Pilihan Bahasa :  BM  EN         Biru  Merah  Hijau  Kecilkan Tulisan Saiz Tulisan Asal Besarkan Tulisan Kontras Sederhana Kontras Gelap Kontras Terang w3c rss



    PAUTAN SEGERA

   Panduan Amalan Klinikal   Panduan Pesakit    Pencapaian Piagam Pelanggan    Sistem Maklumat Pendaftaran Pesakit    Drug Formulary HTF    Caj Rawatan Pesakit            

 

Home / Soalan Lazim

 SOALAN LAZIM

 

1.

BAGAIMANA CARA UNTUK MENDAPATKAN RAWATAN KEPAKARAN ?  
Anda perlu diperiksa oleh pegawai perubatan di klinik kesihatan (kerajaan/swasta) terlebih dahulu sebelum dirujuk kepada doktor pakar yang berkaitan. Temujanji akan diberikan untuk rawatan kepakaran. 

2.
SIAPA YANG BOLEH MENDAPAT PEMOTONGAN ATAU PENGECUALIAN BIL HOSPITAL ?
Bagi semua kes penyakit berjangkit : ia adalah percuma bagi mereka berpendapatan bawah RM 300, pemegang kad bantuan Kebajikan masyarakat / MAIK, OKU, pelajar sekolah, kakitangan kerajaan : pemotongan @ pengecualian boleh dipertimbangkan.
3.
BERAPAKAN CAJ KEMASUKAN @ CAGARAN HOSPITAL BAGI WARGANEGARA DAN BUKAN WARGANEGARA ?
Bagi warganegara wang cagaran  berbeza mengikut disiplin. RM 30 untuk kes Perubatan atau Pembedahan dan RM 15 bagi kes Sakit Puan. Manakala bagi bukan warganegara RM 1100 bagi kes Perubatan atau Pembedahan  dan RM 800 bagi kes Sakit Puan.
4.
APAKAH PENYAKIT BERJANGKIT YANG DIMASUKKAN KE WAD DIKECUALIKAN DARI BAYARAN ?
Ya, semua jenis penyakit berjangkit dikecualikan.
5.
APAKAH DOKUMEN-DOKUMEN YANG PERLU DIBAWA SEMASA MENDAPATKAN RAWATAN ATAU KEMASUKAN BAGI TUJUAN PENGECUALIAN BAYARAN ?
Kad Kebajikan Masyarakat, Kad Pencen, surat sekolah, surat pengesahan (GL).
6.
APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN KES-KES KECEMASAN BAGI TUJUAN RAWATAN KECEMASAN DI JABATAN KECEMASAN ?
Kes-kes kecemasan termasuk kes kemalangan ( di jalan raya / di tempat kerja / domestik ) serangan lelah, serangan jantung, pengsan, digigit ular, kebakaran, sawan, pendarahan kemaluan, keracunan makanan, sakit perut secara tiba-tiba dan amat kuat.
7.
ADAKAH WARIS DIBENARKAN MENUNGGU PESAKIT DI DALAM WAD ?
Ya. Ibu/bapa/penjaga jika pesakit kanak-kanak. Manakala pesakit dewasa cuma mereka yang tenat sahaja dan penjaganya mestilah sama jantina.
8.
ADAKAH PIHAK HOSPITAL BERTANGGUNGJAWAB DIATAS KEHILANGAN HARTA BENDA ATAU KENDERAAN PESAKIT/WARIS ?
Tidak. Pihak hospital tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan. Oleh sebab itu pesakit/waris dinasihatkan tidak membawa sebarang barang berharga semasa berada di hospital .

 

 

 

dasar privasi Dasar Privasi     dasar keselamatan Dasar Keselamatan     penafian Penafian     peta lokasi Peta Lokasi     bantuan Bantuan dan Sokongan