JABATAN DERMATOLOGI
KETUA JABATAN
Dr. Hassanin Husseyne Hilmi bin Mohd Khalid

Pegawai Perubatan, UD52


PENGENALAN

Klinik Dermatologi hospital tuanku fauziah kangar merupakan satu-satunya klinik pakar yang menyediakan perkhidmatan kepakaran dan menjadi tempat rujukan daripada semua klinik kesihatan kerajaan dan swasta bagi semua kes-kes penyakit kulit di seluruh negeri perlis termasuk sempadan negeri kedah. Klinik ini menyediakan perkhidmatan pesakit luar dan pesakit dalam serta rawatan prosedur pembedahan kecil.


VISI

Jabatan Dermatologi menjadi pusat pengawalan, pencegahan dan rawatan kes dermatologi yang terbaik di negeri perlis.


MISI

Berusaha meningkatkan tahap kesihatan kulit rakyat dengan meningkatkan tahap pengetahuan penjagaan dan penyakit kulit serta memberi rawatan yang tepat, sempurna dan berkualiti.


PIAGAM PELANGGAN
  • Masa menunggu mendapatkan rawatan selepas pendaftaran di lakukan sehingga berjumpa doktor adalah 90 minit.
  • Memberi kefahaman dan pengetahuan mengenai penyakit anda serta kaedah rawatan yang terkini bersesuaian dengan penyakit anda.
  • Kerahsiaan maklumat peribadi, penyakit dan perawatan yang di berikan kepada pesakit adalah dijamin.
  • Kemudahan dan persekitaran yang bersih, selesa dan selamat disediakan.
  • Setiap aduan dan cadangan bertulis anda akan di ambil tindakan dan penambahbaikan dalam perkhidmatan kami.
  • Perkhidmatan klinik pakar akan di berikan mengikut giliran / keadaan pesakit.keutamaan akan diberikan kepada kanak-kanak dan orang kurang upaya.

  • OBJEKTIF

    Jabatan Dermatologi Hospital Tuanku Fauziah akan memberi perkhidmatan kepakaran kulit yang optimum dengan sedaya upaya mengekal dan meningkatkan lagi mutu perkhidmatan yang cekap dan berkesan.


    PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN
  • Menjalankan kes rawatan pesakit luar baru dan ulangan.
    - Isnin, Selasa, Rabu dan Jumaat
  • Menjalankan kes rawatan pesakit kusta baru dan ulangan
  • Menjalankan kes melibatkan prosedur kecil - Khamis
  • Melakukan kes ‘skin scrapping‘ untuk penyiasatan lanjutan.

  • JADUAL KLINIK
    Tarikh Kemaskini : 1 Januari 2018 || view :