Hospital Tuanku Fauziah, Kangar, Perlis
Hospital Tuanku Fauziah, Kangar, Perlis
Hospital Tuanku Fauziah, Kangar, Perlis
AHLI LEMBAGA PELAWAT

PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB
  1. Menjadi Penghubung Antara Hospital Dan Pelanggan/Komuniti.
  2. Mengadakan Lawatan Ke Hospital.

PERATURAN-PERATURAN LAWATAN
  1. Seelok-eloknya lawatan hendaklah dibuat sebulan sekali tetapi jika ini tidak dapat dilaksanakan maka lawatan hendaklah dibuat tidak kurang tiga bulan sekali.
  2. Bilangan Ahli Lembaga Pelawat dalam setiap kumpulan hendaklah tidak melebihi 5 orang setiap kumpulan lawatan.
  3. Ahli Lembaga Pelawat tidak dibenarkan menghantar wakil dalam apa juga keadaan.
  4. Ahli Lembaga Pelawat adalah dilarang membuat sebarang kenyataan dalam akhbar berkaitan dengan hasil lawatannya.
  5. Jadual lawatan hendaklah disediakan terlebih dahulu dan diedarkan kepada semua ahli lembaga. Tarikh dan waktu lawatan akan diaturkan oleh urusetia.
  6. Hasil lawatan hendaklah dibentangkan dan dibincangkan di dalam Mesyuarat Ahli lembaga Pelawat.

SEMASA LAWATAN

Ahli Lembaga Pelawat boleh mendapatkan maklumat-maklumat daripasa pesakit yang datang ke hospital untuk mendapatkan rawatan dan juga pesakit-pesakit di wad mengenai :

  1. Makanan
  2. Kebersihan
  3. Layanan kakitangan-kakitangan hospital
  4. Pakaian
  5. Tempat tidur dan lain-lain kemudahan yang diberi.

Ahli Lembaga Pelawat boleh memeriksa dan membuat lawatan ke mana-mana jabatan dan unit dalam hospital termasuk wad-wad pesakit kecuali lawatan tersebut hendaklah tidak mengendalakan kerja dan tidak pula menghalang pemeriksaan dan rawatan pesakit-pesakit yang ada di dalam wad.


TEMPAT-TEMPAT YANG TIDAK DIGALAKKAN UNTUK LAWATAN
  1. Bahagian Kesucian Hama (CSSD) - Risiko jangkitan
  2. Wad Pengasingan/Rawatan Rapi - Risiko Jangkitan
  3. Memeriksa Rekod Pesakit - Sulit
  4. Dewan Pembedahan
  5. Bilik Bersalin
  6. Stor Perubatan

MELIBATKAN DIRI DALAM AKTIVITI HOSPITAL

Ahli Lembaga Pelawat boleh melibatkan diri dalam aktiviti hospital dan komuniti seperti Kempen Menderma Darah, Kempen Anti Merokok dan sebagainya. Ahli Lembaga Pelawat juga boleh mengatur program-program berkaitan untuk membantu hospital menjayakan program yang membina.

Tarikh Kemaskini : 29 Jun 2020
Hospital Tuanku Fauziah, Kangar, Perlis
Pelawat

» Dalam Talian : 5
» Hari ini : 23
» Semalam : 107
» Minggu ini : 249
» Bulan ini : 130
» Tahun ini : 36654
» Keseluruhan : 270758

Paparan Terbaik

ie mozilla chrome

resolusi 1360*768