Pilihan Bahasa :  BM  EN         Biru  Merah  Hijau  Kecilkan Tulisan Saiz Tulisan Asal Besarkan Tulisan Kontras Sederhana Kontras Gelap Kontras Terang w3c rss



    PAUTAN SEGERA

   Panduan Amalan Klinikal   Panduan Pesakit    Pencapaian Piagam Pelanggan    Sistem Maklumat Pendaftaran Pesakit    Drug Formulary HTF    Caj Rawatan Pesakit            

 

Home / Radiologi

JABATAN PENGIMEJAN DIAGNOSTIK



KETUA JABATAN
DR. SAZALI B SATARI
Pakar Radiologi
Ketua Jabatan Gred UD54



PENGENALAN
Jabatan Pengimejan Diagnostik Hospital Tuanku Fauziah dulunya dikenali sebagai “ X-ray Depatment “. Hospital ini memulakan perkhidmatannya pada tahun 1957 dengan 3 orang kakitangan yang terdiri daripada seorang “X-ray Assistant”, seorang Juruproses Filem dan seorang Attendan. Pada masa itu, jabatan  ini hanya dilengkapi dengan sebuah mesin x-ray static dan pemprosesan filem dilakukan secara manual.

 

Jabatan ini dipertingkatkan dari segi bilangan kakitangan dan peralatan dari semasa ke semasa. Bermula dari tahun 1994, jabatan ini diketuai oleh seorang Pakar Radiologi dan mula memberi perkhidmatan kepakaran. Dari segi kelengkapan pula, sebuah mesin Fluoroskopi dan sebuah mesin Ultrasaund telah ditempatkan untuk memperluaskan lagi perkhidmatan kepada pesakit.
 

Mulai 24 Julai 2003, mesin CT Scan telah mula digunakan, seterusnya 25 Ogos 2003 jabatan ini telah berpindah  sepenuhnya ke bangunan baru yang menempatkan 2 buah bilik pemeriksaan am, sebuah bilik Ultrasaund dan Dopper, sebuah bilik pemeriksaan Fluorografi, sebuah bilik CT Scan serta bilik Mammografi. Jabatan ini berperanan untuk memberi perkhidmatan kepakaran dan rundingan kepada Hospital Tuanku fauziah, Klinik Kesihatan Kangar dan Klinik-klinik swasta di negeri ini.

VISI
Menyediakan perkhidmatan diagnostik dan intervensional yang cemerlang dan berkualiti tinggi.


MISI
Bertekad memberi perkhidmatan radiologi yang cemerlang dan berkualiti tinggi melalui kerja berpasukan yang penyayang , professional dan penuh dedikasi disamping aplikasi peralatan dan teknik yang berteknologi terkini.


PIAGAM PELANGGAN

Jabatan Pengimejan Diagnostik Hospital Tuanku Fauziah akan memastikan perkhidmatan yang diberikan kepada pesakit dalam tempoh yang dinyatakan seperti berikut :

1. Pemeriksaan X-ray Biasa                  : 90% kes dalam tempoh 60 minit.

2. Pemeriksaan X-ray Mudah gerak       : 90% kes dalam tempoh 60 minit.

3. Pemeriksaan X-ray Berkontras           : 90% kes dalam tempoh 60 minit.

4. Pemeriksaan X-ray Ultrasound           : 90% kes dalam tempoh 60 minit.

5. Pemeriksaan CT Scan                      : 90% kes dalam tempoh 60 minit.

6. Pemeriksaan Mammogram                : 90% kes dalam tempoh 60 minit.

Kajian piagam pelanggan akan diadakan sekali dalam setahun dan bagi tahun 2013 semua pemeriksaan didapati telah mencapai seperti yang dijanjikan

 

 OBJEKTIF

Jabatan Pengimejan Diagnostik Hospital Tuanku Fauziah akan memberikan perkhidmatan yang cekap, cepat dan professional dengan memastikan keselamatan dan kepuasan pelanggan sentiasa terjamin. Di samping itu, jabatan ini juga akan memastikan tahap dos radiasi yang minima kepada pesakit anggota jabatan dan orang awam

FUNGSI
Jabatan ini memberi perkhidmatan pengimejan diagnostik yang merangkumi pemeriksaan radiografi am, fluoroskopi, mammografi, ultrasound, CT Scan dan MRI serta prosedur intervensi seperti ’nefrostomy', drainage dan biopsy under image guidance. Di samping itu laporan radiologi dan perkhidmatan rundingcara radiologi adalah juga merupakan teras perkhidmatan jabatan ini.

