JABATAN PENGIMEJAN DIAGNOSTIK
KETUA JABATAN
Dr. Asmah binti Hj Omar

Pakar Perunding Radiologi


PENGENALAN

Jabatan Pengimejan Diagnostik Hospital Tuanku Fauziah dulunya dikenali sebagai X-ray Depatment. Hospital ini memulakan perkhidmatannya pada tahun 1957 dengan 3 orang kakitangan yang terdiri daripada seorang X-ray Assistant, seorang Juruproses Filem dan seorang Attendan. Pada masa itu, jabatan ini hanya dilengkapi dengan sebuah mesin x-ray static dan pemprosesan filem dilakukan secara manual.
Jabatan ini dipertingkatkan dari segi bilangan kakitangan dan peralatan dari semasa ke semasa. Bermula dari tahun 1994, jabatan ini diketuai oleh seorang Pakar Radiologi dan mula memberi perkhidmatan kepakaran. Dari segi kelengkapan pula, sebuah mesin Fluoroskopi dan sebuah mesin Ultrasaund telah ditempatkan untuk memperluaskan lagi perkhidmatan kepada pesakit.
Mulai 24 Julai 2003, mesin CT Scan telah mula digunakan, seterusnya 25 Ogos 2003 jabatan ini telah berpindah sepenuhnya ke bangunan baru yang menempatkan 2 buah bilik pemeriksaan am, sebuah bilik Ultrasaund dan Dopper, sebuah bilik pemeriksaan Fluorografi, sebuah bilik CT Scan serta bilik Mammografi. Jabatan ini berperanan untuk memberi perkhidmatan kepakaran dan rundingan kepada Hospital Tuanku fauziah, Klinik Kesihatan Kangar dan Klinik-klinik swasta di negeri ini.
Selepas banjir besar Perlis pada tahun 2010 peralatan CT Scan, MRI dan Fluoroskopi di Jabatan Radiologi utama telah mengalami kerosakkan teruk. Pada tahun 2012 jabatan telah mendapat gantian mesin CT Scan, MRI, Fluoroskopi dan General X-Ray yang baharu yang ditempatkan ditingkat satu bangunan CT/MRI.


VISI

Menyediakan perkhidmatan diagnostik dan intervensional yang cemerlang dan berkualiti tinggi.


MISI

Bertekad memberi perkhidmatan radiologi yang cemerlang dan berkualiti tinggi melalui kerja berpasukan yang penyayang , professional dan penuh dedikasi disamping aplikasi peralatan dan teknik yang berteknologi terkini.

PIAGAM PELANGGAN

Jabatan Pengimejan Diagnostik Hospital Tuanku Fauziah akan memastikan perkhidmatan yang diberikan kepada pesakit dalam tempoh yang dinyatakan seperti berikut :

BilJenis PemeriksaanPencapaian
1. Pemeriksaan X-ray Biasa 80% kes dalam tempoh 60 minit.
2. Pemeriksaan X-ray Mudah gerak 80% kes dalam tempoh 60 minit.
3. Pemeriksaan X-ray Berkontras 80% kes dalam tempoh 60 minit.
4. Pemeriksaan X-ray Ultrasound 80% kes dalam tempoh 60 minit.
5. Pemeriksaan CT Scan 80% kes dalam tempoh 60 minit.
6. Pemeriksaan Mammogram 80% kes dalam tempoh 60 minit.

Kajian piagam pelanggan akan diadakan sekali dalam setahun dan bagi tahun 2017 semua pemeriksaan didapati telah mencapai seperti yang dijanjikan

OBJEKTIF

Jabatan Radiologi Hospital Tuanku Fauziah akan memberikan perkhidmatan yang cekap, cepat dan professional dengan memastikan keselamatan dan kepuasan pelanggan sentiasa terjamin. Di samping itu, jabatan ini juga akan memastikan tahap dos radiasi yang minima kepada pesakit anggota jabatan dan orang awam

FUNGSI

Jabatan ini memberi perkhidmatan Radiologi yang merangkumi pemeriksaan Radiografi Am, Fluoroskopi, Mammografi, Ultrasound, CT Scan dan MRI serta prosedur intervensional seperti Nephrostomy, Drainage dan Biopsy under image guidance. Di samping itu laporan radiologi dan perkhidmatan rundingcara radiologi adalah juga merupakan teras perkhidmatan jabatan ini.

