Pilihan Bahasa :  BM  EN         Biru  Merah  Hijau  Kecilkan Tulisan Saiz Tulisan Asal Besarkan Tulisan Kontras Sederhana Kontras Gelap Kontras Terang w3c rss



    PAUTAN SEGERA

   Panduan Amalan Klinikal   Panduan Pesakit    Pencapaian Piagam Pelanggan    Sistem Maklumat Pendaftaran Pesakit    Drug Formulary HTF    Caj Rawatan Pesakit            

 

Home / Kewangan

UNIT KEWANGAN



KETUA UNIT
Siti Munirah binti Ab Magid
Akauntan Gred W41

PENGENALAN
Unit Kewangan merupakan satu unit di bawah Bahagian Pengurusan yang berperanan memberikan perkhidmatan dalam bidang kewangan dan akaun di Hospital Tuanku Fauziah. Unit ini menjalankan urusan Pentadbiran Am, Perkhidmatan dan Kewangan. Unit ini dianggotai seramai 15 orang kakitangan seperti berikut :-

Akauntan W41 : Cik Siti Munirah binti Ab Magid
Pen. Akauntan W36 : Puan Tuminah binti Kamijan
Pen. Akauntan W32 : Cik Nazli@Fazlina binti Ahmad@Zainal
Pem. Tadbir (Kew) W22 : Puan Siti Hawa binti Ismail
  : Encik Azimudin bin Ismail
Pem. Tadbir (Kew) W17 : Puan Zaiti binti Zainal Ariffin
  : Puan Nor Azira binti Johari
  : Encik Mohamad Khairulazmi bin Mat Ayub
  : Puan Intan binti Md Isa
  : Cik Farah Iliana binti Mohd Pauzai
  : Puan Nur Azizah binti Abu Bakar
  : Puan Siti Zaharah binti Bedin
  : Puan Noor Haisikin binti Mohamad
  : Encik Faizal bin Meh@Bahari
Pem. Am Pejabat N1 : Encik Norashid bin Mat Said

      

VISI

Menjadi sebuah unit dalam Jabatan Kesihatan Negeri Perlis terbilang dalam perkhidmatan perakaunan dan kewangan sektor awam

MISI

1. Melaksanakan sistem perakaunan kerajaan yang terbaik.
2. Memberikan khidmat nasihat perakaunan dan kewangan selaras dengan amalan terbaik.
3. Menasihati pembuat keputusan di Hospital Tuanku Fauziah berkaitan perakaunan dan kewangan.
4. Mempertingkatkan akauntabiliti melalui penyediaan perkhidmatan perakaunan dan pengeluaran maklumat perakaunan yang cemerlang, cepat dan tepat.


PIAGAM PELANGGAN

1. Membuat pembayaran dalam tempoh empat belas (14) hari daripada tarikh dokumen lengkap diterima di Unit Kewangan.
2. Pembayaran gaji dan elaun bagi anggota baru dan bertukar masuk diproses dalam tempoh lima (5) hari daripada tarikh penerimaan Penyata Perubahan Mengenai Pendapatan Seseorang Pegawai (Kew.8-Pin. 7/88).
3. Permohonan tuntutan-tuntutan akan diproses dalam tempoh sepuluh (10) hari daripada tarikh dokumen lengkap diterima di Unit Kewangan.
4. Waran Perjalanan Udara akan disediakan dan dikemukakan kepada pemohon dalam tempoh dua (2) hari daripada tarikh dokumen lengkap diterima di Unit Kewangan.

OBJEKTIF

1. Menentukan keberkesanan penyediaan Anggaran Belanja Mengurus Hospital Tuanku Fauziah dalam membuat perancangan kewangan untuk melaksanakan dasar dan program-program kesihatan.
2. Menentukan pengurusan sumber-sumber kewangan tenaga manusia, peralatan dan infrastruktur dibelanjakan secara optima.
3. Menentukan pengurusan kewangan dan akaun hospital dilaksanakan dengan cekap dan menetapi peraturan kewangan dan Arahan Perbendaharaan.


FUNGSI

1. Mengurus, memantau dan mengawal peruntukan yang diagihkan dan dibelanjakan secara optima.
2. Mewujudkan satu sistem perakaunan yang boleh membantu pihak pengurusan dalam membuat perancangan dan keputusan.
3. Menguruskan pembayaran emolumen dan bayaran-bayaran bil tuntutan mengikut tempoh yang ditetapkan.
4. Menyelenggara dan mengemaskini akaun vot mengurus dan pembangunan dan rekod kewangan mengikut peraturan kewangan.
5. Menyediakan Laporan Bulanan Perbelanjaan dan Laporan Kedudukan Bil yang belum dijelaskan untuk dikemukakan kepada Jabatan Kesihatan Negeri Perlis
6. Mengawal dan memantau perbelanjaan bagi memastikan jabatan mencapai prestasi perbelanjaan yang tinggi.


PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN

1. Pengurusan Bajet.
    - Peruntukan Mengurus
    - Peruntukan Pembangunan
    - Peruntukan Dasar Baru
    - Peruntukan One-Off

2. Pengurusan Kewangan & Akaun.
    - Pembayaran kepada pembekal
    - Pendaftaran & Pembayaran Akaun Pukal (Utiliti, dll)
    - Tuntutan & Elaun Kakitangan
    - Emolumen (Gaji & Elaun)
    - Permohonan Pendahuluan Diri (Emolumen)
    - Panjar Wang Runcit
    - Waran Perjalanan Udara
    - Pinjaman Komputer
    - Pinjaman Kenderaan
    - Permohonan Bayaran Balik Pakaian Blazer untuk Pegawai Khidmat Pelanggan
    - Permohonan Perbelanjaan Kemudahan Perubatan (Sara Ubat)
    - Permohonan Bayaran Balik Laporan Perubatan kepada Pegawai Perubatan
    - Permohonan Bayaran Balik Deposit (Kuarters/Sewaan)
    - Permohonan Smart Tag & Touch N Go (JUSA C ke atas) 3. Pengurusan Perolehan.
    - Penyediaan Pesanan Tempatan (selain yang disediakan oleh Unit Farmasi Perolehan & Bekalan dan Jabatan Dietetik & Sajian)

2. Pengurusan Perolehan.
    - Penyediaan Pesanan Tempatan (selain yang disediakan oleh Unit Farmasi Perolehan & Bekalan dan Jabatan Dietetik & Sajian)

 

Tarikh Kemaskini : 23 Mei 2014

dasar privasi Dasar Privasi     dasar keselamatan Dasar Keselamatan     penafian Penafian     peta lokasi Peta Lokasi     bantuan Bantuan dan Sokongan