Pilihan Bahasa :  BM        Biru  Merah  Hijau  Kecilkan Tulisan Saiz Tulisan Asal Besarkan Tulisan Kontras Sederhana Kontras Gelap Kontras Terang w3c rss



    PAUTAN SEGERA

   Panduan Amalan Klinikal   Panduan Pesakit    Pencapaian Piagam Pelanggan    Sistem Maklumat Pendaftaran Pesakit    Caj Rawatan Pesakit                                  

 

Home / Patologi

JABATAN PATOLOGI 



KETUA JABATAN

  Dr. Liza bt Dat
  Pakar Perunding Patologi (Hematologi)
  Gred Khas C



PENGENALAN
Jabatan Patologi Hospital Tuanku Fauziah menyediakan perkhidmatan patologi dan transfuse kepada semua jabatan/unit di Hospital Tuanku Fauziah, klinik-klinik kesihatan di sekitar negeri Perlis dan menjadi pusat rujukan ujian ummunologi bagi hospital-hospital wilayah utara. Jabatan ini terdiri daripada 5 unit iaitu Unit Patologi Kimia, Unit Hermatologi, Unit Mikrobiologi. Unit Histositopatologi dan Unit Perubatan Transfusi.



VISI
Jabatan Patologi Hospital Tuanku fauziah mencapai status makmal bertaraf antarabangsa yang mampu menyediakan perkhidmatan makmal terbaik.



MISI
Memberi perkhidmatan kepakaran yang berkualiti tinggi dengan menghasilkan keputusan tepat, boleh dipercayai, dalam tempoh yang dipersetujui dan dilakukan oleh pegawai yang terlatih dan kompeten.



PIAGAM PELANGGAN

Kami berjanji untuk memberikan perkhidmatan secara professional, selamat, mesra, penyayang dan berkualiti.

 

  1. Bermula dari tempoh permohonan ujian diterima, keputusan ujian segera (‘urgent’) akan dikeluarkan seperti berikut:

UnitUjian SegeraTempoh
Patologi Kimia BUSE dan Serum Bilirubin Neonat (SBV) 1 jam

Hermatologi • Full Blood Count (FBC)
• PT/APTT
45 minit
1 jam

Histositopatologi • HPE small urgent biopsy
• Pap smear
•FNAC/Nongynae fluid
3 Hari Bekerja
7 Hari bekerja
3 Hari Bekerja

Mikrobiologi • CSF gram stain
• BFMP smear
1 Jam
24 Jam selepas pewarnaan

Perubatan Transfusi • Bekalan darah bagi kes ‘urgent transfusion’ 30 Minit

  2. Berusaha memastikan bekalan darah adalah mencukupi.
  3. Memastikan pesakit dibekalkan dengan darah dan produk darah yang telah disaring.
  4. Memastikan kerahsiaan semua maklumat berkaitan pendermaan darah.

 

OBJEKTIF

Umum
Memberikan perkhidmatan berkualiti tinggi bagi memenuhi kehendak pelanggan (customer satisfaction) dengan menghasilkan keputusan yang tepat, boleh dipercayai dan dalam tempoh yang dipersetujui. Menekankan kepada peningkatan produktiviti melalui kerja secara berpasukan dengan penuh dedikasi serta memberi perkhidmatan yang berkukaliti, efektif, efisyen, dinamik dan bersesuaian dengan keperluan semasa.
 
Khusus
• Memenuhi dan melakukan semua permintaan ujian makmal dalam masa yang ditetapkan.
• Menghasilkan keputusan ujian yang tepat dengan mengikut prosedur yang betul.
• Menyediakan perkhidmatan bekalan darah yang mencukupi dan disaring.
Jabatan Patologi menawarkan ujian diagnostic di dalam bidang Patologi Kimia, Hematologi, Mikrobiologi, Histositopatologi dan Perubatan Transfusi samada dilakukan di makmal Jabatan patologi Hospital Tuanku Fauziah ataupun secara rujukan ke makmal luar mengikut perjanjian.


Tarikh Kemaskini : 27 Disember 2017

dasar privasi Dasar Privasi     dasar keselamatan Dasar Keselamatan     penafian Penafian     peta lokasi Peta Lokasi     bantuan Bantuan dan Sokongan