SKOP PERKHIDMATAN

Jabatan ini memberi pelbagai perkhidmatan radiologi kepada pesakit yang terdiri dari pesakit dalam (pesakit dari wad ) dan klinik pakar. Hospital ini juga menerima rujukan dari klinik kesihatan, klinik swasta dan hospital kerajaan yang lain. Antara perkhidmatan yang diberi oleh jabatan ini adalah:

  1. Pemeriksaan X-ray biasa
  2.     a)    Dada
        b)    Rangka kepala
        c)    Ekstimiti atas dan bawah
        d)    Abdomen
        e)    Spina vertebrata
        f)     Pelvis
        g)    Tinjauan Skeletal (Skeletal Survey)

2.  Pemeriksaan X-ray Khas (berkontras)

    a)    Barium Swallow    

    b)    Barium Meal     

    c)    Barium Meal Folllow Through     

    d)    Barium Enema    

    e)    Micturating Cystourthrography    

    f)     IVU (Intravenous Urography)    

    g)    Retrograde Pyelography    

    h)   ERCP    

    i)     T-Tube Cholangiography     

     j)      Hystrosalpingography    

    k)    Venography    

    l)     Dacryocyoc    

    m)  Fistulography    

    n)   Loopography    

    o)    Sinography    

    p)    Sialography

 

3.  Perkhidmatan Ultrasound

    a)    Kidney, Ureter, Bladder (KUB)

    b)    Hepatobiliary System

    c)    Abdomen

    d)    Neck

    e)    Breast

    f)     Insertion of Nephrostomy Tube Under Ultrasound Guidance

    g)    FNAC under Ultrasound Guidance

    h)   Doppler

 

4.  Pemeriksaan X-ray mudahalih

     Pemeriksaan dilakukan di wad-wad, Bilik Mayat, Dewan Bedah dan Jabatan Kecemasan.

 

5.  Pemeriksaan CT Scan 

     Pemeriksaan CT Scan telah bermula pada 24 Julai 2003

 

6.  Pemeriksaan Mammografi

     Pemeriksaan Mammografi telah bermula pada September 2003

 

7.  MRI 

     Perkhidmatan telah bermula pada 22 Mei 2006

 

8.  Laporan Filem X-ray

     Laporan disediakan oleh Pakar Radiologi atau Pegawai Perubatan.



JADUAL KLINIK

Hari8.00 pagi - 1.00 petang / 8.00 PAGi- 12.15 TGH HARI (JUMAAT) 2.00 petang - 5.00 petang / JUMAAT (2.45 - 5.00 PTG)

ISNIN

RADIOGRAFI  AM

ULTRASOUND

MAMMOGRAM

CT SCAN

MRI

II DI DEWAN BEDAH

LAPORAN/RUNDINGAN

PENGURUSAN/PENTADBIRAN

 

RADIOGRAFI  AM

ULTRASOUND

MAMMOGRAM

CT SCAN

MRI

II DI DEWAN BEDAH

LAPORAN/RUNDINGAN

PENGURUSAN/PENTADBIRAN

SELASA

RADIOGRAFI  AM 

ULTRASOUND

CT SCAN

MRI

LAPORAN/RUNDINGAN

PENGURUSAN/PENTADBIRAN


 

RADIOGRAFI  AM 

ULTRASOUND

CT SCAN

MRI

LAPORAN/RUNDINGAN

PENGURUSAN/PENTADBIRAN

RABU

RADIOGRAFI  AM 

ULTRASOUND

CT SCAN

MRI

II DI DEWAN BEDAH

LAPORAN/RUNDINGAN

PENGURUSAN/PENTADBIRAN

 

RADIOGRAFI  AM 

ULTRASOUND

CT SCAN

MRI

II DI DEWAN BEDAH

LAPORAN/RUNDINGAN

PENGURUSAN/PENTADBIRAN

KHAMIS

RADIOGRAFI  AM

MAMMOGRAM

ULTRASOUND

CT SCAN

MRI

II DI DEWAN BEDAH

LAPORAN/RUNDINGAN

PENGURUSAN/PENTADBIRAN

 

 

RADIOGRAFI  AM 

ULTRASOUND

CT SCAN

MRI

II DI DEWAN BEDAH

LAPORAN/RUNDINGAN

PENGURUSAN/PENTADBIRAN

JUMAAT

RADIOGRAFI  AM  /  KHAS

ULTRASOUND

 CT SCAN

MRI

II DI DEWAN BEDAH

LAPORAN/RUNDINGAN

PENGURUSAN/PENTADBIRAN

RADIOGRAFI  AM  /  KHAS

ULTRASOUND

CT SCAN

MRI

II DI DEWAN BEDAH

LAPORAN/RUNDINGAN

PENGURUSAN/PENTADBIRAN



Tarikh Kemaskini : 21 Julai 2014
dasar privasi Dasar Privasi     dasar keselamatan Dasar Keselamatan     penafian Penafian     peta lokasi Peta Lokasi     bantuan Bantuan dan Sokongan