Pilihan Bahasa :  BM  EN         Biru  Merah  Hijau  Kecilkan Tulisan Saiz Tulisan Asal Besarkan Tulisan Kontras Sederhana Kontras Gelap Kontras Terang w3c rss



    PAUTAN SEGERA

   Panduan Amalan Klinikal   Panduan Pesakit    Pencapaian Piagam Pelanggan    Sistem Maklumat Pendaftaran Pesakit    Drug Formulary HTF    Caj Rawatan Pesakit            

 

Home / Pergigian Pediatrik

JABATAN PERGIGIAN PEDIATRIK 



KETUA JABATAN
Dr. Rusni Bt Noordin
Peg. Perubatan Pakar (Pergigiann Pediatrik)


PENGENALAN 

Jabatan Pergigian Pediatrik ditubuhkan pada bulan Januari 2011 dan ditempatkan di Klinik Pakar Pergigian Hospital Tuanku Fauziah bersama-sama dengan Klinik Pakar Bedah Mulut dan Klinik Pakar Ortodontik.  Peranan utamanya adalah untuk memberi perkhidmatan perundingan dan rawatan pakar pergigian kepada pesakit dari peringkat bayi hinggalah peringkat kanak-kanak berumur 16 tahun kebawah yang dirujuk. Kanak-kanak istimewa dan yang bermasalah perubatan merupakan golongan yang menjadi keutamaan dalam perkhidmatan ini disamping pesakit- pesakit dalam wad yang dirujuk.  Konsep yang diamalkan adalah perkhidmatan yang menyeluruh di mana rawatan komprehensif diberikan dan disusuli dengan lawatan susulan yang berterusan.  


 

VISI

Untuk menjadikan Jabatan Pergigian Pediatrik sebuah pusat kecemerlangan dan pusat rujukan yang berkualiti dengan memberikan perkhidmatan terkini di dalam aspek perkhidmatan, pendidikan akademik dan penyelidikan. 

 

MISI 
Untuk meningkatkan kualiti kehidupan di kalangan kanak-kanak melalui promosi kesihatan mulut dan meningkatkan kualiti kesihatan mulut iaitu peka kepada keperluan pesakit, menggunakan teknologi yang bersesuiaan dan terkini dan dijalankan oleh kakitangan yang terlatih dengan profesional, bertimbangrasa dan efisien dalam mengendalikan situasi.

 

PIAGAM PELANGGAN 
Kami berjanji untuk memberikan perkhidmatan secara profesional, selamat, mesra, penyayang dan berkualiti. 


     1.  Keutamaan akan kami berikan kepada kes kritikal dan separa kritikal di Jabatan Kecemasan dan Trauma dengan masa menunggu seperti berikut :

             -  Semua kes kritikal (ZON MERAH) dirawat dengan serta-merta.

          - Semua kes separa kritikal (ZON KUNING) dirawat dalam masa 15 minit

                    -   Lain-lain kes (ZON HIJAU) akan dilihat mengikut keutamaan keadaan pesakit 

     2.  Perkhidmatan Klinik Pesakit Luar dan Klinik Pakar akan diberikan mengikut giliran dan/atau keadaan pesakit. Keutamaan akan diberikan kepada kanak-kanak,

          ibu hamil, warga emas dan orang kurang upaya.

     3.  Maklumat akan diberikan kepada pelanggan berkenaan penyakit dan perawatan.  

     4.  Kerahsiaan maklumat peribadi, penyakit dan perawatan yang diberikan kepada pesakit adalah dijamin.

 

     5.  Kemudahan dan persekitaran yang bersih, selesa dan selamat.


OBJEKTIF AM 

Memberi perkhidmatan perundingan dan rawatan pakar pergigian secara komprehensif dan penjagaan kesihatan mulut kepada semua pesakit yang dirujuk serta memastikan kesihatan mulut kekal sihat.


OBJEKTIF JABATAN

1.  Menyediakan perkhidmatan pergigian yang cekap, adil dan saksama serta mampu diperolehi oleh semua golongan masyarakat melalui penggunaan teknologi yang sesuai serta memenuhi kehendak pelanggan.

2.  Menyediakan perkhidmatan pergigian melalui aspek promosi,preventif, kuratif dan rehabilisasi kepada kanak-kanak yang berumur 16 tahun kebawah dan terutamanya kanak-kanak dengan keperluan khas(special need children)

3.  Memberi rawatan pergigian yang komprehensif dan penjagaan kesihatan mulut kepada semua kes-kes yang dirujuk dan menjadikan mereka orally fit, iaitu bebas dari tanda-tanda penyakit pergigian yang aktif.


SKOP PERKHIDMATAN 

Perkhidmatan Pergigian Pediatrik menyediakan perkhidmatan perundingan dan rawatan komprehensif bermula dari diagnosis dan terapeutik kepada pesakit yang berumur 16 tahun dan kebawah yang dirujuk. Kes-kes yang dilihat adalah terdiri dari semua kes-kes yang dirujuk samada sebagai inpatients dan juga outpatients dan keutamaan diberi kepada kanak-kanak dengan keperluan khas. Ini termasuklah:      

     i.        Kanak-kanak yang mempunyai masalah kompromi perubatan seperti kecacatan jantung, barah darah dan pesakit transplant serta penyakit kronik seperti asma,

           subnormal renal dan juga kanak-kanak yang immune-compromised.     

     ii.        Kanak-kanak istimewa (retardasi mental dan kecacatan fizikal) yang tidak dapat dikendalikan oleh pegawai pergigian seperti kanak-kanak terencat akal,

            Down’s Syndrome, celebral palsy, autism, hiperaktif dan sebagainya.    

     iii.        Kanak-kanak dengan masalah pergigian spesifik dan kompleks seperti rampant karies yang teruk, memerlukan rawatan pulpa yang komplek,

            Amelogenesis Imperfecta, Dentinogenesis imperfecta dan Hypodontia.    

     iv.        Kanak-kanak yang mempunyai masalah patologi dan perubatan mulut      

     v.        Kanak-kanak yang mengalami trauma oro-fasial- Kecederaan di bahagian mulut dan muka (Misalnya patah gigi, patah tulang rahang)    

     vi.        Kes-kes yang memerlukan pembedahan dalam mulut seperti pembedahan gigi terimpak, gigi supernumerary (gigi berlebihan),sista tulang, ketumbuhan

            dalam mulut.

 

JADUAL KLINIK

HARI

PAGI

PETANG

ISNIN

KES BARU/KES KECEMASAN

KES TEMUJANJI

KES BARU/KES KECEMASAN

KES TEMUJANJI

SELASA

KES BARU/KES KECEMASAN

CME/CDE

KES BARU/KES KECEMASAN

KES TEMUJANJI

RABU

SEMINAR KLINIKAL HTF/KES KECEMASAN

KES TEMUJANJI

KES BARU/KES KECEMASAN

KES TEMUJANJI

KHAMIS

KES BARU/KES KECEMASAN

KES TEMUJANJI

KES KECEMASAN

KES TEMUJANJI

JUMAAT

SESSI  OT

KES KECEMASAN

LAWATAN KE WAD

 

 

Recommend this page to a friend! Prepare to print
dasar privasi Dasar Privasi     dasar keselamatan Dasar Keselamatan     penafian Penafian     peta lokasi Peta Lokasi     bantuan Bantuan dan Sokongan