Pilihan Bahasa :  BM  EN         Biru  Merah  Hijau  Kecilkan Tulisan Saiz Tulisan Asal Besarkan Tulisan Kontras Sederhana Kontras Gelap Kontras Terang w3c rss



    PAUTAN SEGERA

      Panduan Pesakit        Pencapaian Piagam Pelanggan        Sistem Maklumat Pendaftaran Pesakit        Drug Formulary HTF        Caj Rawatan Pesakit              

 

Home / Kesihatan Awam

UNIT KESIHATAN AWAM 



KETUA JABATAN




PENGENALAN
Unit Kesihatan Awam semakin penting dalam perkhidmatan sokongan kepada aktiviti perawatan di hospital. Unit ini ditubuhkan di peringkat hospital mulai Ogos 2003. Aspek kesihatan awam difokuskan kepada pengwujudan persekitaran kerja yang bersih dan selamat kepada semua populasi hospital. Elemen-elemen tempat kerja yang sihat dalam kesihatan persekitaran, kesihatan personel dan amalan kesihatan personel, pengurusan serta kekuatan kepimpinan dalam penyeliaan aktiviti dan kepakaran boleh dipertingkatkan dalam memberi rawatan sempurna dan berkesan.

Unit Kesihatan Awam menjadi pusat utama pengawalan terhadap keselamatan dan kesihatan pekerja disamping mengumpul data-data kejadian (Incident) berkaitan kesihatan dan keselamatan pekerja dan alam sekitar. Misi utama unit ini adalah untuk mempertingkatkan tahap kesihatan, keselamatan pekerja dan alam sekitar disamping memberi pengetahuan berkaitan keselamatan, kesihatan dan alam sekitar yang tepat mengikut kualiti semasa.

Unit Kesihatan Awam kini mempunyai 4 orang anggota seperti berikut:-
(i) Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran U32
(ii) Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran U29
(iii) Jururawat Terlatih U29
(iv) Jururawat Terlatih U29


OBJEKTIF

OBJEKTIF AM
Adalah menjadi hasrat Unit Kesihatan Awam, Hospital Tuanku Fauziah, Kangar untuk memastikan semua anggota-anggota dan orang-orang yang berkaitan dalam aktiviti-aktivitinya atau berurusan dengannya sentiasa berada didalam persekitaran yang sihat dan selamat.

OBJEKTIF KUALITI
a. Membantu menyedia dan menyelenggara suatu tempat kerja dan sistem kerja yang selamat dan sihat.
b. Untuk memastikan bahawa semua anggota hospital adalah diberi maklumat, latihan dan penyeliaan berkenaan cara untuk menjalankan tugas mereka dengan selamat tanpa risiko kepada kesihatan.
c. Untuk menyiasat semua kemalangan, penyakit keracunan dan kejadian merbahaya dan mengambil langkah-langkah untuk memastikan kejadian-kejadian tersebut tidak berulang.
d. Untuk mematuhi kehendak-kehendak perundangan mengenai keselamatan dan kesihatan pekerjaan seperti yang ditetapkan dalam Akta Keselamatan Dan Kesihatan 1994 dan peraturan-peraturannya dan tata amalan yang diluluskan.
e. Untuk menyediakan kemudahan-kemudahan kebajikan asas bagi semua pekerja dan pelanggan.
f. Untuk mencegah dan mengawal kejadian penyakit berkaitan carakerja dan penyakit berjangkit termasuk penyakit nosokomial di hospital.

SKOP PERKHIDMATAN

a. Aktiviti Kawalan Penyakit Berjangkit.
Merancang dan melaksanakan segala langkah pencegahan dan pengawalan bagi setiap penyakit agar tidak menular kepada pesakit-pesakit lain, anggota dan orang awam semasa di dalam hospital.

b. Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan.
Merancang, melaksana dan memantau program kesihatan dan keselamatan pekerjaan di hospital. Bertanggungjawab menyelia aktiviti keselamatan tempat kerja di hospital dan menyelenggara suatu tempat kerja dan sistem kerja yang selamat dan terhindar daripada risiko jangkitan, bahaya, ancaman, kemalangan, kecederaan dan penyakit pekerjaan.

c. Penguatkuasaan.
Merancang, mengurus, menyelaras dan menilai aktiviti yang berkaitan dengan penguatkuasaan akta-akta berikut:-
   i. Akta Makanan 1983
   ii. Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988
   iii. Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004
   iv. Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975
   v. Akta Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan 1994

d. Kawalan Kebersihan Persekitaran.
Mewujudkan suasana persekitaran dan keceriaan hospital supaya menjadikan suasana hospital sihat, ceria dan selamat dan menjadi destinasi kepuasan pelanggan.

e. Aktiviti Promosi Kesihatan.
Merancang, mengatur dan menyelaras aktiviti promosi kesihatan dalam aktiviti kesihatan awam.

f. Sistem Melapor Insiden Hospital.
Menerima laporan atau notifikasi kejadian kemalangan dari lokasi sama ada wad dan klinik melalui borang incident reporting.

g. Klinik Kesejahteraan.
Mengatur jadual, mendaftar kehadiran dan menjalankan pemeriksaan klinik untuk kakitangan yang mendaftar dan seterusnya merekod maklumat kesihatan anggota.


 

Tarikh Kemaskini : 25 Jun 2014

dasar privasi Dasar Privasi     dasar keselamatan Dasar Keselamatan     penafian Penafian     peta lokasi Peta Lokasi     bantuan Bantuan dan Sokongan