Pilihan Bahasa :  BM        Biru  Merah  Hijau  Kecilkan Tulisan Saiz Tulisan Asal Besarkan Tulisan Kontras Sederhana Kontras Gelap Kontras Terang w3c rss



    PAUTAN SEGERA

   Panduan Amalan Klinikal   Panduan Pesakit    Pencapaian Piagam Pelanggan    Sistem Maklumat Pendaftaran Pesakit    Caj Rawatan Pesakit                                  

 

Home / Obstektrik Dan Ginekologi

JABATAN OBSTEKTRIK DAN GINEKOLOGI



KETUA JABATAN

Dr Zaridah   Dato Dr Zaridah bt. Shaffie
  S.M.P, A.M.P , MBBS(Mal), Master O&G (UKM), Fellow Gynaecology (S’pore)
  Ketua Jabatan dan Pakar Perunding Kanan Obstetrik & Ginekologi
  Pakar Perunding Ginekologi Onkologi





PENGENALAN
Jabatan Obstetrik dan Ginekologi, Hospital Tuanku Fauziah merupakan jabatan perkhidmatan klinikal yang memberikan perkhidmatan kepakaran dalam bidang Obstetrik dan Ginekologi di Negeri Perlis. Jabatan ini menjadikan hospital ini Hospital Rakan Bayi dan Hospital Mesra Ibu. Jabatan ini diterajui oleh Dato’ Dr Zaridah bt Shaffie, Pakar Perunding Gred Khas C.


VISI
Negara menggembleng tenaga ke arah kesihatan yang lebih baik.


MISI

Misi Kementerian Kesihatan adalah untuk menerajui dan berusaha bersama-sama:
1. untuk memudahkan dan membolehkan rakyat:
   - sepenuhnya potensi mereka dalam kesihatan
   - menghargai kesihatan sebagai aset paling berharga
   - mengambil tanggungjawab dan tindakan positif demi kesihatan mereka.

2. untuk memastikan sistem kesihatan berkualiti tinggi iaitu:
   - mengutamakan pelanggan
   - saksama
   - tidak membebankan
   - cekap
   - wajar mengikut teknologi
   - boleh disesuaikan mengikut persekitaran
   - inovatif

3. dengan menekankan:.
   - sifat penyayang, profesionalisme dan kerja berpasukan
   - sifat menghormati maruah insan
   - penglibatan masyarakat

PIAGAM PELANGGAN

Kami berjanji untuk memberikan perkhidmatan secara profesional, selamat, mesra, penyayang dan berkualiti.

1. Masa menunggu mendapatkan rawatan selepas pendaftaran dilakukan sehingga berjumpa doktor adalah 90 minit.
2. Memberi kefahaman dan pengetahuan mengenai penyakit anda serta kaedah rawatan yang terkini bersesuaian dengan penyakit anda.
3. Kerahsiaan maklumat peribadi, penyakit dan perawatan yang diberikan kepada pesakit adalah dijamin.
4. Kemudahan dan persekitaran yang bersih, selesa dan selamat disediakan.
5. Setiap aduan dan cadangan bertulis anda akan diambil tindakan dan penambahbaikan dalam perkhidmatan kami.
6. Perkhidmatan Klinik Pakar akan diberikan mengikut giliran dan/atau keadaan pesakit. Keutamaan akan diberikan kepada warga emas dan orang kurang upaya.

Sehingga kini Jabatan telah Berjaya mencapai kesemua piagam pelabggan seperti di atas.


OBJEKTIF

Memberi perkhidmatan perbidanan dan sakit puan kepada ibu hamil dan wanita. Memastikan aspek perkhidmatan berkualiti, efisyen dan lengkap serta perawatan yang cekap, berkualiti, sesuai, mesra serta penuh dedikasi dan berinovasi.

FUNGSI

Berfungsi sebagai jabatan yang bertanggungjawab terhadap perawatan perbidanan dan sakit puan bagi negeri Perlis.

PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN

Jabatan memberikan perkhidmatan pesakit luar di Klinik Pakar dan pesakit dalam. Jabatan mempunyai tiga orang pakar perunding kanan JUSA C iaitu Dato’ Dr Zaridah bt Shaffie, Dr Noor Aini bt Harun dan Dr Mohd Nizar bin Bidin dan dua orang pakar UD 54 iaitu Dr Hari Ram a/l Ramayya dan Dr Che Adilah bt Che Soh. Perkhidmatan dibantu oleh 15 orang pegwai perubatan, diketua oleh Dr Maizuriati bt Abdul Rahman, pegawai perubatan UD 54. Jabatan juga melatih Pegawai Perubatan Siswazah seramai 20-30 orang pada setiap masa.


Bahagian kejururawatan di ketuai oleh seorang Matron dan setiap wad mempunyai dua orang Ketua Jururawat kecuali Bilik bersalin yang mempunyai 3 orang Ketua Jururawat.


Jabatan menyediakan perkhidmatan klinik pakar secara temujanji iaitu Klinik Kepakaran Obstetriks dan Ginekologi:


Klinik Pakar
Dibahagikan kepada aktiviti rawatan berkaitan obstetrics (kehamilan) dan perkhidmatan ginekologi.

