JABATAN BEDAH MULUT DAN MAKSILOFASIAL
KETUA JABATAN
Dr. Muhammad Ridwan Bin Yeop Ismail

Pakar Pembedahan Mulut & Maksilofasial UG56


PENGENALAN

Klinik Pakar Pembedahan Mulut dan Maksilofasial, Hospital Tuanku Fauziah adalah sebuah klinik yang menyediakan rawatan pergigian, pembedahan pergigian dan tisu di bahagian mulut serta kes-kes yang dirujuk dari jabatan-jabatan lain yang terdapat di hospital ini termasuklah rawatan kecederaan maksilofasial. Rawatan juga adalah merangkumi kes-kes rujukan pesakit luar dari klinik pergigian di klinik kesihatan serta klinik swasta.

VISI

Negara menggembleng tenaga ke arah kesihatan yang lebih baik.

MISI

Misi Kementerian Kesihatan adalah untuk menerajui dan berusaha bersama-sama:

  • untuk memudahkan dan membolehkan rakyat:
    • mencapai sepenuhnya potensi mereka dalam kesihatan
    • menghargai kesihatan sebagai aset paling berharga
    • mengambil tanggungjawab dan tindakan positif demi kesihatan mereka
  • untuk memastikan sistem kesihatan berkualiti tinggi iaitu:
    • mengutamakan pelanggan
    • saksama
    • tidak membebankan
    • cekap
    • wajar mengikut teknologi
    • boleh disesuaikan mengikut persekitaran
    • inovatif
  • dengan menekankan terhadap etika perkhidmatan:
    • sifat penyayang, profesionalisme dan kerja berpasukan
    • sifat menghormati maruah insan
    • penglibatan masyarakat

PIAGAM PELANGGAN
  • Masa menunggu mendapatkan rawatan selepas pendaftaran dilakukan sehingga berjumpa doktor adalah 90 minit.
  • Memberi kefahaman dan pengetahuan mengenai penyakit anda serta kaedah rawatan yang terkini bersesuaian dengan penyakit anda.
  • Kerahsiaan maklumat peribadi, penyakit dan rawatan yang diberikan kepada pesakit adalah dijamin.
  • Kemudahan dan persekitaran yang bersih, selesa dan selamat disediakan.
  • Setiap aduan dan cadangan bertulis anda akan diambil tindakan dan penambahbaikan dalam perkhidmatan kami.
  • Perkhidmatan Klinik Pakar akan diberikan mengikut giliran dan atau keadaan pesakit. Keutamaan akan diberikan kepada kanak-kanak, ibu hamil, warga emas dan orang kurang upaya.
OBJEKTIF

AM

Memberi perkhidmatan perundingan dan rawatan pakar pergigian secara komprehensif dan penjagaan kesihatan mulut kepada semua pesakit yang dirujuk serta memastikan kesihatan mulut kekal sihat.

JABATAN

Menyediakan perkhidmatan Kepakaran Pergigian Bedah Mulut dan Maksilofasial yang berteraskan budaya kerja berpasukan,penyayang dan professional kepada penduduk di Negeri Perlis dan sekitarnya agar mereka dapat menikmati tahap kesihatan mulut yang baik dan mempunyai kesedaran untuk mempertahankannya sepanjang hayat.

SKOP PERKHIDMATAN
  • Memberi perkhidmatan kepada pesakit-pesakit yang terdiri daripada :
    • pesakit dalam hospital
    • kes-kes kecemasan
    • kes-kes rujukan dari pegawai pergigian, pegawai perubatan dan pakar perubatan kerajaan termasuklah dari pihak swasta
  • Jenis-jenis rawatan/perkhidmatan yang diberikan ialah:
    • Rawatan kecederaan tisu oral dan maksilofasial
    • Rawatan pembedahan kepatahan tulang rahang
    • Rawatan pembedahan post trauma deformity dan congenital maxillofacial deformity
    • Rawatan untuk kes-kes oral & maxillofacial pathology
    • Rawatan post surgical rehabilitation with maxillofacial implant and prosthesis
    • Rawatan pergigian asas untuk medically compromised patients dan special needs patient
  • Pengambilan x-ray pergigian (Intra Oral X-Ray)
JADUAL KLINIK
HARIJENIS RAWATANPAGIREHATPETANG
ISNIN-KHAMISKES RUJUKAN & TEMUJANJI8.00-1.001.00-2.002.00-5.00
JUMAATPEMBEDAHAN DI BILIK BEDAH & KES KECEMASAN8.00-12.1512.15 -2.452.45-5.00
Tarikh Kemaskini : 1 Januari 2018