Pilihan Bahasa :  BM  EN         Biru  Merah  Hijau  Kecilkan Tulisan Saiz Tulisan Asal Besarkan Tulisan Kontras Sederhana Kontras Gelap Kontras Terang w3c rss



    PAUTAN SEGERA

   Panduan Amalan Klinikal   Panduan Pesakit    Pencapaian Piagam Pelanggan    Sistem Maklumat Pendaftaran Pesakit    Caj Rawatan Pesakit                                  

 

Home / Rekod Perubatan

UNIT REKOD PERUBATAN



KETUA UNIT
Puan Sharifah Sazliha binti Sulaiman
Pegawai Tadbir (N41)

PENGENALAN
Unit rekod perubatan merupakan salah satu unit di hospital Tuanku Fauziah yang terlibat dalam pengurusan rekod perubatan pesakit, permohonan laporan perubatan, menyelaras jemaah doktor PERKESO, menyelaras panel KWSP, mengadakan persidangan lembaga perubatan dan menyedia statistik maklumat perubatan untuk rujukan hospital, jabatan kesihatan dan kementerian kesihatan Malaysia.

VISI
Ke arah anjakan paradigma dalam penggunaan sistem komputerisasi sepenuhnya merangkumi penyediaan statistik hospital serta memberikan perkhidmatan yang lebih berkualiti, efisyen serta menepati aspirasi kerajaan.

MISI

Menyediakan satu perkhidmatan yang lebih efisyen dan berkualiti dengan meningkatkan lagi kemahiran dengan penggunaan sumber terkini, idea serta inisiatif dari setiap anggota kakitangan.

PIAGAM PELANGGAN

1. Kami bersedia memberi perkhidmatan yang cekap, cepat dan berkualiti.
2. Setiap pesakit diberi jaminan bahawa rekod perubatan akan disimpan dengan selamat dan dirahsiakan.
3. Setiap maklumat dan data perubatan dan kesihatan yang dikeluarkan dijamin tepat dan boleh dipercayai.
4. Setiap pesakit boleh mendapat laporan perubatan yang dipohon dalam masa 28 hari bekerja selepas pembayaran dan tanpa masalah berbangkit.

OBJEKTIF

Mewujudkan satu sistem penyimpanan rekod perubatan, laporan perubatan dan arkib data yang selamat dan sesuai dalam meningkatkan taraf pengawalan dan kerahsiaan maklumat kesihatan yang terjamin..

FUNGSI

Bertanggungjawab terhadap pengurusan penyimpanan rekod perubatan pesakit dalam dan kecemasan. Pengeluaran laporan perubatan , menguruskan persidangan jemaah lembaga PERKESO dan KWSP, persidangan lembaga perubatan (medical board)serat pengumpulan statistik Kementerian Kesihatan Malaysia (HMIS).

PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN

Unit rekod perubatan menyediakan perkhidmatan meliputi:.

i. Pengurusan rekod perubatan
Penerimaan, penyimpanan, pemisahan dan peminjaman rekod perubatan bagi tujuan rawatan, laporan perubatan, kajian, penyelidikan dan perundangan serta mengurus pemisahan dan pelupusan rekod perubatan pesakit mengikut garispanduan dan akta Arkib Negara Malaysia.

ii. Pengurusan laporan perubatan
Menyelaras penyediaan laporan perubatan yang dipohon oleh pesakit, pihak insuran, polis, mahkamah, badan berkanun, jabatan kerajaan dan lain-lain yang meliputi laporan perubatan biasa, laporan bedah mayat(post mortem), laporan pakar dan lain-lain.

iii. Pengurusan statistik
Menyedia laporan bulanan pesakit dalam, pesakit luar, unit kecemasan, rawatan harian dan sokongan klinikal dan membuat koding diagnosis penyakit dan prosedur mengikut ICD 10 dan ICD 9-CM.

iv. Pengurusan lembaga perubatan
menyelaras persidangan lembaga perubatan, jemaah PERKESO, panel KWSP berdasarkan permohonan yang diterima.


Tarikh Kemaskini : 02 Disember 2016

dasar privasi Dasar Privasi     dasar keselamatan Dasar Keselamatan     penafian Penafian     peta lokasi Peta Lokasi     bantuan Bantuan dan Sokongan