Sesi klinik berkaitan kehamilan dibahagikan kepada:
1. Klinik antenatal
2. Klinik postnatal
3. Combine Clinic bersama Pakar Perubatan
4. Sesi Klinik ultrasound

Sejak 2011 tambahan sesi klinik pada pagi Khamis iaitu:

1. Early pregnancy assessment unit (EPAU)
2. Klinik Perancang keluarga
3. Klinik Pra Kehamilan.


Bagi Klinik Pra kehamilan dan perancang keluarga, pesakit yang dirujuk ke Klinik ini adalah pesakit yang dikenal pasti mempunyai masalah perubatan atau ibu berisiko tinggi dari sejarah obstetriks. Mereka diberi kaunseling, diberi kaedah kontraseptif yang optima samada secara suntikan, implant atau alat dalam rahim. Bagi ibu yang mempunyai masalah perubatan yang kronik, kami bekerjasama dengan Jabatan perubatan dalam memastikan keadaan masalah perubatan mereka di optimakan dan jika perlu, disarankan menjalani Bilateral tubal ligation. Jika perlu juga akan dirujukkan ke Combine Clinic dengan Pakar perubatan.



Perkhidmatan klinik pakar Ginekologi dibahagikan kepada :

1. Klinik ginekologi am yang merangkumi masalah ginekologi umum seperti masalah fibroid, masalah berkaitan menstruasi, uroginekologi dan sebagainya pada Rabu pagi .
2. Klinik reproduktif bagi pasangan yang bermasalah kesuburan pada Isnin petang
3. Klinik gineonkologi ( kanser ginekologi ), pesakit diberi appointment pada Rabu pagi.
4. Klinik untuk sesi ultrasound Rabu petang.
5. Klinik Menopos / terapi gentian hormone pada Khamis petang 2 minggu sekali.

Dengan adanya 12 sesi klinik seminggu, perkhidmatan yang diberikan adalah focus dan komprehensif.



Penggunaan Brown folder
Semua pesakit antenatal yang datang pada kali pertama ke Klinik Pakar O&G dibuka brown folder yang akan digunakan terus bila mereka masuk ke wad Tingkat 1. Ini membolehkan kesinambungan rawatan klinik dan wad diteruskan. Brown folder ini disimpan di Tingkat 1.

Konsultasi Pegawai Kesihatan dengan Pakar O&G
Bagi memudahkan komunikasi dan konsultasi antara Klinik Kesihatan dan HTF, maka sejak 2011 semua konsultasi dari Pegawai Kesihatan mestilah dengan Pakar O&G. Pakar O&G telah diberi agihan sebagai pakar yang incharge beberapa Klinik Kesihatan berdasarkan lokasi. Konsultasi kes segera dan obstetrics emergency adalah dengan telefon terus maklumkan pada pakar incharge. Bagi konsultasi kes tidak segera, dibuat secara online secara email kepada pakar incharge. 


Dr. Zaridah bt Shaffie Dr. Noor Aini bt Harun Dr. Mohd Nizar b. Bidin Dr. Che Adilah bt Che Soh
Klinik Kesihatan Negeri Kedah ·         KK Padang Besar
·         KK Kaki Bukit
·         KK Beseri
·         KK Arau
·         KK Kangar
·         KK Gial
·         KK Kuala Perlis
·         KK Simpang Empat
·         KK Kuala Sanglang


Kursus ultrasound level 1 dan credentialing
Bagi memastikan pengendalian pemeriksaan pesakit menggunakan ultrasound menepati taraf yang ditentukan, semua Pegawai Perubatan O&G dan Pegawai Kesihatan yang mengendalikan ultrasound dikehendaki menghadiri kursus ultrasound, melakukan ultrasound dan mengisi buku log mereka. Seterusnya menduduki ujian bertulis dan klinikal untuk mendapat credentialing menjalankan ujian ultrasound.

Memberi perkhidmatan pesakit dalaman
Jabatan telah berpindah ke Blok B pada 4 Januari 2016. Ianya meletakkan tanda aras baru terhadap perkhidmatan O&G dimana pesakit dan anggota Jabatan O&G ditempatkan di blok baru yang dilengkapi kemudahan baru dan ruang yang lebih selesa. Skop perkidmatan pesakit dibahagikan kepada: 4 kategori iaitu:

1. PAC –‘Pregnancy Assessment Center’di aras1 atau pusat penilaian kehamilan di mana ibu-ibu hamil dengan masalah Obstetriks seperti turun air, turun darah, anak kurang gerak dan apa-apa berkaitan kehamilan dirujuk oleh Klinik Kesihatan ke PAC untuk dilihat oleh pegawai perubatan O&G dan seterusnya dibenarkan pulang atau dimasukkan ke wad jika perlu. PAC adalah sebahagian dari perkhidmatan Klinik pakar, oleh itu caj di PAC adalah sebagaimana caj klinik pakar mengikut Akta Fi 1951- Perintah Fi (Perubatan)(Pindaan) 2003 & juga kadar caj penuh bagi warga asing (perintah Fi) (perubatan) (Kos Perkhidmatan)2014.
2. Wad Obstetriks 1 dan 2 di Aras 4 secara integrated menempatkan pesakit antenatal dan postnatal.
3. Wad bersalin (labour Room) di Aras 2 mempunyai 12 bilik bersalin .menempatkan ibu hendak bersalin, pesakit pre-eklampsia atau sawan mengandung.
4. Wad Ginekologi di Aras 6 untuk masalah ginekologi dan kehamilan kurang dari 22 minggu.


