Pilihan Bahasa :  BM        Biru  Merah  Hijau  Kecilkan Tulisan Saiz Tulisan Asal Besarkan Tulisan Kontras Sederhana Kontras Gelap Kontras Terang w3c rss



    PAUTAN SEGERA

   Panduan Amalan Klinikal   Panduan Pesakit    Pencapaian Piagam Pelanggan    Sistem Maklumat Pendaftaran Pesakit    Caj Rawatan Pesakit                                  

 

Home / Unit Sistem Maklumat

UNIT SISTEM MAKLUMAT


KETUA JABATAN

   

Cik Nor Aiza binti Abdul Rahman
Pegawai Teknologi Maklumat F44






PENGENALAN 

Unit Sistem Maklumat (ICT) merupakan salah satu unit di bawah Bahagian Pengurusan Hospital Tuanku Fauziah dan berfungsi untuk memastikan semua infrastruktur ICT dan sistem maklumat yang disediakan dapat beroperasi dengan lancar bagi memastikan perkhidmatan yang terbaik dapat diberikan kepada pesakit.  

Unit ini mempunyai 6 orang staf yang terdiri daripada seorang Pegawai Teknologi Maklumat Kanan (F44), dua orang Pegawai Teknologi Maklumat (F41), seorang Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Kanan (F32), seorang Penolong Pegawai Teknologi Maklumat (F29)  dan seorang Juruteknik Komputer (FT17)


OBJEKTIF

1.  Memberikan perkhidmatan dan penyelenggaraan ICT yang berkualiti

2.  Memastikan keselamatan terhadap sistem dan rangkaian ICT sentiasa terpelihara.


VISI

Menjadikan ICT sebagai pemangkin dalam penyediaan perkhidmatan kesihatan yang cekap dan berkualiti kepada pelanggan


MISI 

Merancang, membangun, menyedia dan menyelenggara prasarana dan aplikasi ICT serta membudayakan ICT bagi memastikan perkhidmatan kesihatan yang terbaik, cekap dan efisyen dapat diberikan kepada pelanggan


SKOP PERKHIDMATAN 

1.     Penyelenggaraan sistem rangkaian Hospital Tuanku Fauziah yang meliputi aktiviti pemantauan sistem rangkaian, perluasan sistem rangkaian, menaiktaraf sistem rangkaian setempat serta menyelenggara infrastruktur rangkaian sedia ada.


2.     Pembangunan dan penyelenggaraan sistem aplikasi yang dibangunkan secara in-house


3.     Penyelenggaraan laman web Hospital Tuanku Fauziah yang merangkumi aktiviti pengemaskinian kandungan, tawaran/keputusan sebutharga, pengumuman, berita terkini, artikel dan sebagainya supaya maklumat yang dipaparkan pada laman web adalah terkini.


4.     Pengurusan emel 1GovUC yang merangkumi aktiviti pengwujudan akaun emel bagi pengguna baru, pemindahan akaun sedia ada bagi pengguna yang bertukar masuk/keluar, penggantungan akaun emel bagi pengguna yang cuti belajar/cuti tanpa gaji/cuti sakit dan sebagainya dan pembatalan akaun bagi pengguna yang bersara/letak jawatan/bertukar keluar dari KKM.


5.     Penyelenggaraan peralatan ICTyang melibatkan aktiviti penyelenggaraan server, network switch, firewall, komputer peribadi, komputer riba, pencetak serta pengimbas. Aktiviti ini juga meliputi penyelenggaraan pembaikan (corrective maintenance) dan juga penyelenggaraan pencegahan (preventive maintenance).


6.     Melaksanakan aktiviti penyelarasan sistem-sistem dari JKN Perlis, JPA, MAMPU, Akauntan Negara dan KKM.

Tarikh Kemaskini : 3 Januari 2018

dasar privasi Dasar Privasi     dasar keselamatan Dasar Keselamatan     penafian Penafian     peta lokasi Peta Lokasi     bantuan Bantuan dan Sokongan