Pilihan Bahasa :  BM        Biru  Merah  Hijau  Kecilkan Tulisan Saiz Tulisan Asal Besarkan Tulisan Kontras Sederhana Kontras Gelap Kontras Terang w3c rss



    PAUTAN SEGERA

   Panduan Amalan Klinikal   Panduan Pesakit    Pencapaian Piagam Pelanggan    Sistem Maklumat Pendaftaran Pesakit    Caj Rawatan Pesakit                                  

 

Home / Ortopedik

JABATAN ORTOPEDIK


KETUA JABATAN

   

Dr Mohamad Yazid bin Din
Pakar Perunding Ortopedik
JUSA C


 

 

 

PENGENALAN 

Jabatan Ortopedik, Hospital Tuanku Fauziah Kangan Perlis merupakan jabatan perkhidmatan klinikal yang memberikan perkhidmatan kepakaran dalam bidang ortopedik kepada pesakit-pesakit dari negeri Perlis dan sebahagian Kedah Utara. Perkhidmatan ini telah dimulakan sejak tahun 2000 di bangunan tambahan sebelahan Klinik SOPD. Pada penghujung tahun 2003, jabatan ini telah berpindaj ke bangunan blok pakar. 


 

OBJEKTIF JABATAN 

Memberi perkhidmatan yang berkualiti, efisyen dan lengkap kepada pelanggan-pelanggan ortopedik dengan memastikan perawatan yang cekap, berkualiti, sesuai, mesra serta penuh dedikasi.

 

VISI

Menjadikan Jabatan Ortopedik, Hospital Tuanku Fauziah Kangar Perlis sebagai pusat rujukan, rawatan dan latihan dalam bidang ortopedik serta dilengkapi dengan peralatan-peralatan ortopedik yang terkini menjelang tahun 2020 bagi menampung pertumbuhan pesat sosio ekonomi di seluruh negeri Perlis dan sebahagian Kedah Utara.

 

MISI 

Jabatan Ortopedik akan memberikan perkhidmatan yang efisyen, berkesan dan lengkap kepada pelanggan melalui.

  • - Penggunaan teknologi yang sepatutnya
  • - Menjana anggota yang berkemahiran dan efisyen
  • - Persekitaran yang sihat dan selamat
  • - Bekerjasama dengan pihak pengurusan atasan untuk melaksanakan perkhidmatan yang cemerlang

 

PIAGAM PELANGGAN 

1. Masa menunggu mendapatkan rawatan selepas pendaftaran dilakukan sehingga berjumpa doktor adalah 90 minit

2. Memberi kefahaman dan pengetahuan mengenai penyakit anda serta kaedah rawatan yang terkini bersesuaian dengan penyakit

3. Kerahsiaan maklumat peribadai, penyakit dan perawatan yang diberikan kepada pesakit adalah dijamin

4. Kemudahan dan persekitaran yang bersih, selesa dan selamat disediakan

5. Setiap aduan dan cadangan bertulis anda akan diambil tindakan dan penambahbaikan dalam perkhidmatan kami

6. Perkhidmatan klinik pakar akan diberikan mengikut giliran dan/atau keadaan pesakit. Keutamaan akan diberikan kepada kanak-kanak, ibu hamil dan warga emas

 

SKOP PERKHIDMATAN 

1. Perkhidmatan Pemeriksaan dan Rawatan Penyakit dalam bidang Ortopedik

2. Perkhidmatan Pesakit Dalaman (Wad)

3. Perkhidmatan Pesakit Luar

4. Perkhidmatan Pembedahan Ortopedik

5. Memberi latihan untuk kakitangan perubatan dan latihan dalam bidang Ortopedik

6. Menyediakan latihan untuk pelajar perubatan, Kolej Pembantu Perubatan, Universiti Awam dan Swasta

 

JADUAL KLINIK

HARI

PAGI

PETANG

7.30 PAGI - 8.30 PAGI

8.00 PAGI - 1.00 PETANG

 2.00 PETANG - 5.00 PETANG

ISNIN

X-RAY CONFERENCE

KES RUJUKAN KES BARU

MAJOR OT / TRAUMA OT

 KES RUJUKAN KES BARU

 MAJOR OT / TRAUMA OT

SELASA

X-RAY CONFERENCE

GENERAL ORTHO CLINIC

ARTHROPLASTY CLINIC

 KLINIK DIABETIC FOOT

 KLINIK RUJUKAN KES BARU

 *SPINE CLICIC

RABU

X-RAY CONFERENCE

GENERAL ORTHO CLINIC

MAJOR OT

 MAJOR OT / MINOR OT

 CTEV CLINIC

 *SPINE OT

KHAMIS

X-RAY CONFERENCE

KES RUJUKAN KES BARU

MAJOR OT

 KES RUJUKAN KES BARU

 *SPORTS CLINIC

JUMAAT

X-RAY CONFERENCE

GENERAL ORTHO CLINIC

MAJOR OT

 KES RUJUKAN KES BARU

 MAJOR OT

 *ORTHO PAED CLINIC & OT

 *SPORTS OT

LAWATAN PAKAR LUAR

1. *PEDIATRIC ORTHO CLINIC & OT (DATO' DR ZULKIFLI BIN OSMAN) - 2 BULAN SEKALI PADA HARI JUMAAT (TERTAKLUK PADA PINDAAN)

2. *SPINE CLINIC &OT (DATO' DR FAIR BIN MOHAMAD) - SETIAP BULAN HARI RABU & KHAMIS MINGGU KE-3 (TERTAKLUK PADA PINDAAN)

3. *SPORTS CLINIC & OT (DR SANUSI AZNI BIN ABDUL GHANI) - 2 BULAN SEKALI, HARI KHAMIS/JUMAAT MINGGU KE -2 (TERTAKLUK KEPADA PINDAAN)

 

dasar privasi Dasar Privasi     dasar keselamatan Dasar Keselamatan     penafian Penafian     peta lokasi Peta Lokasi     bantuan Bantuan dan Sokongan