Dewan bedah Blok A di mana pembedahan elektif pada setiap hari Selasa dan Khamis dan pembedahan kecemasan dilakukan untuk kes pembedahan obstetrik dan ginekologi di Blok B.

Perkhidmatan Subkepakaran

 Fetomaternal   Perkhidmatan subkepakaran fetomaternal adalah penjagaan ibu hamil berisiko tinggi dan perawatan bagi bayi di dalam kandungan di rujuk ke pakar Fetomaternal di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB). 
 Gine-onkologi    - Gine-onkologi pula adalah perkidmatan berkaitan kanser ginekologi seperti kanser ovari, pangkal rahim (serviks), kanser rahim. Perkhidmatan melibatkan klinik kanser, rawatan pembedahan kanser, kemoterapi dan susulan di Klinik kanser ginekologi. (Gynae-onco Clinic) serta rujukan rawatan radioterapi di Pulau Pinang. 
 Reproduktif Medicine    Perkhidmatan reproduktif atau masalah kesuburan melibatkan klinik, pemeriksaan kedua2 pihak iaitu pesakit dan pasangannya, penyiasatan berkaitan ketidaksuburan, rawatan dan prosedur IUI, manakala IVF dibuat di Hospital Sultanah Bahiyah.
 Uroginekologi   Perkhidmatan Uroginekologi –diberikan di HTF bagi kes-kes uterus dan vagina prolapse dan jika perlu di rujukkan pada uroginekologis di HSB.
      Pembedahan ginekologi dilaksanakan di HTF dan Jabatan juga melakukan pembedahan laparoskopi seperti untuk masalah kesuburan, pembedahan hysterectomy, ovarian cystectomy, kehamilan luar rahim kini boleh dibuat secara laparoskopi sekiranya menepati indikasi.
      Rawatan kemoterapi diberikan kepada pesakit kanser ginekologi di wad ginekologi di Aras 6, dikendalikan oleh pakar, pegawai perubatan, jururawat terlatih dengan pemantauan Pegawai Farmasi.



AKTIVITI-AKTIVITI

1.      Hospital Rakan Bayi-merupakan aktiviti khas Jabatan O&G dan Jabatan Pediatrik diselaraskan oleh Unit Laktasi.

  1. 2.    Hospital Mesra ibu pula adalah subset aktiviti Hospital rakan bayi dimana antaranya ibu boleh mempunyai peneman di bilik bersalin. Peneman boleh terdiri daripada suami, ibu, atau ibu mertua pesakit.Ibu boleh minum dan makan , berjalan-jalan di bilik bersalin dan sekiranya tidak perlu, prosedur2 invasif seperti epidural, memecahkan air mentuban, memasang intravena tidak dilakukan.

3.      Selain dari menjalankan aktiviti hakiki klinikal, jabatan juga melaksanakan pelbagai aktiviti quality,HPIA, KPI  yang diarahkan oleh Kementerian.

<!--[4.      Red Alert System adalah sistem aktivasi kecemasan yang dikhaskan untuk ‘Obstetrics Emergency’. Apabila diaktivasikan, bantuan segera akan diperolehi dari pakar, pegawai perubatan dari JAbatan O&G, Anestesiologi dan Tabung Darah.

<!--[5.      Massive transfusion protocol (MTP) akan diaktivasikan bila berlaku ‘massive postpartum haemorrhage’ ( seperti ibu tumpah darah semasa bersalin )

<!--[6.      AOR discaj (keluar dari wad atas risiko sendori)-semua AOR discaj perlu dimaklumkan kepada ketua jabatan dan pesakit diberikan ubat serta temujanji rawatan susulan. Bagi ibu hamil atau postnatal, Klinik Kesihatan terdekat serta personalised care nurse dimaklumkan.

<!--[7.      Informed consent pembedahan –Jabatan menggunakan boring informed consent yang disediakan di peringkat Jawatankuasa perkhidmatan O&G peringkat Kebangsaan bagi prosedur pembedahan ginekologi dan Caesarean.

<!--[8.      Family conference - boleh diadakan bagi menerangkan secara terperinci tatacara pembedahan, komplikasi prosedur dan sebagainya. Sekiranya perlu jabatan-jabatan lain seperti Pediatrik, Pembedahan, Anestesiologi, Perubatan dan lain-lain jabatan akan dijemput menghadiri family conference.

Tarikh Kemaskini : 27 Disember 2017

dasar privasi Dasar Privasi     dasar keselamatan Dasar Keselamatan     penafian Penafian     peta lokasi Peta Lokasi     bantuan Bantuan dan Sokongan