Pengenalan
Pusat Penyelidikan Klinikal Hospital Tuanku Fauziah, Kangar, Perlis (CRC HTF) telah ditubuhkan pada 7 Mei 2007 dengan tujuan untuk menggalakkan penyelidikan di peringkat hospital dan juga di peringkat rangkaian CRC. Aktiviti ini adalah selaras dengan objektif Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang bertujuan untuk menjalankan projek-projek penyelidikan yang berkualiti. CRC Perlis akan memberikan sokongan kepada semua penyelidikan klinikal dan projek percubaan klinikal.
VISI
Untuk menjadi sebuah institusi penyelidikan yang terunggul di Zon Utara
MISI
Untuk meningkatkan taraf kesihatan para pesakit melalui penyelidikan klinikal yang berkualiti dan beretika
JENIS PERKHIDMATAN
Perkhidmatan Penyelidikan/ Perundingan
- Mengenal pasti / membangunkan idea-idea penyelidikan
- Pembangunan cadangan penyelidikan
- Kemasukan data
- Analisis data
- Bantuan dengan perisian statistik
- Penulisan laporan / Kelulusan Penerbitan
- Pendaftaran Penyelidikan di Natinal Medical Research register (NMRR)
- Rujukan/ carian kajian lepas (LR).
National Medical Research Register (NMRR)
- Memastikan penyelidikan tempatan didaftarkan pada NMRR
- Memastikan penyelidik tempatan mendapat GCP dan berdaftar dengan NMRR
- Memastikan penerbitan mendapatkan kelulusan
Penyelidikan Klinikal dan Percubaan Klinikal
- Mempromosi dan menyokong penyelidikan tajaan industri dan investigator-initiated trials/research
- Menyediakan sokongan pentadbiran dan kemudahan fasiliti penyelidikan
- Mengendalikan feasibility assessments
Bengkel, Latihan dan & Kursus Penyelidikan
- Mengenalpasti keperluan penyelidik berpotensi dan penyelidik semasa serta menganjurkan program-program yang berkaitan untuk mewujudkan kumpulan penyelidik yang serba lengkap
Registri National
- Menyediakan sokongan untuk registri nasional
- Infrastruktur ICT untuk membolehkan akses yang lebih baik ke dalam aplikasi web registri
- Perkhidmatan kemasukan data