Pilihan Bahasa :  BM  EN         Biru  Merah  Hijau  Kecilkan Tulisan Saiz Tulisan Asal Besarkan Tulisan Kontras Sederhana Kontras Gelap Kontras Terang w3c rss



    PAUTAN SEGERA

   Panduan Amalan Klinikal   Panduan Pesakit    Pencapaian Piagam Pelanggan    Sistem Maklumat Pendaftaran Pesakit    Caj Rawatan Pesakit                                  

 

Home / Sajian

JABATAN DIETETIK DAN SAJIAN 



KETUA JABATAN
Amilia Binti Abdullah
Pegawai Dietetik U48



PENGENALAN
Jabatan Dietetik dan Sajian merupakan salah satu jabatan sokongan. Jabatan ini bertanggungjawab dalam menyediakan makanan kepada pesakit di dalam wad serta kakitangan yang berkelayakan berdasarkan pekeliling perkhidmatan. Jabatan ini telah mula menjalankan sistem pembahagian makanan secara berpusat semenjak tahun 2005.


VISI
Hospital Tuanku Fauziah mencapai status hospital termoden yang mampu menyediakan perkhidmatan perubatan yang terbaik di kawasan utara.

MISI
Misi kami adalah memberi perkhidmatan kepakaran yang berkualiti tinggi bagi perkhidmatan pesakit dalam yang dilaksanakan dengan usaha untuk kecemerlangan, penuh dedikasi dan komitmen.

PIAGAM PELANGGAN
PERKHIDMATAN DIETETIK KLINIKAL
1. Pesakit dalam wad yang dirujuk bagi kes urgent akan dilihat oleh Pegawai Dietetik dalam masa 24 jam.
2. Pesakit dalam wad yang dirujuk bagi kes nonurgent akan dilihat oleh Pegawai Dietetik dalam tempoh 48 jam.
3. Pesakit luar yang dirujuk akan dilihat mengikut jadual Klinik Diet yang ditetapkan.

PERKHIDMATAN SAJIAN
1. Membekalkan makanan kepada pesakit mengikut masa yang ditetapkan. Masa pengambilan diet:

Sarapan: 7.45 pagi – 8.00 pagi
Makan tengahari: 11.30 pagi – 12.00 tengahari
Minum petang: 3.00 petang – 3.30 petang
Makan Malam: 4.30 petang – 5.00 petang

2. Mencapai kepuasan pelanggan terhadap kualiti makanan sekurang-kurangnya 80%.
3. Tiada sebarang kontaminasi fizikal berlaku terhadap makanan yang dihidangkan kepada pesakit.
4. Menyediakan diet yang berkhasiat, enak dan berkualiti kepada pelanggan.


OBJEKTIF
Untuk memastikan perkhidmatan makanan dan perkhidmatan dietetik klinikal serta promosi kesihatan dilaksanakan secara profesional, berkualiti dengan mengutamakan pelanggan.

FUNGSI

Jabatan ini mempunyai 2 fungsi utama:
i)Perkhidmatan dietetik klinikal
ii)Perkhidmatan sajian makanan

SKOP PERKHIDMATAN
1. Menyediakan makanan normal atau teraputik kepada pesakit di dalam wad.
2. Menyediakan makanan kepada doktor yang bertugas berterusan di Dewan Bedah dan kepada doktor atas panggilan (doctor on call) yang bertugas di Hospital Tuanku Fauziah.
3. Membekalkan catuan makan malam kepada anggota Hospital Tuanku Fauziah yang bertugas malam.
4. Membekalkan bekalan makanan kering (dry ration) untuk wad-wad dan unit yang memerlukan.
5. Membekalkan susu formula kepada bayi dan kanak-kanak yang ibu menghidap HIV sehingga berumur 2 tahun.
6. Memberikan perkhidmatan ‘medical nutrition therapy’ kepada pesakit dalam dan pesakit luar yang dirujuk oleh Pegawai Perubatan.
7. Memberikan ceramah/ nasihat pemakanan kepada orang awam/ jabatan kerajaan/ organisasi lain bagi menjayakan program Kementerian Kesihatan Malaysia.

JADUAL/MASA PERKHIDMATAN

MASA OPERASI KLINIK DIET:
HARIKLINIK DIETJENIS KAUNSELINGMASA
ISNIN  - DIABETES MELLITUS
 - HIPERTENSI
 - SAKIT JANTUNG
 - KAUNSELING BERKUMPULAN ATAU CERAMAH  3.00-5.00 PETANG
SELASA  - PELBAGAI KES
 - KAUNSELING INDIVIDU  2.00-5.00 PETANG
RABU  - PEDIATRIK
 - KAUNSELING INDIVIDU  2.00-5.00 PETANG
KHAMIS  - OBESITI
 - KAUNSELING BERKUMPULAN ATAU CERAMAH  3.00-5.00 PETANG


MASA OPERASI SAJIAN MAKANAN
Jabatan ini mula beroperasi dari pukul 7.00 pagi hingga 8.00 malam
Makanan yang telah disediakan akan diagihkan kepada wad mengikut masa yang telah ditetapkan seperti berikut



 

Tarikh Kemaskini : 26 Jun 2014

dasar privasi Dasar Privasi     dasar keselamatan Dasar Keselamatan     penafian Penafian     peta lokasi Peta Lokasi     bantuan Bantuan dan Sokongan