JABATAN KECEMASAN DAN TRAUMA
KETUA JABATAN
Dr Ida Zaliza binti Zainol Abidin

Ketua Jabatan dan Pakar Perubatan Kecemasan Gred Khas C


PENGENALAN

Jabatan Kecemasan dan Trauma terletak di bahagian hadapan Hospital Tuanku Fauziah. Jabatan ini beroperasi 24 jam dan fungsinya ialah memberi keutamaan perkdidmatan rawatan terhadap kes-kes kemalangan dan kecemasan serta menjalankan khidmat rawatan pesakit luar selepas waktu pejabat. Disamping itu juga Jabatan ini turut mengendalikan perkhidmatan ambulan kecemasan (pra-hospital) bagi penduduk di negeri Perlis dan juga di kawasan yang berhampiran sempadan dengan negeri Perlis.


VISI

Menyediakan perkhidmatan yang cekap, berkualiti dan berkesan dengan mengutamakan pelanggan dan Profesionalisma Perkhidmatan.


MISI

Jabatan Kecemasan & Trauma akan menjadi sebuah Institusi Perawatan Kecemasan yang unggul, cekap dan sedia memberi perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan dengan:

  1. Berusaha sedaya upaya, cepat dan cekap membantu pesakit dalam apa jua keadaan.
  2. Menyediakan anggota yang terlatih dan cekap sepanjang masa.
  3. Menyediakan kelengkapan dan peralatan perawatan yang terkini, sesuai dengan keperluan semasa
  4. Mendidik masyarakat dalam pencegahan dan pengetahuan kesihatan/kecemasan dan mengamalkan cara hidup sihat.
  5. Memupuk semangat dedikasi, proaktif dan ikhlas kepada anggota jabatan.

PIAGAM PELANGGAN
  1. Kes Kritikal dilihat dengan serta merta.
  2. Kes Separa Kritikal dilihat dalam masa 30 minit.
  3. Kes Tidak Kritikal dilihat dalam masa 90 minit.
  4. Semua aduan akan diselesaikan dalam masa 15 hari bekerja.

OBJEKTIF

Memberi perkhidmatan perawatan kecemasan dan perubatan yang berkualiti, cekap dan berkesan kepada pelanggan atau pesakit dengan mengutamakan perancangan, pelaksanaan, perkhidmatan yang mengutamakan pelanggan di samping menjaga etika profesionalisma perubatan.


FUNGSI
  1. Emergency Clinical Care - Rawatan awalan untuk kes-kes kecemasan klinikal, kecederaan atau trauma mengikut sistem triage dan zon rawatan.
  2. Medical Emergency Coordinating Centre (MECC) dan Pra Rawatan Hospital. Mengendali dan mengurus panggilan ambulan seluruh di negeri Perlis.
  3. Perhidmatan Pusat Krisis Setempat (OSCC - One-Stop Crisis Centre). Mengendalikan semua kes-kes rogol, keganasan rumah tangga, penderaan kanak-kanak, cabul dan sodomi.
  4. Perkhidmatan Pengurusan Bencana (Disaster Management) . Bertindak sebagai pusat koordinasi didalam sebuah hospital untuk mengendali bencana dan kejadian-kejadian major serta mengambil bahagian dalam pengurusan bencana besar antara agensi.
  5. Liputan Perubatan dan pasukan tunggu sedia. Mengendalikan serta mengambil bahagian dalam liputan perubatan dalam negeri dan luar negeri.
  6. Perkhidmatan Rawatan Selepas Waktu Pejabat (Lokum) Menyediakan rawatan bagi kes-kes biasa selepas waktu pejabat dan hari cuti.

JADUAL KLINIK

Jabatan Kecemasan beroperasi 24 jam sehari.


CAJ RAWATAN

RM 1.00 untuk warganegara
RM100.00 bagi warga asing
RM50.00 bagi UNHCR.

Tarikh Kemaskini : 4 April 2019