Hospital Tuanku Fauziah telah bermula semenjak 100 tahun yang lalu ia itu pada tahun 1909, yang mana pada masa itu ia dikenali sebagai Rumah Sakit Umum Kangar. Dewan Bedah mula beroperasi pada tahun 1957 dan lokasi pertamanya adalah di bangunan dua tingkat berhadapan dengan padang Majlis Bandaran Kangar,Perlis yang sekarang ini telah menjadi Klinik SOPD,Klinik O&G dan di bahagian atasnya adalah perpustakaan dan Dewan Mawar.
Memandangkan perkhidmatan bius adalah merupakan perkhidmatan asas di setiap hospital yang menyediakan perkhidmatan pembedahan. Ini adalah untuk memastikan bius yang di berikan adalah secara professional, efektif dan selamat kepada pesakit. Disamping itu ia juga menyediakan perkhidmatan rawatan rapi kepada pesakit-pesakit tenat.
Dari tahun ke tahun dengan berlakunya permodenan dan perubahan teknologi.di dalam bidang perubatan dan juga dengan peningkatan permintaan di dalam perkhidmatan pembedahan maka projek naiktaraf dewan bedah Hospital Besar Kangar di lakukan. Dewan Bedah baru telah mula di gunakan pada tahun 1970an dengan mempunyai 3 bilik bedah.Bilik bedah ini beroperasi sehingga 13 Julai 2004.
Masa terus berjalan dengan kepesatan ekonomi dan kepesatan penduduk maka dewan bedah ini masih tidak dapat menampung jumlah peningkatan pesakit setiap tahun maka kerajaan telah membina satu blok baru yang merangkumi pelbagai jabatan dan di antaranya adalah dewan bedah, unit rawatan rapi, unit rawatan jantung,jabatan kecemasan, jabatan radiologi, jabatan patologi dan juga bilik daftar masuk. Dewan bedah yang baru ini mempunyai 4 bilik bedah dan unit rawatan rapi pula mempunyai 5 katil untuk memberi perkhidmatan kepada pesakit yang memerlukan.
Mewujudkan perkhidmatan yang cekap dan berkualiti serta terkini dengan mengamalkan kerja berpasukan dan berpengetahuan tinggi dan menyeluruh.
Memberi perkhidmatan perawatan anestesia dan rawatan rapi yang berkualiti, selamat dan berkesan untuk pesakit pembedahan dan pesakit kritikal.
1. PELANGGAN LUARAN
2. PELANGGAN DALAMAN/KAKITANGAN
3. KEWAJIPAN PELANGGAN LUARAN DAN DALAMAN
UMUM
Menyediakan perkhidmatan pengesanan, rawatan dan pemulihan yang mudah di perolehi bagi pesakit-pesakit yang memerlukannya untuk menyelamatkan nyawa dan mengelakkan komplikasi penyakit bagi mencapai pemulihan awal dan maksima.
KHUSUS