UNIT PEROLEHAN DAN ASET
KETUA UNIT
En. Izzuddin bin Aziz

Penolong Pengarah, M41


PENGENALAN

Unit Perolehan dan Aset, Hospital Tuanku Fauziah merupakan salah sebuah unit yang diletakkan dibawah urus tadbir Bahagian Pengurusan, Hospital Tuanku Fauziah. Unit ini adalah sebuah unit perkhidmatan sokongan yang beroperasi sejak tahun 2007 dengan berpandukan peraturan berkaitan kewangan serta tatacara pengurusan aset alih kerajaan. Unit ini berfungsi dalam merancang dan menguruskan perbelanjaan mengikut peruntukan kewangan yang ditetapkan dengan teratur, efisyen serta menepati peraturan yang ditetapkan oleh pihak kerajaan selaras dengan arahan Pekeliling Perbendaharaan (1PP).


PIAGAM PELANGGAN
  1. Memberi layanan yang mesra,cekap dan cepat.
  2. Memberi perkhidmatan yang cekap dan cemerlang kepada pelanggan
  3. Memenuhi permintaan pelanggan dengan baik dan memastikan pelanggan berpuas hati
  4. Menggunakan sistem teknologi terkini dan berkualiti sebagai medium penyampaian perkhidmatan
  5. Memastikan bekalan dan perkhidmatan mencukupi dan berkualiti bagi memenuhi keperluan integriti pelanggan

OBJEKTIF
  1. Merancang dan mengurus aktiviti perolehan bekalan dan perkhidmatan selaras dengan dasar-dasar kerajaan
  2. Menyediakan bekalan dan perkhidmatan yang mencukupi dan berkualiti bagi memenuhi keperluan hospital
  3. Memantau dan menilai status/keadaan semasa aset alih kerajaan dan penempatan sebenar aset

FUNGSI
  1. Menguruskan dan merancang pembelian peralatan stor alat tulis dan bahan cetakan bagi kegunaan semua jabatan, unit dan wad-wad di HTF secara pembelian terus mahupun sebut harga.
  2. Menguruskan penerimaan dan pendaftaran aset alih kerajaan yang terdiri daripada Harta Modal (HM) dan Aset Bernilai Rendah (ABR).
  3. Menguruskan dan menyelaras pemeriksaan aset alih kerajaan (HM dan ABR).
  4. Menguruskan proses pelupusan aset yang dipohon oleh pengguna.
  5. Mengurus dan mengawal selia stor alat tulis dan bahan cetakan serta pakaian seragam.

Tarikh Kemaskini : 3 Januari 2018