Pilihan Bahasa :  BM  EN         Biru  Merah  Hijau  Kecilkan Tulisan Saiz Tulisan Asal Besarkan Tulisan Kontras Sederhana Kontras Gelap Kontras Terang w3c rss



    PAUTAN SEGERA

   Panduan Amalan Klinikal   Panduan Pesakit    Pencapaian Piagam Pelanggan    Sistem Maklumat Pendaftaran Pesakit    Caj Rawatan Pesakit                                  

 

Home / Pendidikan Pesakit

UNIT PENDIDIKAN KESIHATAN



KETUA UNIT
Pn. Zuraida Bt Zubir
Peg. Pendidikan Kesihatan S41


PENGENALAN 

Unit Pendidikan Pesakit Hospital Tuanku Fauziah berperanan sebagai perkhidmatan sokongan kepada perawatan pesakit dalam dan luar. Unit ini berperanan dalam membentuk dan menyebarkan informasi berkaitan kesihatan dan perubatan dalam bentuk media cetak, elektronik dan bersemuka. Maklumat yang disebarkan bertujuan memberi kesedaran tentang pencegahan penyakit berjangkit dan tidak berjangkit. 

VISI
Ke arah penyediaan dan penyampaian informasi kesihatan dalam era pesakit bermaklumat.


MISI

Berusaha mewujudkan persekitaran bermaklumat dan memudahkan capaian pesakit, waris dan anggota kesihatan terhadap maklumat kesihatan semasa melalui:

     -         Penerbitan bahan-bahan informasi kesihatan bercetak

     -         Kempen-kempen kesihatan berterusan, dan

     -         Khidmat perundingan, penerbitan dan edaran maklumat kesihatan dengan aplikasi teknologi yang bersesuaian.


PIAGAM PELANGGAN
Kami kakitangan Unit Pendidikan Pesakit ingin memberi perkhidmatan kepada anda dengan penuh tanggungjawab, dedikasi, bertimbang rasa, hormat, bersopan-santun, jujur dan ikhlas.

     -         Komitmen kami ialah memberi perkhidmatan sebaik mungkin dan mengikut tahap profesionalisma kami.

     -         Sedia berkhidmat dengan anda untuk merancang atau melaksana aktiviti pendidikan kesihatan dalam pelbagai aspek.

     -          Bersedia mengeluarkan media pendidikan kesihatan mengikut permintaan anda dalam tempoh masa yang ditetapkan.


OBJEKTIF


Objektif Umum

Menyediakan perkhidmatan pendidikan pesakit yang berkesan melalui sistem penyampaian maklumat kesihatan yang berterusan, tepat dan relevan.


Objektif khusus

1.  Menyebarkan maklumat yang relevan berkaitan dengan sikap dan kefahaman kepada pesakit dan keluarga mereka agar dapat berperanan menguruskan pesakit, mencegah komplikasi dan kejadian semula penyakit.2.  Menyebarkan maklumat untuk mencegah jangkitan penyakit berjangkit di kalangan ahli keluarga pesakit dan juga masyarakat awam.

3.  Membantu dan memberi sokongan kepada pesakit dan keluarga mereka dalam usaha mencapai tahap kesihatan optima.


OBJEKTIF KUALITI

1.  100% kelas pendidikan pesakit yang dirancang akan dijalankan mengikut jadual tertakluk kepada syarat sekurang-kurangnya 3 orang pesakit hadir untuk setiap sesi.

2.  ≥ 60% pesakit dalam kronik yang menghidap penyakit darah tinggi, stroke dan Ischemic heart disease dan dirujuk ke Klinik Berhenti Merokok akan berhenti merokok.

3.  95% daripada permintaan bahan bercetak mengenai sesuatu penyakit dapat dipenuhi dalam tempoh tidak lebih dari satu minggu.
 

SKOP PERKHIDMATAN

1.     Pendidikan Pesakit diabetes, darah tinggi, asma dan penyakit buah pinggang

2.     Melaksanakan Kempen Cara Hidup Sihat yang meliputi komponen berikut :

     -         Makan secara sihat

           -         Lakukan aktiviti fizikal

           -         Tangani stress

     -         Tidak merokok

     -         Jauhi alkohol

3.     Sambutan hari-hari khas kesihatan seperti Hari Kesihatan Sedunia

4.     Perkhidmatan Pusat Sumber Pendidikan Pesakit

     -         Klinik Cara Hidup Sihat

     -        Pusat Informasi Kesihatan

     -    Khidmat penerbitan media kesihatan

5.     Menerbitkan bahan-bahan pendidikan pesakit / promosi kesihatan seperti poster, bunting, pamplet, buku kecil, CD,carta selak dan sebagainya untuk penyakit berjangkit dan tidak berjangkit

6.     Mengendalikan Klinik Berhenti Merokok

7.     Melaksanakan kempen pendermaan organ

8.     Membekalkan perkhidmatan audio visual

9.     Menjalankan penyelidikan berkaitan perkhidmatan pendidikan pesakit

10.  Melaksanakan latihan kepada kakitangan

11.  Bekerjasama dengan NGO dalam pelaksanaan program pendidikan pesakit


PENCAPAIAN

1. Masa menunggu mendapatkan rawatan selepas pendaftaran dilakukan sehingga berjumpa doktor adalah 90 minit.    ( 90% ).

2. Memberi kefahaman dan pengetahuan mengenai penyakit anda serta kaedah rawatan yang terkini bersesuaian dengan penyakit anda.       ( 100% ).

3. Kerahsiaan maklumat peribadi, penyakit dan perawatan yang diberikan kepada pesakit adalah dijamin.       ( 100% )

4. Kemudahan dan persekitaran yang bersih, selesa dan selamat disediakan.       ( 90% ).

5. Setiap aduan dan cadangan bertulis anda akan diambil tindakan dan penambahbaikan dalam perkhidmatan kami.           ( 15 hari )

6. Perhidmatan klinik pakar akan diberikan mengikut giliran dan / atau keadaan pesakit. Keutamaan akan diberikan kepada kanak-kanak, ibu hamil, warga emas dan orang kurang upaya.

dasar privasi Dasar Privasi     dasar keselamatan Dasar Keselamatan     penafian Penafian     peta lokasi Peta Lokasi     bantuan Bantuan dan Sokongan