UNIT HAL EHWAL ISLAM
KETUA UNIT
pn-wanzulyaina
Pn. Wan Zulyaina Wan Zakaria

Pen. Pegawai Hal Ehwal Islam, S32


PENGENALAN

Unit Hal Ehwal Islam (UHEI) Hospital Tuanku Fauziah telah diwujudkan pada 19 Mac 2009 setelah wujudnya perlantikan Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam yang memikul tanggungjwab untuk pelaksanaan tugas-tugas berkaitan keagamaan di Hospital Tuanku Fauziah ini

Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam diletakkan di bawah tanggungjawab Timbalan Pengarah (Pengurusan) dan Pengarah Hospital yang bertanggungjawab untuk memberikan perkhidmatan kepada seluruh warga Hospital Tuanku Fauziah, iaitu pesakit dan anggota kesihatan yang memerlukannya juga.

Penubuhan UHEI adalah sebagai satu mekanisme ke arah perkhidmatan keagamaan dari sudut rohani dan jasmani selaras dengan syariat Islam.


OBJEKTIF
  1. Menghasilkan dan memantapkan pengurusan Hal Ehwal Islam yang cekap berteraskan nilai-nilai murni dan etika Islam kepada kakitangan, pesakit dan keluarga di peringkat hospital.
  2. Meningkatkan kefahaman dan penghayatan ajaran Islam dari segi aqidah, syariah dan akhlak kepada kakitangan dan pesakit muslim di peringkat hospital.
  3. Memperkasakan aspek pembangunan diri kakitangan dan pesakit muslim ke arah pembentukan akhlak yang mulia, berwibawa, berkualiti, profesional, berketerampilan, dedikasi dan berhikmah dalam semua bidang di peringkat hospital.
  4. Melahirkan kakitangan dan pesakit muslim mukmin yang benar-benar memahami kandungan ajaran Islam dan dapat mempraktikkannya melalui program pembangunan insan di peringkat hospital.
  5. Menyediakan ruang pertukaran maklumat, perkongsian kemahiran dan kepakaran di kalangan kakitangan dan pesakit di peringkat hospital.

VISI

Sebuah unit dakwah yang berintegriti, kompeten dan komited untuk bekerja dengan masyarakat dalam merancang, mengurus dan menyebarkan ajaran Islam selaras dengan syariat Islam.


MISI

Memberikan perkhidmatan yang terbaik berkaitan Hal Ehwal Islam kepada kakitangan dan pesakit muslim bagi merealisasikan pembangunan insan yang syumul dalam mengamalkan ilmu fardhu ain dan fardhu kifayah di peringkat hospital.


PIAGAM PELANGGAN
  1. Memberikan perkhidmatan Hal Ehwal Islam yang bermutu kepada kakitangan dan pesakit muslim secara bersepadu dan profesional mengikut keutamaan dan keperluan semasa.
  2. Menyediakan pelbagai program pembangunan insan dari segi rohani dan jasmani dengan kaedah yang menarik dan mudah difahami.
  3. Memberi latihan secara berhikmah, terancang dan berkualiti (teori atau praktikal) merangkumi bidang aqidah, ibadah, akhlak dan sosio budaya dengan berlandaskan syariat Islam.

SKOP PERKHIDMATAN

Terdapat tiga (3) khidmat utama yang terdapat di Unit Hal Ehwal Islam iaitu:

  1. Tanggungjawab kepada hospital
    1. Mewujudkan Jawatankuasa Hospital Mesra Ibadah.
    2. Bertanggungjawab terhadap semua program dan aktiviti berkaitan Hal Ehwal Islam peringkat hospital.
    3. Sumber rujukan /penerangan program berkaitan syariah/agama.

  2. Perkhidmatan kepada wargakerja hospital
    1. Menyelaras dan melaksana program Penerapan Nilai-Nilai Islam secara berhikmah, terancang dan berkualiti.
    2. Memberi sokongan kerohanian dan khidmat nasihat Syari’e kepada wargakerja hospital

  3. Perkhidmatan kepada pesakit dan waris
    1. Khidmat nasihat dan bimbingan kerohanian kepada pesakit dan waris.
    2. Ziarah dan bimbingan pengurusan ibadah pesakit.

Tarikh Kemaskini : 14 Oktober 2019