Pilihan Bahasa :  BM  EN         Biru  Merah  Hijau  Kecilkan Tulisan Saiz Tulisan Asal Besarkan Tulisan Kontras Sederhana Kontras Gelap Kontras Terang w3c rss



    PAUTAN SEGERA

      Panduan Pesakit        Pencapaian Piagam Pelanggan        Sistem Maklumat Pendaftaran Pesakit        Drug Formulary HTF        Caj Rawatan Pesakit              

 

Home / Pembedahan

JABATAN PEMBEDAHAN



KETUA JABATAN
Mr Clement Edward a/l Thaumanavar
Pakar Perunding Bedah Am
Ketua Jabatan Gred Khas C

PENGENALAN
Jabatan pembedahan Am HTF merangkumi Klinik Pesakit Luar Pembedahan ( SOPD ), Dewan Bedah Utama, Dewan Bedah Minor, Unit Endoskopi dan wad-wad pembedahan. Terletak di bangunan lama di kawasan blok klinik pakar bersebelahan Klinik Kebidanan dan Sakit Puan.


VISI
Negara menggembleng tenaga ke arah kesihatan yang lebih baik


MISI
Misi Kementerian Kesihatan adalah untuk menerajui dan berusaha bersama-sama:


PIAGAM PELANGGAN

1. Kami berjanji dan berusaha memastikan 90% pesakit akan diperiksa oleh doktor dalam masa 90 minit selepas pendaftaran.
2. Kami berjanji dan berusaha 90% dari pesakit yang dirujuk kali pertama (non urgent cases) akan diperiksa dalam masa tidak melebihi 1 bulan dari tarikh rujukan.
3. Kami berjanji dan berusaha 90% dari kes pembedahan elektif akan dijalankan dalam masa tidak melebihi 3 bulan dari tarikh rujukan.


OBJEKTIF

1. Objektif Am
  “MEMBERIKAN PERKHIDMATAN KEPAKARAN DALAM BIDANG PEMBEDAHAN KEPADA PESAKIT YANG MEMERLUKAN ATAU TIDAK MEMERLUKAN PEMBEDAHAN”

2. Objektif Khas
  - Memulihkan pesakit-pesakit yang memerlukan rawatan pembedahan untuk mencapai taraf kesihatan yang optima.
  - Mengurangkan kadar infeksi selepas pembedahan.
  - Mengurangkan komplikasi dan ketidakselesaan kepada pesakit semasa dan selepas menerima rawatan pembedahan.
  - Meningkatkan kesedaran kepada orang awam akan pentingnya mendapat rawatan awal serta lebih bertanggungjawab untuk menjaga kesihatan masing-masing.
  - Memastikan semua pesakit mendapat penjelasan dan persetujuan sebelum sesuatu prosedur rawatan dilakukan selain daripada prosedur yang memerlukan keizinan bertulis.

FUNGSI

Klinik Bedah beroperasi di bangunan lama yang mana asalnya bangunan ini adalah dewan bedah am sebelum berpindah ke tempat baru. Hari pemeriksaan pesakit beroperasi 2 kali seminggu iaitu pada hari Selasa dan Khamis bagi kes rawatan susulan biasa iaitu bermula jam 8.00 pagi sehingga 4.30 petang . Klinik paliatif beroperasi pada hari khamis 2.00 petang dan bagi kes-kes selepas pembedahan (post operation) pesakit juga akan diberi temujanji pada hari Khamis petang untuk rawatan susulan yang pertama. Disamping itu terdapat juga klinik pakar atas lawatan daripada HSB Alor Setar iaitu Klinik Urologi dan Klinik Pembedahan Plastik yang mana tarikh-tarikh temujanji ditetapkan oleh pakar tersebut. Kekerapan Klinik Urologi ialah 2 minggu sekali manakala tarikh lawatan untuk Klinik Plastik ialah 2 bulan sekali. Aktiviti-aktiviti lain yang dijalankan di klinik ini ialah prosedur FNAC (fine needle aspiration cytology) dan juga ‘tru cut’ di mana prosedur ini dilakukan pada hari selasa dan khamis bermula 2.30 petang. Prosedur FNAC dilakukan dengan bantuan anggota dari Jabatan Patologi. Lawatan kerumah (paliatif) bagi pesakit kanser dilakukan seminggu sekali pada hari Selasa iaitu bermula jam 2.30 petang dimana anggota-anggota terdiri daripada seorang Pegawai Perubatan dan Jururawat yang menganggotai ‘Palliative Team’. Program Palatif ini diketuai oleh seorang Jururawat Klinik SOPD dan dibantu oleh Jururawat-Jururawat mengikut jadual giliran yang telah ditetapkan. Nama-nama yang ditetapkan didalam jadual yang disediakan akan dipersetujui oleh Unit Kejururawatan terlebih dahulu.


JADUAL KLINIK


Hari8.00 pagi - 1.00 petang2.00 petang - 5.00 petang
ISNIN   -
  -

SELASA   -KLINIK PESAKIT LUAR   -KLINIK PESAKIT LUAR
  -KLINIK PALIATIF

RABU   -KLINIK UROLOGI
  -KLINIK PLASTIK

  -

KHAMIS   -KLINIK PESAKIT LUAR

  -KLINIK PESAKIT LUAR
  -KLINIK PAYUDARA/FNAC

JUMAAT   -
  -

CAJ RAWATAN

BILJENIS PERKHIDMATANKADAR BAYARAN
   1. Kes ulangan
RM5.00
   2. Prosedur FNAC RM10.00
   3. Prosedur TRUCUT RM10.00
   4. OGDS RM20.00
   5. Colonoscopy RM50.00


Tarikh Kemaskini : 02 Disember 2016

dasar privasi Dasar Privasi     dasar keselamatan Dasar Keselamatan     penafian Penafian     peta lokasi Peta Lokasi     bantuan Bantuan dan Sokongan