit yang dirujuk dari berbagai disiplin.
    2. Memberi rawatan susulan dan pembedahan
    3. Memberi perkhidmatan rawatan kecemasan 24 jam.
    4. Mengadakan perbincangan dengan disiplin yang lain mengenai penyakit yang dihadapi oleh sesetengah pesakit (Jabatan Radiologi dan Patologi)
    5. Membuat Konsultasi kepada pesakit selepas pembedahan (semasa rawatan susulan).
    6. Melakukan prosedur-prosedur minor seperti Pemeriksaan endoscopy, Pemeriksaan menggunakan microscope dan Perkhidmatan Pembedahan minor.
  2. Perkhidmatan Audiologi
    1. Menjalankan ujian Audiologi, Pendengaran dan diagnosis bagi semua kes yang dirujuk terutama pesakit kanak-kanak (Pediatrik)
    2. Menjalankan Ujiam Saringan Pendengaran bagi bayi yang berisiko tinggi yang dirujuk oleh Pakara atau Pegawai Perubatan Pediatrik.
    3. Menjalankan Ujian Saringan Pendengaran bayi Universal Neonatal Hearing Screening untuk bayi baru lahir.
    4. Melakukan ujian susalan dan membuat diagnosis status pendengaran bayi yang gagal ujian saringan pendengaran.
    5. Memeriksa tahap pendengaran bagi kes Medicolegal dan pengesahan OKU
    6. Memberi perkhidmatan Amplifikasi kepada pesakit dewasa, kanak-kanak dan bayi yang mempunyai masalah pendengaran.
    7. Khidmat nasihat yang berkaitan kepada pesakit.
    8. Membuat rujukan yang boleh dicalonkan untuk ‘pacakan Koklea’
    9. Kepada Hospital Satelit.
  3. Perkhidmatan Terapi Pertuturan
    1. Menjalankan penilaian dan diagnosis terhadap pesakit yang bermasalah komunikasi (masalah pertuturan, bahasa atau suara)
    2. Merancang pelan rawatan yang sesuai berdasarkan keputusan penilaian dan diagnosis
    3. Menjalankan terapi pertuturan-bahasa, kaunseling dan khidmat nasihat kepada pesakit seperti:
      1. Kelewatan perkembangan bahasa dan pertuturan
      2. Masalah bunyi pertuturan (Speech Sound Disorder)
      3. Masalah pendengaran
      4. Masalah sumbing bibir dan/atau lelangit (left lip/palate)
      5. Masalah suara
      6. Kecelaruan bahasa pertuturan perolehan (Traumatic Brain Injury/Cerebral Palsy dan lain-lain)
      7. Masalah penelanan kanak-kanak dan dewasa
  4. Perkhidmatan Pesakit Dalam
    1. Rawatan am
    2. Pembedahan samada secara kecemasan atau elektif
    3. Rawatan Barah Kepala dan Leher
    4. Mengadakan ‘ward round’ setiap hari serta mengadakan ‘grand round’
    5. Melatih dan megajar pegawai perubatan dan pegawai perubatan latihan siswazah serta paramedic semasa ‘ward round’
    6. Memeriksa pesakit di wad serta kes-kes rujukan dari unit lain.
    7. Memastikan semua pesakit dirawat dan diperiksa oleh Pegawai Perubatan di wad
    8. Memastikan wad mempunyai peralatan yang mencukupi dan anggota yang terlatih untuk mengendalikan peralatan
    9. Memastikan wad berada dalam keadaan teratur dan sistematik
  5. Pentadbiran Dalaman Jabatan
    1. Memantau keperluan anggota dan jabatan
    2. Memantau prestasi semasa anggota-anggota klinik
    3. Memastikan setiap teguran dan aduan yang diberi dilaksanakan dengan jayanya.
    4. Memastikan klinik berjalan dengan lancer bermula awal
    5. Memastikan setiap piagam pelanggan dipatuhi
    6. Memastikan pakar dan pegawai perubatan yang mencukupi untuk memeriksa pesakit
    7. Mengajar Pegawai Perubatan dan anggota lain berkaitan penyakit pesakit
    8. Mengajar dan menyelia prosedur-prosedur yang dijalankan oleh Pegawai Perubatan Klinik
    9. Mengendalikan Klinik 2 kali seminggu (Isnin dan Khamis). Pada masa ini memandangkan bilangan pesakitsemakin bertambah, sesi klinik ditambah pada hari selasa (2 minggu sekali) untuk pesakit baru.
    10. Menerima Pelatih Penolong Pegawai Perubatan untuk latihan klinikal.
    11. Melatih dan mengajar pegawai perubatan dan pegawai perubatan latihan siswazah serta paramedic semasa ‘ward round’
    12. Pemantauan kad perakam waktu anggota jabatan setiap bulan
  6. Pendidikan Kesihatan
    1. Memberi nasihat dan pendidikan kesihatan mengenai penyakit telinga, hidung dan tekak
    2. Mengadakan ‘Health Camp’ ke kawasan-kawasan luar Bandar
    3. Mengadakan kursus berkaitan dari semasa ke semasa.

JADUAL KLINIK
HARI/MASA8.00 - 1.00 PETANG1.00 - 2.00 PETANG2.00 - 5.00 PETANG
ISNIN
  • Klinik Ulangan dan Baru
  • Kes Kecemasan(segera)
  • Klinik Audiologi
  • Klinik Pertuturan
  • REHAT
  • Rawatan pesakit dalam (wad)
  • Kes Kecemasan (segera) / kes baru
  • Klinik Audiologi
  • Klinik Pertuturan
  • Prosedur (minor kes di klinik)
  • SELASA
  • Pembedahan (OT)/Klinik kes
  • Rujukan (selang seminggu sekali)
  • Kes kecemasan (segera)
  • Klinik Audiologi
  • Klinik Pertuturan
  • REHAT
  • Pembedahan (OT)/Klinik kes
  • Rujukan
  • Rawatan pesakit dalam (wad)
  • Kes kecemasan (segera)
  • Klinik Audiologi
  • Klinik Pertuturan
  • RABU
  • Pembedahan (OT)
  • Kes kecemasan segera
  • Klinik Audiologi
  • Klinik Pertuturan
  • Prosedur (minor kes di klinik)
  • REHAT
  • Pembedahan (OT)
  • Kes kecemasan (segera)
  • Klinik Audiologi
  • Klinik Pertuturan
  • Prosedur (minor kes di klinik)
  • KHAMIS
  • Klinik Ulangan dan baru
  • Kes Kecemasan (segera)
  • Klinik Audiologi
  • Klinik Pertuturan
  • REHAT
  • Klinik Ulangan dan Baru
  • Rawatan pesakit dalam (wad)
  • Kes kecemasan (segera)
  • Klinik Audiologi
  • Klinik Pertuturan
  • Prosedur (minor kes di klinik)
  • JUMAAT
  • CME/mesyuarat jabatan
  • Clerking kemasukan wad
  • Kes Kecemasan (segera)
  • Klinik Audiologi
  • Klinik Pertuturan
  • REHAT
  • Clerking kemasukan wad
  • Kes kecemasan (segera)
  • Klinik Audiologi
  • Klinik Pertuturan
  • Prosedur (minor kes di klinik)
  • Tarikh Kemaskini : 28 Disember 20176