Pilihan Bahasa :  BM  EN         Biru  Merah  Hijau  Kecilkan Tulisan Saiz Tulisan Asal Besarkan Tulisan Kontras Sederhana Kontras Gelap Kontras Terang w3c rss



    PAUTAN SEGERA

   Panduan Amalan Klinikal   Panduan Pesakit    Pencapaian Piagam Pelanggan    Sistem Maklumat Pendaftaran Pesakit    Caj Rawatan Pesakit                                  

 

Home / Keselamatan

UNIT KESELAMATAN



KETUA JABATAN
Noor Hashimah Bt Ismail
Penolong Pegawai Keselamatan KP 32

PENGENALAN
Unit Keselamatan adalah sebuah Unit yang memberi khidmat nasihat Keselamatan Perlindungan dari aspek fizikal, dokumen, personel dan keselamatan ICT.


VISI
Unit Keselamatan Hospital Tuanku Fauziah menjadi pusat rujukan Keselamatan Perlindungan yang terunggul.


MISI
1. Meningkatkan kepakaran Keselamatan Perlindungan.
2. Memberi khidmat nasihat Keselamatan Perlindungan yang berkesan di semua jabatan dan unit di hospital.
3. Memastikan pematuhan kepada akta dan peraturan Keselamatan Perlindungan.
4. Membudayakan Keselamatan Perlindungan kepada semua pelanggan.
5. Meminimakan pelanggaran keselamatan di semua jabatan dan unit di hospital yang berkaitan.


PIAGAM PELANGGAN

KAMI BERJANJI AKAN MEMBERIKAN PERKHIDMATAN BERKUALITI SEPERTI BERIKUT :

1. Mengadakan Program Latihan Keselamatan Perlindungan kakitangan HTF.
2. Menjalankan Inspektorat penuh dan susulan serta mengejut ke atas Jabatan/Unit yang terdapat di Hospital Tuanku Fauziah.
3. Menyediakan Laporan Inspektorat bagi memastikan setiap jabatan mematuhi dan menghindari pelanggaran keselamatan.
4. Memberi khidmat nasihat dan perbincangan berkenaan keselamatan perlindungan di Hospital Tuanku Fauziah.
5. Memastikan keselamatan HTF sentiasa berada dalam keadaan yang optimum.
6. Memastikan laporan prestasi syarikat kawalan keselamatan disediakan pada setiap bulan.


OBJEKTIF

Untuk menjadi pusat rujukan kepada semua isu berkenaan Keselamatan Perlindungan meliputi keselamatan fizikal, dokumen, personel dan keselamatan ICT di samping menggubal, mengeluar dan menentukan dasar keselamatan perlidungan untuk dilaksanakan dengan sempurna.

FUNGSI

Penasihat dan Tempat Rujukan Keselamatan Perlidungan di Hospital Tuanku Fauziah.

PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN
Menyediakan khidmat nasihat keselamatan perlindungan dan mengawal operasi Syarikat Kawalan Keselamatan Swasta di Hopital Tuanku Fauziah.


MASA PERKHIDMATAN

   24 jam
    - (8 pagi – 5 petang waktu pejabat)
    - (5 petang – 8 pagi on-call
    - (Kawalan Keselamatan (Pengawal Keselamatan) Syarikat Kawalan Keselamatan 24 Jam)

AKTIVITI-AKTIVITI
1. Kursus Keselamatan Perlindungan untuk kakitangan Hospital Tuanku Fauziah sebanyak dua (2) kali setahun.
2. Tapisan Keselamatan untuk Pengawal Keselamatan.

PENCAPAIAN
1. Mengadakan Kursus Keselamatan Perlindungan untuk kakitangan Hospital Tuanku Fauziah.
2. Mengadakan program pemeriksaan Ujian Air Kencing serta Taklimat bersama Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) untuk pengawal keselamatan.
3. Pemeriksaan Inspektorat untuk Jabatan/Unit di Hospital Tuanku Fauziah.

 

Tarikh Kemaskini : 16 Disember 2017

dasar privasi Dasar Privasi     dasar keselamatan Dasar Keselamatan     penafian Penafian     peta lokasi Peta Lokasi     bantuan Bantuan dan Sokongan