Pilihan Bahasa :  BM  EN         Biru  Merah  Hijau  Kecilkan Tulisan Saiz Tulisan Asal Besarkan Tulisan Kontras Sederhana Kontras Gelap Kontras Terang w3c rss



    PAUTAN SEGERA

   Panduan Amalan Klinikal   Panduan Pesakit    Pencapaian Piagam Pelanggan    Sistem Maklumat Pendaftaran Pesakit    Drug Formulary HTF    Caj Rawatan Pesakit            

 

Home / Oftalmologi

JABATAN OFTALMOLOGI (MATA)

KETUA JABATAN

Dr. Mohd Nazri bin Sulaiman
Pakar Perunding Oftalmologi
Ketua Jabatan Gred Khas C


PENGENALAN JABATAN


  •    Jabatan Oftalmologi Hospital Tuanku Fauziah bermula operasi pada tahun 1995. Pada masa itu diketuai oleh seorang Pakar Oftalmologi, Pegawai Perubatan, Penolong Pegawai Perubatan, Jururawat dan Pembantu Perawatan Kesihatan.
  •    Sejak itu jabatan telah berkembang memberi rawatan pesakit oftalmik penduduk negeri Perlis dan sempadan Kedah Perlis. Bilangan pesakit telah meningkat setiap tahun. Kajian kepuasan pelanggan menunjukkan pesakit berpuas hati atas perkhidmatan yang diberikan.
  •    Setiap tahun Jabatan Oftalmologi terlibat dengan dengan aktiviti-aktiviti National Eye Database untuk pemantauan dan penelitian kualiti perkhidmatan setiap tahun. Perkhidmatan Jabatan Oftalmologi tidak pernah berada diluar standard KPI dan kualiti yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

VISI


  • ■Menjadikan Jabatan Oftalmologi Hospital Tuanku Fauziah sebagai pusat rujukan, rawatan dan latihan dalam bidang oftalmologi serta dilengkapi dengan peralatan-peralatan oftalmologi yang terkini menjelang tahun 2020 bagi menampung pertumbuhan sosio ekonomi yang pesat di seluruh negeri Perlis.

MISI


  • ■Memberi perkhidmatan penjagaan, pendidikan dan perawatan oftalmik kepada pesakit dengan berkesan ke tahap “ Zero Defect” menjelang tahun 2020.
  • ■Merancang serta melaksanakan program-program latihan yang berkaitan dengan penyakit dan perawatan oftalmik kepada kakitangan Jabatan Oftalmologi Hospital Tuanku Fauziah dan kakitangan kesihatan negeri Perlis.
  • ■Bekerjasama dengan bahagian pentadbiran Hospital Tuanku Fauziah, Pejabat Kesihatan Negeri dan Kementerian Kesihatan Malaysia bagi mendapatkan peralatan-peralatan oftalmik yang terkini dari semasa ke semasa.

PIAGAM PELANGGAN


  • ■Masa menunggu mendapatkan rawatan selepas pendaftaran dilakukan sehingga berjumpa doktor adalah 90 minit.
  • ■Memberi kefahaman dan pengetahuan mengenai penyakit anda serta kaedaah rawatan yang terkini bersesuaian dengan penyakit anda.
  • ■Kerahsiaan maklumat peribadi, penyakit dan perawatan yang diberikan kepada pesakit adalah terjamin.
  • ■Kemudahan dan persekitaran yang bersih, selesa dan selamat disediakan.
  • ■Setiap aduan dan cadangan bertulis anda akan diambil tindakan dan penambahbaikan dalam perkhidmatan kami.
  • ■Perkhidmatan Klinik Pakar akan diberikan mengikut giliran dan / atau keadaan pesakit. Keutamaan akan diberikan kepada kanak-kanak, ibu hamil, warga emas, pesara dan orang kurang upaya

OBJEKTIF


  • Menumpukan sepenuh perhatian dalam aspek kesihatan mata dan penglihatan ke arah kualiti kehidupan masyarakat yang lebih baik.

FUNGSI DAN PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN


  • ■Perkhidmatan Pemeriksaan Dan Rawatan Penyakit Oftalmik
  • ■Perkhidmatan Pesakit Dalaman - ( Wad )
  • ■Perkhidmatan Pesakit Luar
  • ■Perkhidmatan Pembedahan Oftalmik
  • ■Perkhidmatan Optometri
  • ■Memberi latihan untuk kakitangan perubatan dan latihan dalam bidang penyakit Oftalmik
  • ■Menyediakan latihan-latihan untuk pelajar perubatan, Kolej Pembantu Perubatan, Kolej Jururawat, Pelajar “Allied Health” Dan Universiti Awam Dan Swasta

JADUAL KLINIK


Kemaskini : 02 Disember 2016

dasar privasi Dasar Privasi     dasar keselamatan Dasar Keselamatan     penafian Penafian     peta lokasi Peta Lokasi     bantuan Bantuan dan Sokongan