SKOP PERKHIDMATAN

Jabatan ini memberi pelbagai perkhidmatan radiologi kepada pesakit yang terdiri dari pesakit dalam (pesakit dari wad ) dan klinik pakar. Hospital ini juga menerima rujukan dari klinik kesihatan, klinik swasta dan hospital kerajaan yang lain. Antara perkhidmatan yang diberi oleh jabatan ini adalah:

  1. Pemeriksaan X-ray biasa
    • Dada
    • Rangka kepala
    • Ekstimiti atas dan bawah
    • Abdomen
    • Spina vertebrata
    • Pelvis
    • Tinjauan Skeletal (Skeletal Survey)

  2. Pemeriksaan X-ray Khas (berkontras)
    • Barium Swallow
    • Barium Meal
    • Barium Meal Folllow Through
    • Barium Enema
    • Micturating Cystourthrography
    • IVU (Intravenous Urography)
    • Retrograde Pyelography
    • ERCP
    • T-Tube Cholangiography
    • Hystrosalpingography
    • Venography
    • Dacryocyoc
    • Fistulography
    • Loopography
    • Sinography
    • Sialography

  3. Perkhidmatan Ultrasound
    • Kidney, Ureter, Bladder (KUB)
    • Hepatobiliary System
    • Abdomen
    • Neck
    • Breast
    • Insertion of Nephrostomy Tube Under Ultrasound Guidance
    • FNAC under Ultrasound Guidance
    • Doppler
  4. Pemeriksaan X-ray Mudahgerak - Pemeriksaan dilakukan di wad-wad, Bilik Mayat, Dewan Bedah dan Jabatan Kecemasan
  5. Pemeriksaan CT Scan - Pemeriksaan CT Scan telah bermula pada 24 Julai 2003 dan sekarang dilakukan di Bangunan CT/MRI sejak tahun 2012.
  6. Pemeriksaan Mammografi - Pemeriksaan Mammografi telah bermula pada September 2003 dan telah tergendala sejak Ogos 2017 kerana mengalami kerosakkan dan sedang menunggu penggantian baharu. Kes-kes dilakukan di Jabatan Radiologi
  7. MRI - Perkhidmatan telah bermula pada 22 Mei 2006 dan sekarang dilakukan di Bangunan CT/MRI baharu sejak tahun 2012.
  8. Laporan Filem X-ray - Laporan disediakan oleh Pakar Radiologi atau Pegawai Perubatan
JADUAL KLINIK
HARI8.00 PAGI - 1.00 PETANG / 8.00 PAGI- 12.15 TGH HARI (JUMAAT) 2.00 PETANG - 5.00 PETANG / JUMAAT (2.45 - 5.00 PTG)
ISNINRADIOGRAFI AM
ULTRASOUND
MAMMOGRAM
CT SCAN
MRI
II DI DEWAN BEDAH
LAPORAN/RUNDINGAN
PENGURUSAN/PENTADBIRAN
RADIOGRAFI AM
ULTRASOUND
MAMMOGRAM
CT SCAN
MRI
II DI DEWAN BEDAH
LAPORAN/RUNDINGAN
PENGURUSAN/PENTADBIRAN
SELASARADIOGRAFI AM
ULTRASOUND
CT SCAN
MRI
LAPORAN/RUNDINGAN
PENGURUSAN/PENTADBIRAN
RADIOGRAFI AM
ULTRASOUND
CT SCAN
MRI
LAPORAN/RUNDINGAN
PENGURUSAN/PENTADBIRAN
RABURADIOGRAFI AM
ULTRASOUND
CT SCAN
MRI
II DI DEWAN BEDAH
LAPORAN/RUNDINGAN
PENGURUSAN/PENTADBIRAN
RADIOGRAFI AM
ULTRASOUND
CT SCAN
MRI
II DI DEWAN BEDAH
LAPORAN/RUNDINGAN
PENGURUSAN/PENTADBIRAN
KHAMISRADIOGRAFI AM
ULTRASOUND
MAMMOGRAM
CT SCAN
MRI
II DI DEWAN BEDAH
LAPORAN/RUNDINGAN
PENGURUSAN/PENTADBIRAN
RADIOGRAFI AM
ULTRASOUND
MAMMOGRAM
CT SCAN
MRI
II DI DEWAN BEDAH
LAPORAN/RUNDINGAN
PENGURUSAN/PENTADBIRAN
JUMAATRADIOGRAFI AM
ULTRASOUND
CT SCAN
MRI
II DI DEWAN BEDAH
LAPORAN/RUNDINGAN
PENGURUSAN/PENTADBIRAN
RADIOGRAFI AM
ULTRASOUND
CT SCAN
MRI
II DI DEWAN BEDAH
LAPORAN/RUNDINGAN
PENGURUSAN/PENTADBIRAN
Tarikh Kemaskini : 27 Disember 2017