Pilihan Bahasa :  BM  EN         Biru  Merah  Hijau  Kecilkan Tulisan Saiz Tulisan Asal Besarkan Tulisan Kontras Sederhana Kontras Gelap Kontras Terang w3c rss



    PAUTAN SEGERA

   Panduan Amalan Klinikal   Panduan Pesakit    Pencapaian Piagam Pelanggan    Sistem Maklumat Pendaftaran Pesakit    Caj Rawatan Pesakit                                  

 

Home / Pediatrik

JABATAN PEDIATRIK 



KETUA JABATAN
Dr. Abdul Nasir bin Mohamed Abd. Kadher
Pakar perunding Kanan Pediatrik JUSA C



PENGENALAN
Jabatan Pediatrik Hospital Tuanku Fauziah merupakan pusat rujukan kes-kes paediatrik di negeri Perlis dan kawasan sempadan negeri Kedah.



VISI
Jabatan Pediatrik Hospital Tuanku Fauziah sebagai pusat perkhidmatan pediatrik yang cemerlang dan terkini yang mengutamakan konsep ‘Baby Child Friendly’ serta ‘Patient Centered Care’ yang membawa kepada kepuasan pelanggan.



MISI

Berperanan memberi perkhidmatan kesihatan kanak-kanak yang cemerlang di negeri Perlis:

  1. 1. Menyediakan perkhidmatan pediatrik yang komprehensif dan terkini yang menekankan aspek-aspek kuratif, rehabilitatif dan menggalakkan amalan kesihatan yang baik.
  2. 2. Menggalakkan pendidikan kesihatan pesakit dan memupuk ibubapa/masyarakat di dalam penjagaan kesihatan kanak-kanak.
  3. 3. Menjalinkan jaringan kerjasama dengan Klinik-Klinik Kesihatan, Sektor Swasta, NGO dan Sektor Awam.


PIAGAM PELANGGAN

Kami komited memberi perkhidmatan perawatan kepakaran dan susulan yang berkualiti dengan mengutamakan keperluan keadaan penyakit yang anda alami melalui:

  1. 1. Masa menunggu mendapatkan rawatan selepas pendaftaran dilakukan sehingga berjumpa Doktor : < 60 minit
  2. 2. Memastikan anda mendapat penjelasan secukupnya dan bersetuju sebelum sesuatu prosedur rawatan dilakukan kepada anda : 100%
  3. 3. Memberi kefahaman dan pengetahuan mengenai penyakit anda serta kaedah perawatan yang terkini bersesuaian dengan penyakit anda : 95%
  4. 4. Setiap aduan dan cadangan bertulis anda digunakan sebagai ukuran dan penambahbaikan dalam perkhidmatan kami : 2 minggu.


OBJEKTIF

Memberi rawatan komprehensif yang berkualiti kepada semua pesakit pediatrik yang merangkumi rawatan kuratif dan rehabilitatif serta menggalakkan aspek-aspek pencegahan dan amalan kesihatan yang baik

FUNGSI

  1. 1. Memberi perkhidmatan pesakit dalam di Wad Pediatrik, Unit Rawatan Intensif Bayi (NICU) dan Unit Rawatan Intensif Kanak-kanak (PICU).
  2. 2. Memberi perkhidmatan rawatan pesakit luar yang dijalankan di Klinik Pediatrik dan Klinik Talasemia.
  3. 3. Menjalankan program pendidikan kesihatan dan pendidikan berterusan.


SKOP PERKHIDMATAN

Jabatan pediatric menyediakan perkhidmatan pesakit luar dan pesakit dalaman. Perkhidmatan pesakit luar terdiri dari Klinik Pediatrik dan Klinik Talasemia. Perkhidmatan pesakit dalaman pula terdiri dari Wad Pediatrik 1, Wad Pediatrik 2, NICU dan PICU.

1. Pesakit Luar
    Perkhidmatan Pesakit Luar Klinik Pediatrik Dijalankan pada setiap hari bekerja iaitu isnin hingga jumaat dan bermula pada pukul 8.00 pagi hingga 5.00 petang.


   i.   Klinik Pakar Pediatrik.
   ii.  Klinik Pakar Pembedahan.
   iii. Klinik Kardiologi.
   iv. Klinik HIV (ELISA).
   v.  Klinik Neonatal.
   vi. Klinik Kanak-Kanak Keperluan Khas.
   vii.Klinik Talasemia.

2. Pesakit Dalam
   - Meliputi Wad Pediatrik 1, Wad Pediatrik 2, Wad NICU dan Wad PICU.

JADUAL KLINIK

Hari8.00 pagi - 1.00 petang2.00 petang - 5.00 petang
 ISNIN      - Klinik Pediatrik

 SELASA   - Klinik ECHO (Setiap Minggu)
  - Klinik Pakar Pembedahan (Lawatan sebulan sekali pada minggu ke 3)

  - Klinik Kanak-kanak Keperluan Khas (minggu ke-2)

 RABU   - Klinik ELISA (Minggu Pertama)
  - Klinik Pediatrik


 KHAMIS   - Klinik Neonatal

  - Klinik Talasaemia
 JUMAAT   - Klinik Kanak-Kanak Keperluan Khas (Sebulan sekali)
  


Pusat Rawatan Harian
- Untuk kanak-kanak yang mengidapi penyakit thalasaemia.

Hari 8.00 pagi - 1.00 petang 2.00 petang - 5.00 petang
 ISNIN - JUMAAT    - Klinik Thalasemia dan Transfusi Darah

 - Klinik Thalasemia dan Transfusi Darah



AKTIVITI – AKTIVITI

1. Semua Pegawai Latihan Siswazah akan dilatih secara sistematik untuk memenuhi keperluan module.
2. CME Jabatan diadakan setiap minggu sekali.
3. Pembelajaran berterusan Pegawai Perubatan (CME) dan Jururawat (CNE) diadakan setiap minggu sekali.
4. Latihan NRP dan PALS dijalankan secara berkala untuk melatih semua anggota di Jabatan ini.
5. Latihan dalaman dan luaran dirancang serta dilaksanakan mengikut keperluan.

 

Tarikh Kemaskini : 2 Disember 2016

dasar privasi Dasar Privasi     dasar keselamatan Dasar Keselamatan     penafian Penafian     peta lokasi Peta Lokasi     bantuan Bantuan dan Sokongan